Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

27 ORANG WAKIL RAKYAT UMNO AKAN KELUAR PARTI

From: RN
Date: 05 May 1999
Time: 21:12:09

Comments

Kuala Lumpur, Khamis 6 Mei Sumber-sumber RN memberitahu dijangka seramai 27 orang wakil rakyat UMNO akan keluar parti menjelang piliharaya umum akan datang.

Difahamkan bahawa wakil-wakil rakyat UMNO itu adalah mereka yang tetap menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beberapa orang daripada mereka adalah anggota kabinet dan exco negeri.

Mereka akan masuk Parti Keadilan Nasional dan bertanding di kawasan masing-masing sekarang di mana pengaruh mereka paling besar.

RN mendapat maklumat PKN kini sedang menyediakan rancangan-rancangan yang akan dilaksanakan oleh Barisan Rakyat apabila mereka diberi peluang untuk mentadbirkan negara. Sumber-sumber RN dalam PKN membayangkan antara rancangan yang bakal dijalankan ialah pendidikan percuma dan perubatan percuma kepada rakyat.

"Di zaman Tun Razak dahulu, negara kita miskin apabila dibandingkan dengan keadaan hari ini. Tetapi, walaupun miskin, negara tetap menyediakan biasiswa yang secukupnya, dan yuran pendidikan amat rendah.

Tetapi sekarang, dalam keadaan negara kayaraya, Dr. Mahathir memberitahu rakyat, kerajaan tidak mampu lagi menyediakan biasiswa,biarpun untuk anak-anak keluarga miskin!" kata seorang pemimpin PKN kepada wartawan RN. - RN

Last changed: May 06, 1999