Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

PENUBUHAN BADAN PENYIASAT BAHAGIAN UMNO

From: Mahafiraun
Date: 05 May 1999
Time: 21:14:47

Comments

Nampaknya BN terutamanya UMNO bukan sahaja menutup semua ruang media mendedahkan perjuangan Reformasi malah sudah turut sama merampas kebebasan Parti Pembangkang mengadakan ceramah.

Sememangnya diakui bahawa hak untuk parti pembangkang seperti PAS dan PKN mengadakan ceramah umum tidak dapat dihalang selagi segala prosedur mengadakan ceramah umum dituruti. UMNO juga menyedari hakikat ini dan sebab itulah mereka tiada alasan langsung untuk membatalkan semua ceramah secara langsung.

Bagaimanapun, setelah berasa begitu bimbang dengan perkembangan dan sokongan ynag diberikan rakyat kepada ceramah-ceramah pembangkang, UMNO mula mencari kaedah terbaru untuk menghalang perjuangan Kerajaan Alternatif.

Menurut sumber-sumber MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020, jentera kempen UMNO telahpun mengerahkan agar diwujudkan satu Badan Penyiasat UMNO di setiap bahagiannya. Ahli-ahli Badan Penyiasat UMNO ini akan bertindak seperti SB yang mana mereka akan menyelinap masuk ke dalam setiap ceramah pembangkang dan akan merekod segala isi ceramah.

Kemudian, isi ceramah akan diteliti dan sekiranya ada kandungan ceramah yang boleh dihentam oleh UMNO, pihak pentadbiran Bahagian UMNO tersebut akan mengemukakan saman di mahkamah terhadap penceramah dan penganjur.

Kaedah ini diharapkan oleh UMNO agar dapat menghalang atau menakutkan orang ramai serta pembangkang daripada mendedahkan segala keburukan UMNO di samping turut dapat menjana sumber kewangan kepada parti melalui saman-saman yang dikemukakan.

Nampaknya, UMNO sudah begitu bimbang dengan perkembangan ceramah pembangkang hinggakan terpaksa pula mereka melantik James Bond-James Bond murahan untuk mengintip segala pergerakan pembangkang. Mereka juga sudah miskin hinggakan terpaksa menyaman pada yang tak sepatutnya demi untuk meneruskan kempen.

MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 6 MEI 1999

Last changed: May 06, 1999