Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN MENJADI MANGSA

From: BEKAS PEGAWAI KERAJAAN
Date: 06 May 1999
Time: 11:46:38

Comments

Saya terasa terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai Perkhidmatan Awam (PA) walaupun saya sudah bersara atas pilihan sendiri pada pertengahan tahun 1990an. Terpanggil kerana sejak kebelakangan ini, kakitangan-kakitangan kerajaan menjadi tumpuan bukan sahaja oleh menteri-menteri tetapi juga penulis-penulis upahan seperti Kadir Jasin. Se olah seperti ada sesuatu yang tak kena yang mendorong menteri-menteri dan penulis macam Kadir Jasin menumpukan perhatian terhadap kakitangan kerajaan. Nampak gayanya, menteri-menteri UMNO sudah mula sedar dan gusar bahawa kakitangan-kakitangan kerajaan kini sudah tukar haluan dan bersimpati dengan Gerakan Reformasi dan parti-parti pembangkang.

Mengapa boleh jadi macam ni? Elok juga saya ceritakan pengalaman saya sendiri semasa saya berkhidmat dengan kerajaan dulu. Saya fikir kakitangan kerajaan sudah mula sedar dan muak dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Penyingkiran DSAI ialah hanya pencetus sahaja. Sebenarnya, sudah lama kakitangan kerajaan memendam rasa kerana tidak puas hati dengan banyak yang sedang berlaku dalam PA tetapi tidak ada ruang untuk mereka meluahkan perasaan! Mereka terasa tersepit. Tiada tempat untuk mengadu! Silap-silap cakap dihumban ke tempat-tempat ulu dengan serta merta!!

Satu contoh yang baik ialah apa yang kerap berlaku di EPU di mana projek-projek pengswastaan dinilai secara terperinci oleh pegawai-pegawai bertugas. Biasanya, untuk sesuatu projek, cadangan-cadangan diterima dari banyak pihak. Ada yang berwibawa dan ada pula syarikat-syarikat yang boleh dianggap syarikat ‘fly by night’ tetapi, biasanya dengan backing oleh tokoh-tokoh politik yang berkuasa. Walaupun, pegawai-pegawai ini memberikan ‘thumbsup’ untuk syarikat yang ternyata berwibawa, tetapi pada hakikatnya yang terima projek tersebut ialah syarikat-syarikat yang ternyata kroni tokoh-tokoh tertentu, khususnya yang mempunyai hubungan rapat dengan Daim Zainuddin. Mana pegawai-pegawai tak frust! Membakar lilin menyiapkan lapuran penilaian tetapi lapuran tak dipakai dan di cerca dan disindir pula oleh syarikat-syarikat yang tidak berjaya se olah-olah pegawai-pegawai ini dituduh menerima rasuah!!

Pernah terjadi di mana sesuatu cadangan yang ternyata baik di kemukakan oleh sebuah syarikat tetapi dihijack oleh syarikat-syarikat kroni. Ditukarkan kulit tapi isinya hampir sama dan dikemukakan semula cadangan tersebut dengan nama ahli-ahli Pengarahnya yang baru. Dengan mudah dan cepat permohonan ini diluluskan! Ini memang kerap berlaku di EPU dan macam mana ia tidak boleh berlaku kalau Bos di EPU pun pandai cari makan. Pegawai-pegawai di EPU yakin Bos ini yang sekarang menjadi Gabenor Bank Negara mendapat banyak kickbacks kerana mengikut telunjuk tokoh-tokoh politik dalam penganugerahan sesuatu projek kepada syarikat-syarikat kroni. Rumahnya macam mahligai dan tidak terperanjatlah apabila BPR pada satu ketika dulu, terjumpa sejumlah wang yang banyak dalam bilik Bos tersebut.

Pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan bersih, cekap dan amanah sedar memang terdapat juga di kalangan pegawai-pegawai kerajaan yang kelabu mata dan mudah disuap oleh syarikat-syarikat ini. Kos melancung di luar negara ditanggung beres. Yang kaki golf, disuap bermain di kelab-kelab golf mewah di dalam dan luar negeri atau dihadiahkan satu batang kayu golf yang mahal harganya. Yang kaki karaoke dan GRO, dilalikan di tempat-tempat hiburan-hiburan sebagai habuan membantu syarikat-syarikat ini. Lagi tinggi jawatan, lagi tinggi habuannya. Langsung tidak segan dan silu. Langsung tidak menghiraukan slogan Penerapan Nilai-Nilai Islam. Satu budaya yang diperkenalkan oleh ahli-ahli korporat yang mempunyai backing tokoh-tokoh UMNO seperti Daim Zainuddin!

Pada pegawai-pegawai kerajaan yang tak tahan melihat segala bentuk penyelewengan ini berlaku di depan mata yang ternyata bercanggah dengan nilai-nilai ugama, apa pilihan yang ada untuk mereka? Kepada siapa nak mengadu?? Frust memanjang hari demi hari atau meninggalkan perkhidmatan ini, bersara atas pilihan sendiri. Political interference dalam menentukan penganugerahan sesuatu projek pengswastaan dan budaya kotor yang ditonjolkan oleh ahli-ahli korporat tajaan UMNO ini dan budaya mengampu yang ditunjukkan oleh Bos-Bos yang mudah dirasuahkan, membuat pegawai-pegawai kerajaan yang menjalankan kerja dengan bersih, cekap dan amanah terasa dihina dan hilang terus dedikasi bekerja!

Ramai pegawai-pegawai kerajaan yang menghayati slogan Penerapan Nilai-Nilai Islam yang diilhamkan oleh DSAI dulu dan hanya segelintir sahaja yang terjerebak dalam rasuah, yang hendak hidup mewah, yang nak kaya cepat, yang kaki bodek dan yang lebih mementingkan diri sendiri dari mementingkan memberi perkhidmatan yang professional dan bermoral! Inilah orang-orang yang biasa naik pangkat cepat!! Disebabkan se gelintir lembu lembu ini dalam PA yang berkuasa dan bertindak rakus tanpa segan dan silu, maka ramailah di kalangan kakitangan-kakitangan awam yang merasa frust dengan tidak menunjukkan dedikasi lagi. Tunggu saat pencen saja untuk mereka yang belum sampai umur pencen! Siapa nak dipersalahkan kalau bukan tokoh-tokoh UMNO sendiri? Bukankah mereka yang memperkenalkan budaya kotor ke dalam Perkhidmatan Awam??

Last changed: May 06, 1999