Ehwal Semasa
reformis.jpg (9838 bytes)
ReformIS

[ Berita (News) | Cari (Search) | Menu Utama (Main Menu) | Hantar Berita (Submit News) ]

Para Pelajar Sudah Bersedia

From: MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020
Date: 07 May 1999
Time: 05:11:56

Comments

Laungan Reformasi bukan sahaja hangat di kalangan rakyat yang sudah berumur atau di IPT tetapi juga sudah sampai ke dalam sanubari generasi pelajar sekolah yang akan mewarnai masa depan negara.

Walaupun pelbagai tekanan dikenakan oleh kerajaan BN terutamanya melalui Kementerian Pendidikan sendiri tehadap para pelajar, semua itu tidak dihiraukan dan nampaknya laungan Reformasi telah berjaya menghasilkan generasi masa depan yang matang, berani dan sedia melalui segala kepayahan demi prinsip perjuangan dan keadilan.

Baru-baru ini, ada beberapa waris menghubungi MEDIA RAKYAT FIRAUN 2020 menceritakan bagaimana anak-anak mereka telah didedahkan kepada perjuangan Reformasi. Tidak seorangpun daripada mereka bimbang dengan perkembangan ini sebaliknya mereka amat berbangga dan amat berterima kasih kepada semua pihak terutamanya guru-guru yang masih memainkan peranan sebagai wadah perjuangan sama seperti para guru yang dahulunya memperjuangkan agenda kemerdekaan negara.

Kebanyakan daripada waris tersebut menceritakan bahawa anak-anak mereka yang balik dari asrama (terutamanya Sekolah-sekolah Berasrama Penuh) menyatakan bahawa ibu bapa mereka tidak perlu bimbang tentang hero rakyat Anwar dipenjarakan enam tahun kerana pada masa enam tahun akan datang, semua mereka akan sudah cukup umur untuk mengundi dan semestinya akan bersedia untuk mengangkat Anwar bagi menerajui kerajaan Malaysia sebagai Perdana Menteri.

Mereka juga mengatakan bahawa mereka juga sering membincangkan soal strategi dan perjuangan melalui kelas-kelas Bahasa Melayu serta Sejarah terutamanya. Mereka semakin berminat mendalami sejarah negara dan berkobar-kobar untuk menggunakan segala pengetahuan sejarah mereka bagi memperjuangkan keadilan negara.

Mereka kini sudah nampak apa yang diceritakan mengenai perjuangan melalui sejarah dan kini, mereka banyak yang sudah sedar bahawa penjajahan bukan sahaja disebabkan orang asing atau dengan menguasai kerajaan tetapi penjajahan juga boleh berlaku oleh pemimpin bangsa sendiri serta penjajahan juga meliputi aspek pendidikan, agama, kepercayaan dan kebebasan hak manusia.

Mereka nampak bahawa penjajah negara sekarang ini bukanlah seperti orang asing yang dikatakan MAHAFIRAUN tetapi diri MAHAFIRAUN itu sendirilah penjajah.

Syukurlah, segala usaha MAHAFIRAUN selama 18 tahun untuk memadam minda rakyat terutamanya generasi muda tidak berjaya secara keseluruhannya malah generasi muda semakin sedar akan kelencongan yang berlaku dan semakin berani memperjuangkan yang benar.

Last changed: May 07, 1999