Menurut sejarah, amalan puasa muncul serentak dengan kemunculan manusia di muka bumi. Semua agama atau atheis sekali pun mengakui bahawa amalan ber-puasa adalah program positif dan amat penting dalam kehidupan harian manusia. Walau bagai-mana--pun berdasarkan perkem-bangan terkini, puasa Rama-dhan yang diamalkan se-rentak secara besar-besaran oleh umat Islam sama ada kanak-kanak atau dewasa di seluruh dunia, me-nunjukkan amalan puasa dalam agama Islam terus aktif me-neruskan kesinambungan amal-an puasa yang diamalkan oleh para nabi yang terdahulu.
Dalam mentafsirkan ayat ini, ahli tafsir Imam Qurtubi me-nyatakan Al-Syaabi,
Qatadah dan lain-lain menerangkan bahawa ayat ini merujuk puasa-puasa yang
difardhukan pada Nabi Musa, Nabi Isa dan umat-umatnya pada masa itu yang
juga mengamalkan puasa dalam bulan Ramadhan, kemudian para pendita dan
pengikut-pengikut nabi-nabi berkenaan mengubahsuai ajaran-ajaran tersebut.
Dengan demikian kita dapati dalam kitab Taurat dan Injil ada menyebut tentang
puasa tetapi tidak dinyatakan dengan jelas tentang peraturan wajib puasa.
Sebagaimana kita ketahui bahawa Rasul-rasul yang dipilih Allah sebelum
Nabi Muhammad s.a.w mempunyai syariat yang sesuai di sampaikan dan
di-gunakan untuk umat-umatnya sahaja. Nabi Adam sebagai manusia pertama
muncul di dunia juga berpuasa. Penga-la-man Nabi Adam dan Hawa yang dimurkai
Allah kerana mendekati sebatang pokok (dikatakan pokok khuldi) boleh dijadikan
sumber rujukan yang boleh di-kaitkan dengan puasa. Allah ber--firman:
Maksudnya:
“Janganlah kamu mendekati pohon ini yang
menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim”.
(Al-Baqarah: 35)
Dengan tipu daya dan mus-lihat syaitan, Nabi Adam dan Hawa telah memakan buah pokok larangan berkenaan wa-lau-pun telah ditegah oleh Allah. Dengan demikian Allah telah menyuruh pasangan berkenaan keluar dari syurga dan turun ke dunia. Peristiwa Nabi Adam dan Hawa yang dimurkai Allah me-makan buah larangan itu di-anggap melanggar perintah puasa dalam erti menahan diri dari makan buah larangan.
Menurut sumber sejarah, Nabi Musa bersama kaumnya pernah berpuasa empat puluh hari di samping bermunajat kepada Allah semasa berada di bukit Tursina sebelum Allah menganugerahkan sepuluh ajar-an kepadanya. Nabi Isa juga ber-puasa seperti mana yang di-amalkan oleh Nabi Musa. Dalam Surah Maryam dinyatakan Nabi Zakaria dan Mariam sering meng-amalkan puasa. Manakala Nabi Daud diriwayatkan berpuasa ber-selang seli iaitu sehari berpuasa dan sehari berbuka yang diamal-kan pada sepanjang tahun. De-mikianlah antara amalan puasa nabi-nabi terdahulu yang dapat dikesan oleh ahli-ahli tafsir dan sejarah. Walau pun amalan puasa nabi-nabi lain tidak dapat dikesan tetapi kita percaya ba-hawa amalan puasa adalah se-bahagian cara hidup mereka dalam mendekati Allah. Menurut sumber sejarah, Nabi Muham-mad s.a.w sendiri sebelum di-lantik menjadi Rasul telah meng-amalkan puasa tiga hari setiap bulan dan turut mengamalkan puasa Asyura yang jatuh pada hari ke 10 bulan Muharram ber-sama-sama dengan masya-rakat Quraisy yang lain. Malah masyarakat Yahudi yang tinggal di Yathrib (Madinah) pada masa itu turut mengamalkan puasa Asyura.
Menurut Encyclopedia of Religion bangsa-bangsa bertamad-dun tinggi dan kuno sebelum masehi seperti bangsa Rom, Yunani, Mesir Purba, Natches di Amerika Tengah, Hindu dan China turut mengamalkan puasa. Mereka ini berpuasa se-bagai persediaan menyambut perayaan, memuja roh nenek moyang, membersihkan dosa dan persediaan menjadi pemim-pin-pemimpin atau ketua agama. Persoalan yang timbul ialah apakah puasa bangsa-bangsa ini hasil dari perkembangan dakwah nabi-nabi terdahulu? Kebenaran pertalian itu memang ada kerana sejarah perkembangan biak manusia dan ajaran Allah ber-mula dari Nabi Adam dan nabi-nabi/rasul yang lain yang ke-semuanya berasal dari Tanah Arab. Penyebaran agama ber-laku serentak dengan perpin-dahan dan penghijrahan ma-nusia hasil daripada evolusi geografi dunia yang berlaku beribu-ribu juta tahun dahulu yang turut menyebabkan pem-bentukan benua. Evolusi dunia terus berlaku hingga kini tanpa kita sedari.
Walau bagaimanapun menurut Encyclopedia of Britanica, ke-dudukan puasa tradisi dalam masyarakat moden Kristian hari ini telah mengalami perubahan besar. Dalam persidangan Majlis Gereja Vatican 1965 di Rom telah memutuskan mereka hanya perlu berpuasa sebahagian atau pada hakikatnya berpantang de-ngan tidak makan daging pada hari perayaan Ash wednesday dan hari Good Friday. Kelong-gar-an peraturan itu dibuat se-bagai usaha menggalakkan ma-sya-rakat Kristian berpuasa. Dengan demikian menurut Encyclopedia of Religion Masya-rakat Kristian Ortodoks Greek dan Roman Katolik yang suatu ketika dahulu kuat mengamalkan puasa tradisi, hanya kini mengamalkan puasa atau berpantang pada hari Ash Wednesday dan Good Friday sahaja. Manakala seba-hagian besar Gereja-gereja di bawah Mazhab Kristian Protestant hanya menganggap puasa itu adalah hak budibicara in-dividu untuk mengamal-kan-nya.