SELAMAT MELAYARI LAMAN WEB SMK KULAI BESAR

                                               

  S.M.K. KULAI BESARKULAI, JOHOR.

{ Pengenalan Ringkas } { Matlamat Sekolah } { Fizikal Sekolah }

{ Piagam Pelanggan SMKKB }

( Misi SMKKB }  { Visi SMKKB } { Lagu Sekolah }

Pengenalan Ringkas

Januari 1986 - Sekolah ini diasaskan dan diberi nama Sekolah Menengah Rendah Kulai  Besar. Pada Peringkat awalnya, sekolah ini adalah cawangan Sekolah Menengah Sultan Ibrahim yang terletak kira - kira 4 km dari sekolah ini. Pengetua sekolah pada masa itu  adalah Encik Chandrasegaran.

Januari 1988 - Sekolah ini ditadbirkan oleh Tuan Haji Musa Bin Hj Haron ,  iaitu   pengetua pertama sekolah ini. Sejak 1 Januari 1988 sehingga 15 April 1992, sekolah ini  mula mengambil pelajar - pelajar . Pada 3 Januari 1988 , sekolah ini mempunyai seramai 16 orang  guru dan 365 orang pelajar yang berada dalam tingkatan peralihan dan  Tingkatan Satu pada  sesi pagi sahaja. 

tahun 1990 - Sekolah ini memulakan sesi petang kerana kekurangan bilik darjah.   Peperiksaan SRP yang pertama kali diadakan pada tahun ini.
Pelajar -pelajar yang  lulus   telah ditempatkan di Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai.

 Tahun 1993 - Sekolah ini memulakan kelas aliran sains dan sastera. Pada tahun ini  satu  blok tambahan bangunan tiga tingkat telah di bina dan di kenali sebagai Blok  Dinamik.  Blok Dinamik  ini terdiri daripada 12 bilik darjah dan 3 makmal sains tulin.

15 Julai 1992 - Pengetua kedua sekolah ini iaitu Encik Suratman Bin Dasmi mula  bertugas sehingga 15 ogos 1993.

16 Ogos 1993 - Pengetua ketiga iaitu Encik Salamon Bin Sharip mentadbir sekolah ini  sehingga pertengahan bulan Januari 1998.

 Mac 1998 -Kenaikan gred sekolah ini   kepada Gred A Puan Melina Wong Abdullah  telah dilantik menjadi pengetua Sekolah ini. Beliau merupakan Pengetua yang ke-empat. Sekolah ini mempunyai seramai 77 orang guru dan seramai 1567 orang pelajar.

 

MATLAMAT SEKOLAH

1. Menjadikan sekolah sebagai tempat mencari ilmu dan memperkembangkan ciri - ciri poeribadi yang mulia untuk hidup bermasyarakat.

2. Menanam , memaju dan memupuk minat pelajar yang tinggi dan berkekelan di  kalangan pelajar.

3.   Menghidupkan semangat berlumba-lumba dan sensitif  yang tinggi terhadap kecapaian dan kecemerlangan dalam pelajaran lantas menhapuskan sikap cepat  mengalah serta tidak acuh kepada kepentingan pengajaran dan pembelajaran.

4.  Mewujudkan golongan pelajar yang peka kepada perubahan.

5. Meningkatkan pencapaian kognitif afektif dan psikomotor di kalangan pelajar supaya menjadi individu yang berpelajaran dan berpendidikan.

6. Meningkatkan prestasi akademik dan bukan akademik.

7. Menambahkan bilangan pelajar yang lulus dalam peperiksaan PMR dn SPM  serta dapat pula meningkatkan bilangan pelajar - pelajar dengan pencapaian pangkat A di dalam kedua - dua peperiksaan tersebut.

8. Memelihara dan terus memupuk keadaan masyarakat

                                                                                                    

Fizikal Sekolah

SMK Kulai Besar terdiri daripada 5 blok bangunan dan blok Kantin.
Terdiri dari 42 buah  kelas iaitu 24 buah kelas sesi pagi dan 18 buah kelas sesi petang. Sekolah ini dilengkapi dengan   bilik- bilik khas seperti berikut :

       

Jenis Bilik Bilangan Jenis Bilik Bilangan
Bilik Darjah 24 unit Perpustakaan 1 unit
Pejabat Pengetua 1 unit Bilik APD 1 unit
Pejabat Am 1 unit Bilik Surau 2 unit
Pejabat GPK/PP 1 unit Bilik Sukan 1 unit
Dewan Mini 1 unit Bilik Guru 3 unit
Kedai Buku 1 unit Makmal Sains 5 unit
Bilik SPBT 1 unit Bilik Kebal 1 unit
Bilik Matematik 1 unit Bengkel KH 1 unit
Bilik Rawatan 1 unit Bilik Jahitan/ Masakan 2 unit
Bilik Disiplin 1 unit Bilik Peperiksaan 1 unit
Bilik Gerakan 1 unit Bilik Kaunseling 1 unit
Bilik Ekonomi 1 unit Bilik Pengawas 1 unit
Bilik Seni 1 unit Kantin 1 unit

 

 

Piagam Pelanggan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar

 

 

    1.  Sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi  memenuhi  kehendak individu, masyarakat dan negara serta  memenuhi matlamat perpaduan negara.

    2. Setiap guru dan kakitangan dapat berhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.

    3. Semua pelajar mendapat bilik kelas yang selesa dan
kelengkapan proses  pengajaran dan  pembelajaran yang mencukupi pada hari pertama sesi   persekolahan baru bermula.

    4. Layanan mesra , perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.

    5. Kami sentiasa peka dan responsif  kepada kehendak dan keperluan pelanggan.

    6. Kami bersedia memberi penerangan dan maklumat
terkini dengan lengkap , tepat dan cepat  kepada sesiapa yang  berkenaan.

    7. Bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran  yang membina  daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi   perkhidmatan dan kecemerlangan  akademik.

 

Misi Pendidikan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar

 

        ®    Setiap unit atau bahagian dan ahlinya mempunyai keistimewaan, kelebihan , kekuatan dan potensi yang tersendiri untuk mencapai kecemerlangan. Majlis   Pentadbiran   memainkan   peranannya sebagai pemimpin yang sejati bagi  mencungkil segala bakat dan yang ada  sehingga ke tahap yang optima.

         ®      Setiap guru dan kakitangan sokongan bersedia  untuk melaksanakan tugas dan  tanggungjawab
dengan jujur, iklas, amanah, prihatin, dedikasi dan proaktif.

        ®     Setiap murid/pelajar bersedia melaksanakan
tanggungjawab dan mengawal disiplin bagi memastikan pelajar berpotensi meningkatkan prestasi akademik dan disiplin.

        ®    Ibubapa dan masyarakat sentiasa berkerjasama dengan  pihak sekolah  dengan  mengujudkan permuafakatan dengan ibubapa dan masyarakat sekerap dan   seerat yang  boleh.

 

 

 

Visi Pendidikan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kulai Besar

Kulai

 

 

Berdisiplin , Berusaha dan Berbakti

Ke Arah

Sekolah Bestari

 

 

 

        

Lagu sekolah

 

Berdisiplin, Berusaha Dan Berbakti
Cogankata Sekolah Kita
Mendidik Kami  Setiap Masa
Menjadi Rakyat Berguna
Ibubapa Dan Guru Semua                                                    
Selalu Kami Hormati
Nasihat Yang Diberi
Jadikan Panduan
Moga Tuhan Memberkati

Majulah SMKB
Sekolah Yang Kami Cintai
Majulah SMKB
Berdiri Megah Sepanjang Masa

Berdisiplin, Berusaha Dan Berbakti
Cogankata Sekolah Kita
Mendidik Kami  Setiap Masa
Berlandaskan Rukunegara