|
PIAGAM SEKOLAH
Bahawasanya kami beriltizam menyokong
usaha-usaha merealisasikan wawasan pendidikan negara melalui amalan: ·
Sekolah penyayang ·
Budaya ilmu ·
Budaya teknologi maklumat-it ·
Budaya cemerlang ·
Budaya pemuafakatan Dan Bermisikan hasrat dan cita-cita murni
untuk: A. Menjayakan program pusat sekolah
cemerlang B. Menyediakan pendidik yang berkualiti iaitu
inovatif dan kreatif, berbudaya ilmu dan beriltizam ke arah kecemerlangan. C. Mencapai tahap prestasi kurikulum 100%
didalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM. D. Meningkatkan kecemerlangan dan
pencapaian dalam bidang ko-kurikulum di semua peringkat. E. Membentuk pelajar yang berbudi bahasa,
berkualiti dan bersahsiah tinggi. F. Memberi perkhidmatan kepada ibu bapa
dan orang awam dengan cekap dan adil. LENCANA SEKOLAH
MOTTO SEKOLAH
“KEBIJAKSANAAN NILAI KEMANUSIAAN” LATAR BELAKANG LENCANA DAN MOTTO SEKOLAH
Lencana dan motto sekolah ini telah direkacipta
oleh Encik Said Bakar iaitu salah seorang tenaga pengajar di sini. Lencana
dan motto baru ini menggantikan lencana dan motto terdahulu. Penggunaan
lencana dan motto baru ini berkuatkuasa setelah sekolah ini ditukarkan nama
kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir. Ia digunakan dengan rasminya pada
16hb. Februari 1979. |