STEADFAST UIAM

Kumpulan Fasilitator UIAM (STEADFAST) merupakan sebuah persatuan pelajar yang dikelolakan oleh Jabatan Latihan Khas & Khidmat Masyarakat, Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Keahlian dibuka kepada semua pelajar UIAM dan sehingga kini, terdapat lebih kurang 110 orang ahli yang bergiat aktif terdiri daripada pelbagai bidang kursus pengajian. Pengambilan hanya dijalankan pada setiap awal semester kemasukan dan para pelajar yang berminat perlulah menghadiri satu temuduga yang akan dijalankan oleh pihak Jabatan Latihan Khas & Khidmat Masyarakat serta dibantu oleh pihak STEADFAST sendiri. Di samping itu juga, STEADFAST UIAM juga sentiasa membuka peluang kepada para pelajar UIAM yang tidak menjadi ahli untuk bersama-sama menjayakan sesebuah program.

Kepada sesiapa yang ingin maklumat lanjut mengenai STEADFAST, anda boleh merujuk ke:

a) Jabatan Latihan Khas & Khidmat Masyarakat, STADD, UIAM

b) Mana-mana exco STEADFAST.

Anda juga dialu-alukan untuk menghantar sebarang pertanyaan kepada STEADFAST UIAM dan pihak STEADFAST akan cuba menghubungi anda secepat mungkin, insya Allah.

CLIK DI SINI>>>>>>