Objektif
Pada akhir pengajaran
dan pembelajaran bab ini,
anda seharusnya
dapat:
Menerangkan hubungan
Negeri-negeri Selat dengan negeri-negeri Melayu sebelum British campur tangan.
Menerangkan sebab
campur tangan British di Negeri-negeri Melayu.
Menghuraikan proses
campur tangan British di Negeri-negeri Melayu.
Menyatakan
sebab-sebab ditubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Merumuskan kesan
campur tangan British di Negeri-negeri Melayu.
Menyenaraikan sikap
dan nilai yang perlu ada pada seseorang bagi menjaga hak dan kepentingan.
Kawasan
Perlombongan Bijih Timah
Bijih timah di Tanah Melayu merupakan barang dagangan utama yang sangat
diminati oleh pedagang India, Arab dan China. Kemunculan Melaka pada kurun
ke-15, adalah sebagai pelabuhan penting bagi mengeksport hasil
bijih timah. Semasa Belanda menduduki Melaka, mereka cuba memonopoli bijih
timah dari negeri-negeri Melayu. Selepas 1824, Belanda berundur
dari Melaka. Dengan itu, perlombongan bijih timah diusahakan dengan lebih giat.
Setelah berjaya
menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura serta menubuhkan Negeri-negeri
Selat, British berhasrat untuk menguasai negeri-negeri Melayu lain bagi
mendapatkan kekayaan hasil buminya. Kekayaan sumber ekonomi khususnya bijih
timah inilah yang mendorong pedagang asing untuk mengaut keuntungan dari
negeri-negeri tersebut.
Kawasan
Perlombongan Bijih Timah
Bijih timah di Tanah Melayu merupakan barang dagangan utama yang sangat
diminati oleh pedagang India, Arab dan China. Kemunculan Melaka pada kurun
ke-15, adalah sebagai pelabuhan penting bagi mengeksport hasil
bijih timah. Semasa Belanda menduduki Melaka, mereka cuba memonopoli bijih
timah dari negeri-negeri Melayu. Selepas 1824, Belanda berundur
dari Melaka. Dengan itu, perlombongan bijih timah diusahakan dengan lebih giat.
Setelah berjaya
menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura serta menubuhkan Negeri-negeri
Selat, British berhasrat untuk menguasai negeri-negeri Melayu lain bagi
mendapatkan kekayaan hasil buminya. Kekayaan sumber ekonomi khususnya bijih
timah inilah yang mendorong pedagang asing untuk mengaut keuntungan dari
negeri-negeri tersebut.
Sumber Ekonomi di
Perak
Pada 1848, Long
Jaafar telah mengusahakan perlombongan bijih timah di Larut. Beliau
berasal daripada keluarga Orang Besar Enam Belas, Perak. Long
Jaafar membuka lombong bijih timah di Kelian Pauh (Taiping) dan Kelian
Baru (Kamunting). Beliau membawa masuk pelombong-pelombong Cina dari Pulau
Pinang untuk bekerja di situ. Seorang ketua orang Cina, Chung Keng Kwee
dilantik menjadi Kapitan Cina di Larut, pada 1870-an.
Kegiatan melombong
yang semakin berkembang di Larut telah meningkatkan perdagangan antara Pulau
Pinang dan Perak. Bagaimanapun, rusuhan yang beberapa kali berlaku di kalangan
pekerja Cina telah menggugat kegiatan perlombongan. Sebanyak 3 kali rusuhan
atau Perang Larut berlaku di antara tahun 1861-1872 yang melibatkan puak Ghee
Hin dan Hai San.
Pada 1828,
buruh Cina sudah mula bekerja di lombong-lombong di Sungai Ujong. Pada 1850-an,
ia berkembang sebagai satu kawasan perlombongan bijih timah yang maju. Eksport
bijih timah dari Sungai Ujong ke Negeri-negeri Selat meningkat dari 7,000 pikul
(1920-an) kepada 20,000 pikul (1930-an). Dato' Bandar Kulop Tunggal
merupakan pembesar tempatan yang bertanggungjawab memajukan
perlombongan bijih timah di Sungai Ujong

Raja Busu, seorang kerabat
diraja Selangor bertanggungjawab membuka kawasan lombong bijih timah di Lukut.
Perselisihan antara Raja Busu dengan pekerja-pekerja lombong menyebabkan
kegiatan perlombongan tergugat pada peringkat awal. Lukut muncul semula sebagai
kawasan perlombongan yang penting pada 1840-an. Kemajuannya adalah kerana
kecekapan Raja Jumaat yang berasal dari Riau. Beliau dilantik menjadi Ketua
Jajahan Lukut pada 1846 oleh Sultan Muhammad (1826 - 1857) sebagai mengenang
jasanya.
Raja Jumaat
mewujudkan kestabilan dan keselamatan di Lukut. Ramai saudagar Melaka melabur
dalam perlombongan di situ. Sementara itu, ramai peniaga Cina berhijrah dan
membina petempatan baru. Bilangan mereka meningkat kepada lebih 20,000 orang.
Lukut muncul sebagai sebuah bandar moden yang pertama di Tanah Melayu selain
daripada bandar Negeri-negeri Selat. Jalan raya dan pasukan polis lengkap
berpakaian seragam ditubuhkan demi menjaga keselamatan masyarakat. Lukut
merosot selepas kemangkatan Raja Jumaat pada 1864.

Perlombongan Bijih
Timah di Klang, Selangor
Raja Abdullah, anak
saudara Raja Jumaat telah dikurniakan jajahan Klang oleh Sultan Muhammad.
Beliau membuka dan memajukan lombong bijih timah di Klang menerusi bantuan Raja
Jumaat dan para saudagar Melaka. Lombong bijih timah yang utama di Ampang mula
mengeksport hasilnya pada 1859.
Sutan Puasa yang
tinggal berhampiran dengan Ampang memujuk peniaga Cina supaya berpindah
dariLukut ke Kuala Lumpur. Beliau membekalkan beras, candu, arak, ayam,
daging dan sebagainya kepada pekerja lombong. Sepanjang 1850-an, Kuala Lumpur
berkembang pesat. Mulai 1863, bidang perlombongan mula mendatangkan keuntungan.
Pada lewat 1860-an, Yap Ah Loy menjadi Kapitan Cina yang ketiga di Kuala
Lumpur.
Di Pahang, emas
merupakan sumber ekonominya yang utama. Emas banyak terdapat di Ulu Tembeling.
Selain emas, kegiatan perlombongan bijih timah juga dijalankan di Sungai Pahang
dan Sungai Lembing. Kegiatan perlombongan di kawasan-kawasan tersebut telah
bermula sejak kurun ke-15. Pada tahun 1850-an, saudagar-saudagar dari NNS telah
membuka kawasan perlombongan bijih timah di Kuantan. Namun, perang saudara
antara Wan Ahmad dan Wan Mutahir (1857-1863) telah menggugat kegiatan
perlombongan di situ.
Mengapakah British
Campur Tangan
Hubungan antara
negeri-negeri Melayu dengan negeri-negeri Selat sebelum campur tangan British
bertumpu kepada aktiviti perdagangan sahaja. Dasar kerajaan British ketika itu
ialah tidak mahu melibatkan diri dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negeri Melayu.
Apabila Revolusi
Perindustrian berkembang di Eropah, bekalan bijih timah diperlukan dengan
banyaknya bagi pengeluaran barangan kilang. Pergolakan yang berlaku dalam
negeri-negeri Melayu mendorong British campur tangan demi menjaga kepentingan
mereka. British amat memerlukan bahan mentah iaitu bijih timah yang terdapat
dengan banyaknya di negeri-negeri Melayu untuk kilang-kilang mereka di Britain.
Pada kurun ke-19,
berlaku kekacauan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang kerana perang
saudara, pertelingkahan di kalangan kongsi gelap Cina dan kegiatan perlanunan
berleluasa. Pemerintah negeri-negeri tersebut gagal mengawal keadaan dan
keadaan ini menjejaskan kegiatan perdagangan dan perlombongan. Keadaan ini
membimbangkan British.
Kerajaan British
akhirnya terpaksa campur tangan kerana desakan daripada para saudagar Selat dan
pedagang British. Pada masa yang sama, Jerman, Perancis dan Russia turut
berminat membuka pangkalan di negeri-negeri Melayu. Kuasa-kuasa ini dibimbangi
British akan meluaskan pengaruh mereka di rantau ini. Kepentingan British akan
terancam sekiranya kuasa-kuasa ini campur tangan.
Pada 1873, Sir Andrew
Clarke dilantik menjadi Gabenor Negeri-negeri Selat. Beliau diarah menyiasat
kekacauan di NNS dan kemungkinan mewujudkan pentadbiran British di sana. Beliau
sering bertindak sendiri tanpa menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Tanah
Jajahan di London.
Sir Andrew Clarke menamatkan dasar tidak campur tangan British apabila
Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874.
Keadaan di
Negeri-negeri Melayu
Sehingga pertengahan
kurun ke-19, British enggan campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.
Perbalahan dan kekacauan yang berlaku di negeri-negeri Melayu telah menggugat kepentingan
saudagar-saudagar British di negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat. Oleh
itu mereka telah mendesak supaya British campur tangan.
|
1. Keadaan di Perak |
|
2. Keadaan di Selangor |
|
3. Keadaan di Negeri Sembilan |
|
4. Keadaan di Pahang |
Buruh-buruh Cina dibawa dari negeri-negeri Selat ke Perak untuk bekerja
di lombong-lombong timah. Mereka kebanyakannya adalah ahli kongsi gelap Ghee Hin
dan Hai San . Kongsi gelap Ghee Hin terdiri daripada orang Kantonis yang
menetap di Kelian Baru (Kamunting). Kongsi gelap Hai San pula terdiri daripada
orang Hakka yang menetap di Kelian Pauh (Taiping). Ahli kedua-dua kongsi gelap
ini sering terlibat dalam pertelingkahan. Masing-masing ingin menguasai
lombong-lombong timah di Larut. Sebanyak 4 Perang Larut meletus di Perak. Ngah
Ibrahim yang berkuasa di jajahan Larut tidak dapat mengawal keadaan huru-hara
itu.
|
Perang Larut I |
1861 |
|
Perang Larut II |
1865 |
|
Perang Larut III |
1872 |
|
Perang Larut IV |
1873 |
Perebutan Takhta
Kerajaan Perak
Perak mempunyai
sistem penggantian takhta kerajaannya yang tersendiri. Mengikut sistem pewarisan
takhta Perak, seseorang yang akan menjadi Sultan mestilah terlebih dahulu
menjadi Raja di Hilir, Raja Bendahara dan Raja Muda. Putera sulung sultan tidak
boleh terus memegang jawatan Sultan kerana perlu terlebih dahulu memegang
jawatan Raja di Hilir.
Pada 1857, berlaku
pertelingkahan antara waris-waris takhta kerajaan Perak. Selepas Sultan
Abdullah mangkat pada 1857, Raja Jaafar ditabalkan sebagai Sultan. Raja Ali
dilantik menjadi Raja Muda, Raja Ismail pula dilantik menjadi Raja Bendahara
yang sepatutnya dipegang oleh Raja Yusuf.
Tuntutan takhta di
Perak pada tahun 1871
|
Tahun |
1851 |
1857 |
1865 |
1871 |
|
Sultan |
Sultan Muhammad Syah |
Raja Jaafar |
Raja Ali |
Raja Ismail |
|
Raja Muda |
Raja Jaafar |
Raja Ali |
Raja Abdullah |
Raja Abdullah |
|
Raja Bendahara |
Raja Ali |
Raja Ismail |
Raja Ismail |
* |
|
Raja Di Hilir |
Raja Yusuf |
Raja Abdullah |
* |
* |
Pada tahun 1865, apabila Raja Jaafar mangkat, Raja Ali ditabal menjadi Sultan.
Raja Abdullah telah dilantik menjadi Raja Muda. Raja Ismail kekal menjadi Raja
Bendahara (sepatutnya menjadi Raja Muda). Raja Yusof diketepikan sekali lagi.
Pada tahun 1871, Raja
Ali mangkat, namun Raja Abdullah tidak dilantik menjadi Sultan sebaliknya Raja
Ismail yang dilantik. Maka berlakulah perebutan takhta negeri Perak antara Raja
Abdullah (pewaris takhta), Raja Ismail (Sultan yang dilantik) dan Raja Yusoff
yang membawa kepada campur tangan British di Perak.
Campur Tangan
British di Perak
Raja Abdullah menghantar sepucuk surat kepada Sir Andrew Clarke untuk
mendapatkan bantuan British. Beliau berjanji akan menerima seorang Penasihat
British sekiranya beliau dilantik sebagai Sultan Perak. Sir Andrew Clarke
mengarahkan W.A Pickering (Pelindung Orang Cina di NNS) menjemput ketua-ketua
kongsi gelap Cina menghadiri satu perjumpaan di Pulau Pangkor. Frank Swettenham
pula diarahkan menjemput pembesar-pembesar Melayu menghadiri perjumpaan yang
sama. Perjumpaan itu diadakan di atas sebuah kapal British, iaitu Pluto pada
1874.
Sir Andrew Clarke
mengadakan perbincangan dengan Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan ketua-ketua
kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Raja Yusuf dan Sultan Ismail tidak hadir
dalam perjumpaan tersebut. Satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian
Pangkor ditandatangani oleh semua pihak yang hadir pada 20 Januari 1874.
Antara Isi
Perjanjian Pangkor
Perang Klang (1867
- 1873)
Perang Klang meletus pada 1867 ekoran tuntutan Raja Mahdi ke atas daerah
Klang daripada Raja Abdullah. Raja Mahdi adalah putera Sultan Sulaiman yang
pernah memerintah Klang. Pada waktu itu, Selangor diperintah oleh Sultan Abdul
Samad (1857-1898). Baginda gagal menyelesaikan pergaduhan antara Raja Mahdi dan
Raja Abdullah. Raja Abdullah cuba menyelesaikannya dengan membayar elaun kepada
Raja Mahdi. Namun, Raja Mahdi masih tidak berpuas hati dan ingin menguasai
Klang. Beliau menyerang dan merampas daerah Klang daripada Raja Abdullah.
Selepas Raja Abdullah
meninggal dunia, perjuangannya diteruskan oleh puteranya Raja Ismail. Sultan
Abdul Samad melantik menantunya, Tengku Kudin sebagai pendamai dan ditugaskan
menamatkan Perang Klang. Namun, penglibatannya tidak disenangi oleh
pembesar-pembesar Melayu. Beliau yang merupakan seorang anak raja dari Kedah
dianggap orang luar yang ingin berkuasa di Selangor.
Pada 1869, beliau membantu Raja Ismail menghalau Raja Mahdi dan menawan
semula daerah Klang. Perang Klang merebak ke Kuala Selangor. Pada 1871, Raja
Mahdi diusir dari Kuala Selangor kerana terlibat dalam kegiatan perlanunan di
sana.
Kongsi gelap Hai San
yang diketuai oleh Yap Ah Loy memberi sokongan kepada Tengku Kudin dan Raja
Ismail untuk menentang Raja Mahadi. Pada 1872, Raja Mahdi dengan bantuan kongsi
gelap Ghee Hin dan pembesar- pembesar Melayu dapat menawan semula Selangor.
Menjelang Mac 1873, Tengku Kudin berjaya menghapuskan kuasa Raja Mahdi di
Selangor. Tengku Kudin dibantu oleh askar upahan dari Negeri-negeri Selat,
orang Kedah dan orang Pahang.
Dengan sokongan Gabenor British,
Tengku Kudin berjaya menamatkan Perang Klang pada 1873. Keadaan huru-hara di
Selangor telah mengancam ketenteraman hidup penduduk serta mengganggu
perlombongan bijih timah.
Campur Tangan
British di Selangor
Pada November 1873, sekumpulan lanun merampas sebuah kapal berdekatan
Kuala Langat. Beberapa rakyat British dibunuh. Pada Januari 1874 pula, rumah
api di Tanjung Rochado diserang lanun.
Kejadian perlanunan dijadikan alasan oleh Sir Andrew Clarke untuk menempatkan
seorang pegawai British di Selangor. Perlanunan juga turut mengancam
perdagangan bijih timah dan pelaburan British di Selangor.
Pada Februari 1874,
angkatan tentera British bersama dengan Tengku Kudin telah menyerang Kuala
Langat. Semua lanun yang ditangkap telah dikenakan hukuman. Walau bagaimanapun,
satu lagi serangan lanun berlaku di Kuala Langat. Frank Swettenham dihantar ke
Selangor untuk menjadi penasihat tidak rasmi kepada Sultan Abdul Samad.
Beliau berjaya memujuk
Sultan Abdul Samad supaya meletakkan Selangor di bawah perlindungan British.
Pada Disember 1874, J.G. Davidson dilantik sebagai Residen Selangor yang
pertama manakala Frank Swettenham menjadi Penolong Residen.
Keadaan di Negeri
Sembilan
Pada 1870-an, Negeri Sembilan terdiri daripada beberapa buah daerah.
Daerah-daerah tersebut gagal disatukan sebagai sebuah negeri akibat perebutan
kuasa antara Tunku Antah dan Tunku Ahmad Tunggal. Dua daerah terpenting ialah
Rembau dan Sungai Ujong. Daerah Sungai Ujong kaya dengan bijih timah.
Sungai Linggi pula
penting untuk mengangkut bijih timah dari kawasan pedalaman ke kawasan
pantai.Pembesar-pembesar Melayu mengenakan cukai ke atas bijih timah
yang dibawa keluar melalui Sungai Linggi. Terdapat dua pembesar berpengaruh di
Sungai Ujong iaitu Dato' Kelana dan Dato' Bandar. Pergaduhan berlaku antara
kedua-dua pembesar ini kerana :
·
Berebut
menguasai lombong bijih timah di Sungai Ujong.
·
Bertelingkah
kerana masalah hak memungut cukai di Sungai Linggi.

Dato' Bandar (Kulop Tunggal) disokong oleh rakyat tempatan dan para
pelombong Cina di SungaiUjong. Dato' Kelana (Sendeng) pula dibantu oleh
Sayid Abdul Rahman, iaitu Laksamana Raja Laut.
Kegiatan perlombongan
bijih timah di Sungai Ujong terancam akibat pergaduhan mereka. Pada 1873, Sayid
Abdul Rahman menggantikan Sendeng sebagai Dato' Kelana yang baru. Beliau cuba
mendapatkan bantuan British untuk mengalahkan Dato' Bandar yang lebih
berpengaruh di Sungai
Campur Tangan
British di Negeri Sembilan
Andrew Clarke memutuskan untuk campur tangan di Negeri Sembilan.
Tindakannya bertujuan melindungi pelaburan British dalam perlombongan bijih
timah. Dato' Kelana berjanji melindungi saudagar-saudagar British di Sungai
Ujong. Beliau diiktiraf oleh British sebagai pemerintah Sungai Ujung.
Kapten W.I. Tatham
dilantik sebagai Penolong Residen di Sungai Ujong. Dato' Bandar telah bertindak
menyerang Dato' Kelana tetapi gagal. Kekalahan ini berikutan bantuan
ketenteraan British di bawah pimpinan W.A. Pickering kepada Dato' Kelana. Dato'
Bandar terpaksa keluar dari Sungai Ujong dan bermastautin di Singapura.
Tunku Antah yang berkuasa di Seri Menanti tidak bersetuju dengan campur
tangan British di Sungai Ujong. Perlantikan Tunku Antah sebagai Yamtuan Besar
Seri Menanti disokong oleh daerah Terachi,Gunung Pasir,Ulu Muar dan Jempol.
Dato' Kelana enggan mengiktiraf perlantikan Tuanku Antah sebagai Yamtuan Besar.
Tuanku Antah juga enggan mengiktiraf Dato' Kelana sebagai pemerintah Sungai
Ujong.
Tunku Antah dan
Dato' Kelana. Pergaduhan
berlaku antara Tunku Antah dan Dato' Kelana. Pergaduhan ini ekoran tuntutan
Dato' Kelana ke atas Terachi sebagai kawasan di bawah kekuasaannya. Dengan
bantuan British, Dato' Kelana berjaya mengalahkan Tunku Antah. Pada 1887, Tunku
Antah memutuskan untuk menandatangani perjanjian dengan British bagi menamatkan
pertempuran yang berlaku. British mengiktiraf Tunku Antah sebagai Yamtuan Besar
Seri Menanti dan jajahan takluknya iaitu Johol, Terachi, Inas, Jempol, Ulu Muar
dan Gunung Pasir.
Dengan ini, British dapat meluaskan pengaruhnya dengan campur tangan di
Johol, Rembau dan Jelebu. Menjelang 1895, sembilan daerah di Negeri Sembilan
bersatu membentuk sebuah negeri. Martin Lister dilantik menjadi Residen
Negeri Sembilan yang pertama.
Keadaan di Pahang - Perang
Saudara (1857 - 1863)
Perang saudara di Pahang meletus selepas kemangkatan Bendahara Tun Ali
pada 1857. Dua putera Bendahara Tun Ali berebut untuk mewarisi takhta kerajaan
Pahang. Sebelum mangkat, Bendahara Tun Ali mewasiatkan pemerintahan Pahang
kepada Wan Mutahir (putera Sulung).Wan Ahmad (putera bongsu) diwasiatkan daerah
Endau dan Kuantan. Selepas menjadi Bendahara Pahang pada 1857, Wan Mutahir
enggan menyerahkan dua daerah tersebut kepada Wan Ahmad. Wan Ahmad menyerang
Pahang dengan bantuan orang Terengganu, Tok Gajah dan Dato' Bahaman. Baginda
berjaya dan menjadi pemerintah Pahang pada 1863 dengan gelaran Sultan Ahmad.
Perang saudara ini (1857 - 1863) menyebabkan keamanan dalam negeri terancam.
Campur Tangan
British di Pahang
Perang saudara di Pahang berakhir pada 1863. Pembesar-pembesar di Ulu
Pahang tidak menyokong pentadbiran Sultan Ahmad dan enggan membayar cukai.
Akibatnya, Sultan Ahmad memutuskan untuk menjual kawasan-kawasan di Ulu Pahang
kepada kuasa Jerman dan Perancis.
Kuasa-kuasa asing ini
berminat membeli kawasan-kawasan tersebut. Tindakan Sultan Ahmad membimbangkan
British. British ingin menyekat kemasukan kuasa asing lain agar pengaruh dan
kepentingan ekonomi mereka di Tanah Melayu dapat dikekalkan. British mendesak
Sultan Ahmad menerima seorang Residen British tetapi gagal.
Sultan Ahmad akhirnya bersedia menerima seorang Agen British setelah
dipujuk oleh Sultan Abu Bakar dari Johor. Hugh Clifford dilantik sebagai Agen
British dan Sultan Ahmad diiktirafkan sebagai Sultan Pahang. Hugh Clifford
tidak mempunyai kuasa yang luas.
Gabenor Negeri-negeri
Selat yang baru, Sir Cercil Clementi Smith ingin mewujudkan sistem Residen di
Pahang bagi mengukuhkan kuasa British. Pada 1888, seorang rakyat British
berbangsa Cina, Goh Hui dibunuh di perkarangan istana Sultan Pahang. Kejadian
pembunuhan ini beserta ancaman dan desakan pedagang British menyebabkan Smith
mendesak Sultan Pahang menerima Residen British. Pada penghujung 1888, J.P.
Rodger dilantik sebagai Residen British yang pertama di Pahang.
Pengenalan Sistem
Residen dalam Sistem
Pentadbiran Melayu
Kekayaan sumber ekonomi di negeri-negeri Melayu merupakan satu tarikan
kepada British untuk menguasai negeri-negeri tersebut secara tidak langsung.
Keadaan di negeri-negeri tersebut seperti perebutan takhta, perebutan kawasan
perlombongan dan pergaduhan kongsi gelap merupakan alasan untuk mereka campur
tangan. Campur tangan British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
telah menyebabkan Sistem Residen diperkenalkan dalam pentadbiran Melayu.
Residen berperanan untuk menasihati sultan dalam semua hal pentadbiran
kecuali perkara yang berkait dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Masalah mulai timbul dalam pelaksanaannya kerana bidang kuasa seorang Residen
tidak dinyatakan dengan jelas oleh Pejabat Jajahan di London. Keadaan ini
menyebabkan ada di kalangan Residen telah menjalankan tugas melampaui batas.
Sistem Residen di
Perak ( J.W.W. Birch )
Sultan Perak menerima J.W.W. Birch sebagai residennya yang pertama selepas
Perjanjian Pangkor pada tahun 1874. Beliau telah menghapuskan amalan perhambaan
dan mengambil alih hak memungut cukai daripada sultan. Tindakan Birch ini
membawa penentangan daripada Sultan Abdullah dan penyokongnya di hilir Perak.
Pada 2 November1875, Birch dibunuh ketika sedang mandi di Pasir Salak.
Residen J.W.W.Birch diganti oleh Sir Hugh Low. Antara pembaharuan yang dibawa
ke negeri Perak ialah menubuhkan Majlis Mesyuarat Negeri Perak pada tahun1877.
Selain itu, beliau menghapuskan amalan perhambaan bagi mereka yang berhutang
dengan membayar ganti rugi kepada pembesar-pembesar yang terlibat. Beliau juga
memajukan sektor pertanian .
Sistem Residen di
Selangor
Residen Selangor yang pertama ialah J.G.Davidson. Beliau menjalankan tugas
dengan baik kerana mendapat kerjasama daripada Tengku Kudin. J.G. Davidson
telah menubuhkan pasukan polis dan sebuah perbendaharaan kerajaan untuk
menguruskan pungutan hasil dalam negeri. Kegiatan perlombongan bijih timah juga
telah dimajukan.
Residen Selangor yang
kedua ialah Frank Swettenham dengan projek pembangunannya yang terkenal seperti
menyusun semula sistem pungutan cukai, membina jalan raya dan juga jalan
keretapi. Beliau juga menggalakkan perkembangan perusahaan bijih timah dan
pertanian dagang.
Sistem Residen di
Negeri Sembilan
Apabila Dato’ Kelana meminta bantuan British untuk menentang Dato’
Bandar, kerajaan British telah menghantar Kapten Tatham sebagai penolong
Residen di Sungai Ujong. Pada tahun 1895, Martin Lister dilantik sebagai
Residen pertama Negeri Sembilan.
Sistem Residen di
Negeri Pahang
J.P Rodger menjadi Residen Pahang yang pertama pada tahun 1888.
Pembesar-pembesar Melayu menentang Sistem Residen di Pahang kerana sistem ini
menyebabkan mereka kehilangan kuasa dan keistimewaan. Satu pemberontakan yang
dikenali sebagai Pemberontakan Dato’ Bahaman telah berlaku antara tahun 1891-
1895.
Mengapakah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Ditubuhkan
Pengenalan Sistem Residen dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu tidak
seperti yang diharapkan oleh sultan. Residen tidak sahaja berfungsi sebagai
penasihat tetapi segala nasihat dan cadangan mereka mesti diikut oleh sultan.
Oleh itu Frank Swettenham, Residen Perak ketika itu mencadangkan supaya
negeri-negeri ini disatukan di bawah satu pentadbiran.
Pada tahun1896,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi negeri-negeri
Melayu Bersekutu atau dikenali juga dengan Persekutuan. Kuala Lumpur dijadikan
pusat pentadbiran Persekutuan. Residen Jeneral menjadi pentadbir Persekutuan.
Sebab-sebab
Penubuhan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu
Dengan penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, diharapkan
negeri-negeri yang kurang maju seperti Pahang akan dibantu oleh negeri-negeri
yang maju seperti Perak dan Selangor. Ini kerana menjelang tahun 1896, negeri
Pahang mengalami masalah kewangan yang teruk kerana banyak berhutang dengan
Kerajaan Negeri-negeri Selat. Terdapat perbezaan dalam sistem keadilan, cukai
dan undang-undang tanah antara negeri-negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri
Sembilan. Oleh itu, keseragaman perlu diwujudkan untuk menambahkan kecekapan
serta menjimatkan perbelanjaan pentadbiran. Kuasa Residen perlu dikurangkan
kerana sering menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Sultan dan pembesar.
Sistem pengangkutan dan perhubungan perlu dimajukan. Pejabat Tanah Jajahan pula
menyokong jika pentadbiran bercorak persekutuan diwujudkan.
Penubuhan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ini juga adalah untuk kepentingan pentadbiran
dan pertahanan British kerana pasukan tentera di keempat-empat negeri itu dapat
disatukan bagi memberikan kekuatan untuk menumpaskan sebarang kekacauan yang
berlaku.
Pentadbiran
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Frank Swettenham yang diarah untuk mendapatkan persetujuan dan
tandatangan sultan-sultan Melayu berjaya mempengaruhi mereka. Pada Julai1895,
Perjanjian Persekutuan ditandatangani antara keempat-empat sultan Melayu dengan
British dan berkuat kuasa pada tahun 1896.
Pesuruhjaya British
yang pertama mentadbir kerajaan Persekutuan ialah Charles Mitchell. Sementara
Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah Frank Swettenham. Jawatan
Presiden di keempat-empat negeri itu dikekalkan dan mereka di bawah penguasaan
Residen
Penubuhan DURBAR
Durbar ialah persidangan terhad antara Pesuruhjaya Tinggi, Raja-raja
Melayu, Residen Jeneral dan Empat Orang Residen. Durbar merupakan permulaan
institusi Majlis Raja-raja Melayu. Dalam Durbar diadakan perbincangan mengenai
urusan pentadbiran termasuk juga mengenai agama Islam dan kepentingan orang
Melayu. Durbar tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang kerana hanya
merupakan badan penasihat. Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur pada 1903, dan
dalam persidangan ini raja-raja mendesak kuasa mereka dikembalikan. Durbar
terbatal apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1909.
Majlis Mesyuarat
Persekutuan
Majlis Mesyuarat Persekutuan merupakan satu usaha untuk mengurangkan
kuasa Residen Jeneral.Majlis ini ditubuhkan oleh Pesuruhjaya Tinggi John
Anderson pada1909. Tujuan Majlis Mesyuarat ini diadakan adalah untuk
mengurangkan kuasa Residen Jeneral dan mengembalikan kuasa pentadbiran kepada
Sultan. Dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan ini juga sistem perundangan dibahas
dan dibincangkan terlebih dahulu sebelum diluluskan.
Ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Persekutuan ini adalah Pesuruhjaya Tinggi selaku pengerusi, Residen
Jeneral, Empat orang raja Melayu, empat orang Residen dan tiga orang ahli tidak
rasmi.
Mesyuarat pertama diadakan di
Kuala Kangsar tahun 1909. Raja Chulan dari Perak merupakan orang Melayu pertama
yang dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan. Walau bagaimanapun
Majlis Mesyuarat Persekutuan gagal mengembalikan kuasa sultan-sultan Melayu.
Semua undang-undang
yang diluluskan hanya perlu ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
Oleh sebab itu sultan-sultan mula berundur dari Majlis Mesyuarat Persekutuan
pada tahun 1927.