PENYAKIT.
JENIS-JENIS PENYAKIT.
Secara umumnya, terdapat 11 jenis penyakit yang menyerang pokok getah tetapi di sini hanya 3 jenis penyakit sahaja yang dapat saya nyatakan. Antaranya ialah:
1. Penyakit Akar
2. Penyakit Cendawan Lapuk
3. Penyakit Batang
1. PENYAKIT AKAR
Penyakit akar merupakan penyakit berbahaya yang menyerang pokok getah dawasa. Penyakit akar disebabkan oleh kulat yang pada mulanya menyerang kulit akar, kemudian menembusi kayu dan akhirnya akar pokok getah nenjadi lapuk dan mati.
Spora kulat akan diterbangkan oleh angin dan hinggap di mana-mana bahagian kayu pokokgetah yang terdedah akibat luka atau cedera. Selain itu, penyakit akar boleh disebabkan oleh pertemuan akar, iaitu akar sihat bertemu dengan akar yang berpenyakit.
Terdapat enam jenis penyakit akar yang menyerang pokok getah, iaitu penyakit akar putih, penyakit akar merah dan penyakit akar perang yang boleh diklasifikasi kepada jenis yang besar. Nama - nama penyakit akar ini berdasarkan kepada warna kulitnya. Tiga jenis lagi penyakit akar ialah penyakit akar lapuk Ustulina, penyakit akar lapuk Poria dan penyakit akar lapuk Busuk.