Larian jarak dekat.
Mulaan dengan menggunakan
blok mulaan.
Lakukan aktiviti di bawah berpasangan.
-
Letakkan blok lebih kurang 50cm dari garis permulaan.
-
Jarak di antara bahagian belakang blok dengan bahagian
hadapan blok adalah lebih kurang 40cm.
-
Lakukan beberapa percubaan untuk mencari kesusaian
blok dan jaraknya yang paling baik .
-
Tentukan terlebih dahulu kaki manakah yang akan digunakan
untuk memijak bahagian belakang blok.
-
Pastikan blok dipasang dengan ketat dan kuat.
Keadaan "ke garisan"
-
Berjalan menuju ke blok dan berdiri dengan blok itu berada di bawah kedua-dua
belah kaki yang dikangkangkan.
-
Dekam dan letakkan hujung kedua-dua belah kaki ke atas blok.
-
Letakkan kedua-dua belah tangan di belakang garis mula. Jarak di antara
kedua-dua belah tangan hendaklah sama luas dngan bidang bahu.
-
Sesuaikan kedudukan badan untuk mendapatkan keselesaan dan imbangan yang
maksimum.
Keadaan "sedia"
-
Tinggikan sedikit bahagian pinggang dari aras bahu.
-
Luruskan tangan dan gerakkan bahu ke hadapan garisan.
-
Tekankan keduaa-dua belah kaki dengan kuat ke atas blok mulaan.
Berlepas
-
Bergerak lurus ke hadapan.
-
Jarak langkah pertama dilakukan secara sederhana, tidak terlalu panjang
dan tidak pula terlalu pendek.
Tugasan bertulis :
IAAF link
1. Dengan menggunakan site diatas,cari :-
i. Nama 5 orang
olahragawan masa kini.( Sebutkan acara mereka dan rekodnya sekali)
ii. Nama 5 orang olahragawan
legenda dunia. (acara mereka dan rekodnya sekali)
2. Lakukan aktiviti di bawah secara praktikal .
-
Ambil masa untuk larian sejauh 30 meter.
-
Buat agakan berapa saat diambil untuk larian sejauh
60 meter.
-
Buat aktiviti larian 60 meter untuk melihat ketepatan
agakkan anda.
-
Beri 4 sebab kenapa ada perbezaan masa antara agakan
anda dengan masa sebenar.