Ziana ZainbiOdatA 
Nama: Ziana Zain
Nama Glamor : Ziana
Nama Sebenar : Siti Roziana Bte Zain
Nama Timangan : Ogee/Gee/Dik
Tarikh Lahir : 2/5/1968
Bintang : Taurus
Tinggi : 5" 3"
Tarikh Lahir: 2 May, 1968
Hobi : Mengumpul kasut, minyak wangi, memasak dan menyanyi
Status : Berkahwin
Suami : Mohd Armin Zahrin
Anak : Mohd Aiman / Mohd Ammar

Ziana Zain memulakan karier seninya di bawah syarikat rakaman antarabangsa BMG Asia Pacific (kini bertukar nama kepada BMG Music). Lagu Madah Berhelah yang dimuatkan di dalam album sulungnya telah memperkenalkannya sebagai penyanyi berbakat yang mampu membawa lagu-lagu bernada tinggi dengan baik. 

Selain menyanyi Ziana Zain turut melibatkan dirinya dalam bidang lakonan. Penglibatannya sebagai pelakon bermula dengan filem Sembilu di bawah arahan Yusof Haslam bersama artis popular Awie dan Erra .Seterusnya, Ziana berlakon filem Sembilu 2 dan Maria Mariana di bawah pengarah yang sama. Lakonannya di dlm filem-filem tersebut mengekalkan status Ziana sebagai pelakon popular. Ziana juga pernah berlakon di bawah tunjuk ajar pengarah versatile, M.Nasir di dalam filem Merah yang diakui oleh pengkritik filem antara filem terbaik tanahair. Manakala filem Maria Mariana 2 adalah filem lakonannya yang terakhir. 

Di samping itu, Ziana Zain juga terlibat sebagai model dan duta kepada beberapa jenama barangan di Malaysia dan juga luar negara. Antaranya produk Healthy Image Nutribeaute, Tilam dan jenama jam terkenal, Omega. Dengan menjadi duta untuk jam tangan Omega, Ziana Zain secara automatik layak menjadi ahli kelab pengeluar jam berjenama antarabangsa Omega International Celebrity Club berganding dengan model terkenal dunia iaitu Cindy Crawford, pelakon Elle Macpherson dan Pierce Brosnan.


 

  
Dari minah kilang, capai kejayaan gemilang:
ZIANA TIDAK KENAL ERTI KALAH 
MESKIPUN ramai penyanyi dan pelakon baru yang tumbuh macam cendawan, namun kehadiran mereka tidak langsung menggugat populariti Siti Roziana Zain (Ziana zain), 31. 

Anak kelahiran Melaka ni sememangnya cukup gah di persada seni. Bermula dengan album kombo polis berjudul 'Kau lbarat Lilin', kemudian menyertai BMG Music pada tahun 1991 dengan album pertama berjudul Madah Berhelah. 

Paling hebat, dia yang terpilih membintangi filem Sembilu, Sembilu II, Maria Mariana dan Maria Mariana II arahan Yusof Haslam, berjaya melakonkan wataknya dengan cukup berkesan hingga membolehkan filem tersebut meraih kutipan berjuta ringgit. Dan kehebatan yang serupa turut dilakukannya dalam filem Merah, arahan M. Nasir. 

Apa yang membanggakan, kejayaan dalam lakonan tidak pernah menenggelamkan karier asalnya sebagai penyanyi. Ini terbukti apabila albumnya yang berjudul 'Puncak Kasih', terjual melebihi 100, 000 unit dalam tempoh beberapa minggu sahaja. 

Berdasarkan kejayaan dan populariti itulah yang mendorong pengeluar jam antarabangsa Omega, kemudiannya memilih Ziana sebagai model jam tangan itu di Malaysia. 

Pemilihan tersebut yang mengiringi Cindy Crawfords, Pierce Brosnan, Michael Schumacher, Alexander Popov dan ramai lagi bintang terkenal dunia merupakan satu pengiktirafan tertinggi buat Ziana, selepas dia mencapai kemenangan gemilang di Kazakhstan sebelum ini. 

Begitulah kejayaan yang dikecapi oleh Ziana. Dunia glamor yang dipenuhi tawa ria tidak pernah melalaikannya daripada terus berusaha dengan lebih gigih. Dorongan dan suntikan semangat daripada kedua ibu bapanya berjaya menghasilkan pelbagai anugerah berharga yang sukar ditandingi oleh artis-artis lain. 

Sesungguhnya, penat jerih Ziana satu ketika dahulu sebagai 'minah kilang', pembantu pejabat, pekerja hotel dan kemudian pramugari, menjadikannya lebih dewasa dalam menempuh onak dan duri kehidupan

Gemar tengking budak lelaki 
ZIANA, PERNAH JADI TOMBOY 
Jika zaman kanak kanak Ziana merupakan seorang budak yang nakal, zaman persekolahan pula jauh bezanya. Ketika itu, Ziana tiba-tiba berubah selera dan lebih gemar berkelakuan seperti lelaki berbanding anak-anak gadis yang lain. 

"Memang gaya Ziana masa sekolah dahulu macam lelaki, atau lebih tepat tomboy. Entah kenapa Ziana Iebih selesa berkelakuan seperti itu. Malah gaya Ziana juga agak kasar sedikit hingga ramai budak lelaki yang takut. Masa itu, tak ada budak Ielaki yang berani kacau Ziana. Kalau mereka kacau, jawabnya Ziana akan kejar mereka dengan kasut. 

"Bercerita pasal zaman persekolahan ni, Ziana teringat satu kejadian lucu yang pernah Ziana alami. Adalah satu hari tu, Ziana tersalah jalan ketika aktiviti merentas desa, dan termasuk dalam ladang getah. 

"Apa yang Ziana tidak boleh Iupa, ketika itu juga bau getah tengah naik. Mungkin kerana terlalu lama berlegar-legar di kawasan tersebut, fikiran Ziana terasa bagai melayang-Iayang. Seterusnya, sedar punya sedar entah macam mana Ziana peluk pokok getah," ujarnya ketawa.

Degil dan nakal: 
SAYA SUKA MERAYAU - ZIANA 

Menurut Ziana ketika kecil dia suka merayau keliling kampung bersama rakan-rakan seusianya. Kalau sehari tidak merayau, katanya dia rasa lain macam sahaja kerana perbuatan itu sudah seperti satu tabiat. 

"Kami sebenarnya suka merayau-rayau tak tentu hala. Kadangkala tu sampai senja baru balik ke rumah. Emak yang menyedari sifat pelik tersebut, selalu memarahi Ziana dan memberi kata-kata nasihat. Namun entah kenapa, nasihat tersebut selalunya masuk telinga kiri, dan keluar telinga kanan. 

"Satu lagi kegemaran Ziana ketika kecil ialah panjat pokok, bermain di lopak air dan main meriam kabait. Mungkin kerana terlalu nakal, pernah sekali tu Ziana jatuh berdebuk dari pokok jambu dan nyaris-nyaris tercedera. 

Abah (Zain) yang melihat kejadian tersebut betul-betul terkejut kerana menyangkakan Ziana mungkin menemui maut. Bagaimanapun, bak kata orang tua-tua, budak nakal selalunya panjang umur. 

"Kini, apabila Ziana bertemu semula dengan rakan-rakan lama, kami semua akan ketawa berdekah-dekah teringatkan kisah lama yang penuh nostalgia itu. 

"Apa yang pasti, kenangan zaman kanak-kanak merupakan satu kenangan indah yang tidak mungkin berulang kembali. Meskipun sudah lama berlalu, namun hingga kini ia tetap bersemadi dalam sanubari ini," ujar Ziana tersenyum.
 
 

Pengalaman mendewasakannya: 
PERNAH DIGELAR MINAH KILANG 

TAMAT sekolah menengah Ziana telah bekeija di sebuah kantin. Mungkin disebabkan suasana kerja yang tidak bersesuaian, dia akhirnya berhenti kerja tiga bulan kemudian. 

Selepas itu, dia menjawat jawatan sebagai seorang kerani pula dan hanya bertahan selama dua bulan sahaja. Berhenti sebagai kerani, Ziana bertukar angin pula di kilang JVC yang beroperasi di Shah Alam, Selangor. 

Di kilang itu, Ziana bekerja agak lama berbanding pekerjaan sebelumnya iaitu kira-kira tujuh bulan. Dan masa itu juga, Ziana sudah mula memakai tudung, tetapi ianya hanya mampu bertahan selama tujuh bulan juga. 

Seterusnya, berkat usaha tanpa jemu, Ziana akhirnya berjaya menjadi pramugani MAS walaupun bidang tersebut bukanlah cita-cita asalnya. Menurut penyanyi dan pelakon itu, dia sebenarnya hanya menemani seorang sepupu untuk temuduga jawatan pramugari. Namun apabila dia turut mencuba nasib, tidak disangkanya. dia telah terpilih menjawat jawatan tersebut. 

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan Ziana, sepupunya yang beria-ia mengajak ke temuduga itu tidak pula dipilih oleh MAS.
 
 
 
 
 


 

Copyright © 1998-2004 ziana_zain.tripod.com. All Rights Reserved.