ronin.gif (9838 bytes)

Mahathir patut
berhenti merepek

DR MAHATHIR Mohamad merepek lagi. Kali ini di Montego Bay, Jamaica. Gelagatnya saling tak ubah seperti Sukarno di tahun-tahun 1960an. Indonesia telah muflis tetapi Sukarno masih ingin jadi jaguh negara-negara membangun. Rakyat ada yang terpaksa makan jagung dan ada yang kebuluran. Tetapi yang di salahkan adalah imperialisme dan imperialis baru. Untuk mengalihkan pandangan dari masalah dalam negeri Sukarno melancarkan konfrontasi dan "ganjang Malaysia."
      Malaysia belum muflis. Tetapi kroni-kroni Mahathir telah muflis dan beliau menyalahkan orang lain kerana menyebabkan kroni-kroninya muflis. Soros dan pedagang mata wang menjadi musuh utamanya. Tetapi antara penasihat utama Dr Mahathir sekarang dalam hal ehwal kewangan ialah Nor Mohamed Yaacob, seorang yang terlibat dalam spekulasi mata wang dan menyebabkan Bank Negara kehilangan RM12 billion. Anwar membuang Nor kerana itu dan meminta Jaafar Husein meletak jawatan sebagai  Gabenar Bank Negara. Tetapi Dr Mahathir mengambil Nor semula dan ia  kini menjadi orang yang paling berpengaruh dalam operasi Bank Negara.
     Untuk mengkalihkan pandangan masyarakat dari masalah ekonomi, Dr Mahathir menyingkir Anwar dengan suatu konspirasi.
     Repekan Mahathir mendapat tepukan gemuruh di Jamaika. Apa yang diherankan? Sukarno mendapat tepukan yang lebih gemuruh. Dan bersama Sukarno adalah gergasi nasionalis dan pengasas Pergerakan Negara-Negara berkecuali seperti Nehru, Nasser dan Tito. Tetapi apakah kejaguhan dan tepuk sorak itu menyelamatkan Sukarno dan Indonesia?
     Begitu juga dengan Dr Mahathir. Tepukan di Jamaika tidak akan menyelamatkan beliau dan juga Barisan Nasional.       Krisis politik di Malaysia adalah sejenis "creative destruction" yang akan membawa kepada zaman baru. Dr Mahathir boleh tidur nyenyak sementara waktu setelah mendapat tepukan di Jamaika. Dan sementara beliau tidur dan dibuai oleh tepukan di luar negara, rakyat Malaysia sedang sibuk memikirkan "architecture baru" politik Malaysia.--15 Feb 1999

bluevert.gif (853 bytes)

Stop the blather, Mahathir

DR MAHATHIR Mohamad has been blathering again. The way he was carrying on in Montego Bay brings to mind Sukarno’s conduct in the 1960s. Indonesia was bankrupt, but Sukarno still wanted to be seen as the champion of developing nations. His people were either surviving on corn or dying of hunger. But he kept heaping blame on "imperialism" and "neo-imperialists." To deflect attention from Indonesia’s internal problems, Sukarno launched his campaign for konfrontasi to "crush Malaysia."
    Malaysia is not yet bankrupt, but Dr Mahathir’s cronies are. And he is blaming others for this. Soros and currency traders have become his chief enemies. But then, among his prinicipal advisers in monetary matters these days is Nor Mohamed Yaacob, someone who was involved in the currency speculation that caused Bank Negara to lose RM12 billion. Anwar sacked Nor and asked Jaafar Hussein to quit his position as the central bank’s governor. And now, thanks to Dr Mahathir, Nor is back and is the most influential person in Bank Negara.
    To turn the people’s attention from the economic crisis, Dr Mahathir has thrown Anwar out through a conspiracy.
    Dr Mahathir’s blather was loudly applauded in Jamaica. That’s nothing strange. The applause for Sukarno was more thunderous. Furthermore, Sukarno’s audience included nationalist giants and founders of the Non-Aligned Movement. There were Nehru, Nasser and Tito. But did Suharto’s heroic strut and the wild cheering save him and Indonesia?
     And the clapping in Jamaica will save neither Dr Mahathir nor the Barisan Nasional.
    The political crisis in Malaysia is a kind of creative destruction, heralding a new era. The Jamaican applause may give Mahathir a few nights of restful sleep. And as he sleeps to the lulling rhythm of distant claps, Malaysians are busy working out a new political architecture for Malaysia.

Up Next