Doa & Zikir Harian

Mahfum Firman Allah s.w.t.:
"Berdoalah kepada ku,akan ku perkenankannya"

Mahfum Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Doa itu otak ibadat"


DOA PENERANG HATI

Ertinya: Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-Mu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku.


DOA MURAH REZEKI

Shaikh Ad-Dumairi dalam kitabnya "Hayatul Hayawan" berkata, ia menerima pelajaran dari gurunya Al Arif Billah Abdullah Bin As'ad, dari gurunya Al Arif Billah Imam Abi Abdullah Umar Al-Quray, dari gurunya Abu Rubai' Al Maliqy: Siapa yang membiasakan baca zikir dan berdoa selesai solat lima waktu, khususnya sesudah solat Jumaat, maka ia dijaga oleh Allah dari semua yang ditakutinya, dibantu dapat mengalahkan atau melemahkan musuhnya. Diberi kekayaan dan kecukupan, diberi rezeki dengan tak terbilang dan tak terkira datangnya serta dipermudahkan penghidupannya sehingga dapat membayar hutangnya sekalipun mempunyai hutang seperti gunung. Cara mengamalkannya cukup dibaca sekali pada waktu seperti tersebut.


AYAT SERIBU DINAR

Ayat seribu dinar ini adalah untuk murah rezeki,kesenangan hidup
dan menghindarkan segala mala petaka.Semoga kita dapat mengamalkan.

AYAT KEMUDAHAN HIDUP

di amalkan 7 kali sehari