MADZANI MENULIS (1)

 

Alhamdullillah diucapkan dengan pertemuan kali pertama ini. Kali ini saya cuba menjelaskan beberapa perkara berdasarkan pandangan individu. Setakat ini saya merasakan seolah-olah pkpms cuba mendahului zamannya. Berbanding dengan badan gabungan yang lain pkpms cuba mengeksploitasi pula alam siber. Tapak PKPMS boleh didapati melalui https://members.tripod.com/~PKPMS/page1.Html.
Walaupun PKPMS telah wujud sekian lama tetapi ia seolah-olah hidup segan mati tak mahu, lantaran 'kesibukan' yang telah 'memakan' ahlinya dari terus aktif. Satu tika PKPMS cuba ditukar namanya kepada jawatankuasa pimpinan pelajar tetapi atas alasan bahawa PKPMS telah dilihat diseluruh dunia melalai internet, maka perubahan nama ini ditangguhkan. Sebelum 1996 PKPMS memang ada dalam senarai PKPIM tetapi kewujudannya tidak dirasai apatah lagi pelajar sabah lebih mengutamakan yang 'terbesar' berbanding PKPMS yang hanya bersifat setempat. PKPMS akur dengan hal ini sehingga sekarang perkara ini masih tidak luput dalam pemikiran ahli-ahli atau pelajar Sabah di Semenanjung Malaysia yang telah mendaftar sebagai ahli PKPIM tetapi langsung tidak mempedulikan keahlian mereka dalam PKPMS. PKPMS memang agak 'daif' dari segi pengalaman dan juga ia masih lagi setahun jagung, darah masih muda dan 'akal belum cukup'. PKPMS cuba mengikis hal ini tetapi ia terpulang dengan ahli yang telah mendaftar dan mengetahui kewujudan PKPMS untuk menunjukkan PKPMS di peringkat pusat (PKPIM).
Hal ini akan dilihat melalui penghantaran perwakilan ke muktamar nanti sama ada kita akan menjadi perwakilan kepada PKPIM yang telah ramai perwakilannya atau kita akan menjadi perwakilan yang ahlinya yang benar-benar mendefinisikan dirinya ahli PKPMS sebagai perwakilan PKPMS atau ada yang bersifat di atas pagar yang masih menggunakan konsep barat (western) iaitu 'suaifaedah', bila kita merasakan kita punya kepentingan barulah kita menyokong satu-satu pihak hingga menafikan kewujudan orang lain.
Saya juga ingin menyatakan bahawa PKPMS selama ini telah mengeluarkan mereka yang benar-benar pernah memberikan komitmen yang besar tanpa menghiraukan diri dan terpaksa berkorban. Apa yang mereka lakukan ialah satu perlakuan yang benar-benar seperti yang dirancang dan bukan cakap kosong saja tanpa melaksanakannya atau sebagai mereka yang memerhati saja kemudian bila melihat ia telah gemilang barulah menyatakan penglibatannya dalam sesuatu situasi. Sepertimana juga ketika para penunjuk perasaan di hadapan Masjid ar-Rahman. Mereka benar-benar menyatakan perasaan mereka dan akhirnya tertangkap. Namun, ramai yang terlepas dan tak mahu mengaku penglibatan mereka, tetapi setelah dipuji oleh sekumpulan orang mereka turut menyatakan mereka terlibat sama. Samalah konsepnya 'suaifaedah'. Cantik sungguh. Saya berharap hal ini tidak terjadi didalam PKPMS.
Seseorang ahli PKPMS sekarang seharusnya telah memahami situasi PKPMS sebelum memaklumkan sesuatu dan membuat kenyataan. Ramai diantara ahli yang belum mengetahui situasi PKPMS tetapi telah berani membuat kenyataan tanpa melihat situasi sebenar PKPMS. Perkara ini saya lihat sebagai amat serius dan amat sukar untuk dihalang. Saya berharap, sebelum menilai baik selidik, dariada kosong baik satu, daripada satu baik dua, daripada dua baik tiga...... Sekiranya kita melihat hal ini sebagai kuantiti, saya menafikan sebaliknya ia cuba menyatakan tentang keberadaan antara situasi.
Rakan-rakan PKPMS hayatilah dahulu PKPMS sejak awal kemudian barulah menyatakan kenyataan yang benar-benar berdasarkan fakta dan jangan sampai hal ini berlarutan atas sebab kejahilan kita untuk meluangkan masa menyelidik dan memahami pkpms. Janganlah bersikap, "sepatutnya PKPMS harus memahami saya". Sekiranya ini dilihat sebagai kenyataan kita saya melihat PKPMS kelak tak ubah lagi sebagai 'buih-buih dilautan', berbuih dihempas kepantai dan hilang sekejap masa. Setelah memhami situasi PKPMS kita lihat pula situasi sekitar kerana hal yang kecil boleh menyebabkan permaslahan yang besar. Seperti kita merancang mahu mengangkut kain kosyen di waktu pagi yang cerah.... Tetapi adakah hujan tak turun. Perkara ini harus diteliti dengan lebih lanjut lagi.
Bagi rakan-rakan PKPMS sesi 1995 yang telah merancang beberapa aktiviti semasa di Sabah Medical Center (SMC). Saya ingin nyatakan kesemua rancangan telah dilaksanakan kecuali satu lagi iaitu konvensyen. Rakan-rakan, kita telah merancang lima agenda iaitu seminar, perkelahan, perkhemahan, tamrin dan konvensyen. Seminar telah dibuat pada tahun yang sama di Wisma MUIS, 1996 PKPMS telah membuat perkelahan sambil Tamrin diPulau Mamutik, 1997 perkhemahan di Pantai Melinsung dan tahun 1998 Tamrin Kepimpinan Generasi di SMK Putatan dan tahun 1999 saya pulangkan kepada rakan-rakan untuk menjadikannya realiti.
Rasanya terlalu banyak yang telah saya coretkan, jadi setakat ini dahulu. Apa yang telah saya nyatakan adalah dari hati yang ikhlas dan kemaafan dipohon sekiranya ada kesalahan dan kesilapan yang menyentuh 'sesuatu'.

Sekian. Wassalam.

MADZANI @ SAIDIE NUSA
Kota Belud
Sabah.