Umat Islam di Malaysia menyambut Ramadhan 1418 H dengan diiringi suasana kegawatan
ekonomi.  Kemeriahan umat Islam beribadah dipecahkan oleh peristiwa gadis Nor Aishah
Bukhari yang dikatakan telah murtad.  Sekali lagi umat Islam di Malaysia dicabar setelah
beberapa kali mereka sekadar ‘berputih mata ' melihat  seorang demi seorang   umat  Islam
dimurtadkan.  Semuanya tidak  dapat  disekat lantaran undang-undang negara yang tidak  Islamik.
 Peristiwa ini mendedahkan bahawa umat Islam di negara ini belum terjamin keselamatan
aqidahnya,  malah ibu  bapa yang mempunyai anak-anak (terutamanya perempuan) akan terdedah
kepada gejala tersebut kerana Bukhari  (bapa Nor Aishah) mendedahkan bahawa ada komplot
yang cuba mengkristiankan anaknya.  Kejayaan komplot itu  adalah  hasil tidak ada undang-
undang dalam negara  ini  yang mampu menyekat umat Islam daripada murtad.
 Perkara ini menimbulkan  pertanyaan orang ramai, kenapa komplot itu cukup berani untuk
mengkristiankan Aishah dalam sebuah negara yang agama rasminya ialah Islam?   Mengapa
tindakan  komplot  itu berani dan nekad  tanpa menghiraukan sentimen umat Islam di negara  ini?
Sudah tentu,  keberanian itu lahir bersandarkan kepada  kejayaan mereka selama ini.
 Tidak  berapa lama dahulu,  kita rakyat Malaysia telah didedahkan bahawa  lebih 5000
orang umat Islam telah murtad.  Nor Aishah sendiri telah menceritakan kepada bapanya  bahawa
ketika  beliau dibawa ke gereja di Seremban,  beliau bertemu dengan  ramai gadis Melayu dan ada
di kalangan mereka yang telah berkahwin,  memiliki anak,  dan hidup bahagia di samping suami
kristian mereka.
 
Murtad sebagai ancaman kepada negara.
 Hakikatnya, gejala murtad di Malaysia perlu dianggap sebagai satu ancaman kepada negara
yang majoriti rakyatnya beragama Islam.  Ketua Polis Negara,  Tan Sri Abdul Rahim Noor
memberi amaran kepada keluarga Joseph Arnold Lee tentang kemungkinan yang berlaku
sekiranya isu Nor Aishah Bukhari ini tidak dapat diselesaikan dengan segera.  Beliau mengakui
bahawa kes murtad ini  boleh membakar sentimen umat Islam dan rakyat negara ini.  Pada
pandangan PDRM,  sungguhpun menurut perlembagaan Malaysia,  Nor Aishah berhak memilih
agama yang ingin dianuti,  tetapi dia harus sedar bahawa perbuatannya itu memberi kesan kepada
masyarakat.
 Yang lebih menarik,  KPN turut mengingatkan tentang peristiwa Natrah yang menyebabkan
rusuhan di Singapura pada awal  1980an.  Dalam erti kata  lain,  Tan Sri  Rahim mengingatkan
keluarga Joseph  Arnold Lee supaya isu Nor Aishah  ini tidak menjadi  seperti isu Natrah di
Singapura  yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah di pulau itu.
 Ingatlah bahawa dalam isu Natrah  dahulu,  pegawai polis yang   diarahkan untuk
menyelesaikan masalah rusuhan atau demonstrasi isu Natrah telah melepaskan pakaian
seragamnya dan  turut bersama rakyat menuntut penyelesaian isu Natrah yang telah dikristiankan
setelah sekian lama menganut agama Islam.  Tidak mustahil peristiwa ini 'berbuah' sekali lagi
kerana bapa saudara Nor  Aishah merupakan Ketua Polis Balai Dang Wangi,  Kuala Lumpur.
Mungkin  perkara ini  boleh  berlaku seandainya tidak ditangani sebaiknya.
 
 
Murtad : Apa penyelesaiannya ?
 
 Abu  Hasan Ali An Nadawi dalam  bukunya ' Murtad,  Mengapa Tiada Abu Bakar
Memeranginya' telah menyorot kembali kisah saidina Abu Bakar menghadapi gejala murtad di
zamannya.  Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w,
maka muncullah beberapa golongan yang murtad iaitu :
1. Murtad kerana engkar zakat : Golongan ini meyakini zakat hanya wajib pada masa
Rasulullah s.a.w. dan ia bukan lagi satu kewajipan   selepas kewafatan baginda.
2.  Murtad kerana mengisytiharkan diri keluar Islam lantaran kecewa dengan kewafatan
Rasulullah s.a.w.
3. Murtad kerana mengaku menjadi nabi seperti Musailamah al-Kazzab,  Arwad al-Ansi,
Thullaihah dan sebagainya.
 Apabila Abu Bakar membentuk 12 gerombolan tentera,timbul rasa tidak puas hati
dikalangan segelintir sahabat. Saidina Umar umpamanya kurang bersetuju terutama dalam
memerangi golonganm yang ingkar zakat. Pendapat ini disokong oleh Kibar as-Suhabat. Di kala
itu Saidina Abu Bakar mengeluarkan ucapan yang terkenal, maksudnya :
 "Sekiranya aku ketahui diseberang sana ada seorang Islam yang murtad, nescaya aku
akan  kerahkan tentera Islam memeranginya.”
 Demikianlah ketegasan Saidina Abu Bakar terhadap orang-orang murtad.Dan inilah yang
sepatutnya dicontohi oleh pemimpin hari ini, iaitu perkara pertama yang dilakukan oleh Abu
Bakar setelah diangkat menjadi khalifah ialah memerangi orang murtad.  Itulah juga tugas utama
kerajaan hari ini iaitu menjaga aqidah umat islam. Semua perkara yang boleh merosakkan aqidah
umat islam perlu diperangi dan dibenterasi.
 Inilah (perkara dharuri) yang perlu dijaga oleh kerajaan yang utamanya ialah agama. Begitu
juga dengan tujuan utama syariah yang utamanya untuk menjaga agama. Jumhur ulama
meletakklan bahawa kerajaan hukum bunuh ke atas orang yang murtad kepada hadis nabi s.a.w
barang siapa yang  murtad  atau menukarkan agamanya maka bunuhlah ia. Walaupun ada ulama’
yang berpendapat diberi peluang untuk bertaubat, ada juga yang berpendapat perlu dipenjara.
Pemerintah yang bertanggungjawab  untuk mewujudkan akta murtad supaya umat islam
terpelihara.  Persoalanan masyarakat majmuk tidak perlu di jadikan penghalang kerana :
 i -Dalam takbir raya yang kita laungkan kita telah berbaiah dengan  Allah bahawa persoalan yang
berkaitan dengan Islam akan tetap dilakukan walaupun ditentang oleh orang kafir. Ke mana
perginya penghayatan takbir ini? Jelas sekali bahawa takbir ini untuk dilaungkan semata-mata,
tetapi untuk dihayati maksud dan maknanya.
ii - sekiranya dalam melaksanakan islam ini,  kita menunggu orang kafir setuju, sampai kiamat
pun tidak ada orang kafir yang akan bersetuju.
iii -perlu difahami bahawa di dalam penggubalan undang-undang yang boleh menyekat orang
islam daripada murtad, ia tidak melibatkan langsung surival non-islam. Oleh itu tidak ada
justifikasi yang membolehkan orang-orang kafir menghalang usaha tersebut.
 Lebih memalukan, seandainya kita mengkaji sejarah perkembangan dunia tidak pernah ada
satu golongan yang minoriti yang boleh menyekat golongan mijoriti dalam mengkanunkan
satu-satu undang-undang untuk kepentingan bangsa tersebut.
 Nyatalah bagi kita, bahawa kerajaan semestinya memulakan usaha mengadakan akta
murtad dan menerapkan kefahaman Islam yang mendalam di kalangan rakyat. Sebagai seorang
muslim, kita juga tidak seharusnya sentiasa menyalahkan orang lain dengan apa yang berlaku.
Tetapi kita harus menyuburkan rasa tanggungjawab dalam diri untuk membina masyarakat Islam
atas dasar kasih sayang dan persaudaraan sejagat.
 Marilah kita berusaha dengan apa cara sekali pun, untuk menyelamatkan umat Islam
daripada terus diperkudakan oleh penganut agama lain. Sentiasalah kita saling nasihat-menasihati
antara sesama muslim dan menghidupkan kembali fitrah kehambaan kepada Allah yang telah
lama gersang di hati-hati Muslimin.
 “Ya Allah selamatkan umat Islam daripada diselubungi masalah murtad, tanamkan dan
suburkan  di hati-hati  kami rasa kehambaan kepada-Mu, agar kami saling berkasih sayang
dan cinta mencintai antara kami, demi menyelamatkan hak agama kami daripada terus
dicerobohi....Amiiin.”