Hajah Fatimah
 
 Gambar di atas adalah wajah tok yang sangat saya hormati.Nama beliau ialah Hajah Fatimah bt.Abdullah.Beliau dilahirkan pada 12 September 1913.Menurutnya, beliau lahir awal lagi daripada tarikh tersebut.Tempat beliau dilahirkan ialah di Pongsu Seribu, Pulau Pinang.Ibu beliau bernama Aishah dan bapanya pula bernama Haji Abdullah.Mereka adalah daripada keturunan Tok Kursiah@Qasiah dan Ismail.Menurutnya, beliau mempunyai 5 orang  adik beradik termasuk beliau.Mereka ialah Rokiah,Fatimah,Ahmad,Saodah dan Sofiah.

Menurut beliau,adiknya iaitu Ahmad meninggal dunia pada usia 15 tahun  dan dikhuatiri menghidap demam panas, manakala adiknya yang kecil sekali iaitu Sofiah meninggal sejak kecil lagi.

Hasil perkahwinan beliau dengan Awang, mereka dikurniakan 5 orang cahaya mata iaitu Maryam,Abdul Wahab,Rodziah,Ahmad dan Abdullah.Mereka sekeluarga menetap di sebuah kampung iaitu Kampung Banggol Masjid,Pendang,Kedah Darul Aman.Didikan agama Islam diberikan kepada anak-anak mereka supaya menjadi orang yang beriman dan berguna kepada masyarakat.

Hajah Fatimah ini seorang yang berpegang kuat kepada agama Islam.Beliau gemar membaca Al-Quran selepas solat Maghrib dan Isyak.Beliau juga seorang yang penyabar dan tenang menghadapi masalah,sikapnya yang menyayangi cucu-cucunya membuatkan saya sangat hormat dan sayang kepada beliau.Setakat ini,beliau mempunyai lebih kurang 13 orang cucu dan 6 orang cicit.


 

_________________________________________________________________                                |                                 |                             |                           |                                      | Rokiah                  Fatimah(tok saya)    Ahmad                Saodah          Sofiah@sopiah
                                 |                                              ( ada 7 orang anak)
                                +
                           Awang
  _______________ |____________________
  |                   |                      |              |             |
Maryam Abdul Wahab    Rodziah     Ahmad   Abdullah
(maklong) (pak ngah)    (maklang)  (ayah saya) (pak cik)
(2 anak)   ( 8 anak)          ( 2 anak)   (1 anak)
 
 


 

Di bawah ini disediakan ruangan pendapat atau sebarang pertanyaan tentang homepage ini..

 
            Sila taipkan nama anda di sini                    Browser / Version
   
 
 
                                   Kemukakan pendapat anda
 
 
 
       
 
 
  E-mail kepada saya!
Dikemaskini pada 22 September 1998
Best viewing with Netscape Communicator