Kempen Boikot Media Tempatan

 Print dan edarkan kepada semua rakyat Malaysia…!

Kempen boikot akhbar tempatan sudah bermula sejak 1 November oleh GERAK sebagai satu tindak balas atas laporannya yang palsu, berat sebelah, penuh propaganda, menghasut, membela kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan, menentang kebenaran dan membesar tembolok!

Walau bagaimanapun kita tertinggal media elektronik terutama TV3 yang "lebih sudu dari kuah" berbanding dengan TV1 dan TV2. TV3 juga patut diajar. Kita patut boikot TV3. Tetapi bagaimana caranya untuk memboikot TV3 ini? Sifat jualannya berbeza dengan akhbar. Adakah tidak mungkin untuk memboikot sama seperti memboikot akhbar? Boleh…!

Boikot Utusan! Boikot Berita Harian!

Nadi penggerak akhbar dan TV3 ialah iklan. Jika tidak ada iklan, akhbar-akhbar tidak dapat jual akhbar dengan harga sekarang walaupun dengan income daripada jualan akhbar itu sendiri. Maknanya pendapatan daripada jualan akhbar itu sendiri tidak dapat menampung keseluruhan operasi akhbar itu. Mungkin pendapatan daripada jualan akhbar itu dapat menampung kos percetakan sahaja. Tetapi bagaimana dengan kos penggajian kakitangan dan lain-lain? Demikian juga dengan operasi TV3. Untuk menampung segala keperluan itu, pendapatan daripada iklanlah mereka dapat.

Boikot The Star! Boikot Straits Times!

Oleh itu, dicadangkan 2 langkah untuk kita ambil:

1) Mari kita menggesa syarikat-syarikat barangan berkenaan agar mengurangkan iklan dalam TV3 dan akhbar-akhbar. Jika syarikat-syarikat ini berdegil, kita boikot barangan keluaran syarikat itu. Ini sebagai langkah permulaan.

2) Mari kita mendesak syarikat-syarikat barangan berkenaan agar menarik balik iklan-iklannya dalam akhbar-akhbar dan TV3. Jika syarikat-syarikat ini enggan, kita boikot barangan keluaran syarikat-syarikat berkenaan.

3) Mari kita mendesak syarikat-syarikat barangan agar tidak membuat iklan-iklan baru bagi barangan keluarannya di dalam akhbar-akhbar tempatan dan TV3. Jika mereka berdegl, kita boikot barangan keluarannya.

Boikot MASSA!

Langkah ini patut kita ambil bagi mengajar TV3 yang tidak pernah mahu mengubah dasar pemberitaannya.

Boikot TV3! Boikot NTV7!

Wahai rakyat Malaysia sama ada anda Melayu, Islam, bukan Melayu atau bukan Islam, mari kita boikot media-media jahat ini jika kita mahu menegakkan keadilan dan menentang kezaliman serta penyalahgunaan kuasa! Mari kita tunjukkan kuasa rakyat - apa yang rakyat boleh lakukan kepada pihak-pihak yang membelakangkan keadilan dan kebenaran!