PENGERUSI SUKARELAWAN HOMOSEKS MALAYSIA (IBRAHIM ALI) MELANCARKAN GERAK KERJA

Tokoh politik yang amat terkenal dengan "adegan lompat melompat" serta memiliki kepakaran yang sangat luar biasa dalam ehwal membodek, Ibrahim Ali dinasihati supaya membetulkan keutamaan kerja dalam mengatasi ancaman serta masalah sosial yang kononnya sedang diperjuangkan oleh beliau yang baru melantik dirinya sendiri menjadi Pengerusi Sukarelawan Homoseks Malaysia (PASRAH)

Masalah homoseksual meskipun merupakan suatu gejala yang harus diperangi tetapi dari sudut keutamaannya masalah hubungan seks bebas menurut tabii atau menurut cara biasa lebih merupakan gejala yang lebih meluas dan lebih dahsyat. Lebih-lebih lagi kerana gejala ini melibatkan banyak pemimpin UMNO terutamanya rakan-rakan Ibrahim sendiri. Umpamanya dakwaan Marina Yusuf yang mengatakan Mahathir menjalinkan hubungan sulit dengan ramai wanita termasuk di dalam bilik beliau di Parlimen suatu ketika dulu lebih wajar dijadikan "case study" oleh komiti homoseksual pimpinan Ibrahim sebagai panduan untuk kerja-kerja seterusnya. Barangkali Mahathir pun…..

Semua rakyat Malaysia khususnya di Pasir Mas tahu gerakkerja Ibrahim Ali ini tidak lebih dari usaha membuktikan kepada Mahathir bahawa beliaulah panglima agung yang sedang menyinsing lengan untuk mempertahankan kredibiliti Mahathir yang sedang runtuh di mata rakyat dan dunia akibat kebodohannya sendiri merekacipta dan menceriterakan dongeng homoseksual pertama dalam sejarah Malaysia pasca merdeka.

Dalam pada itu rakyat masih lagi belum melupakan janji Ibrahim dulu untuk menjilat punggung Mahathir sekiranya beliau kembali menyertai UMNO. Janji tersebut tidak mungkin dilafazkan olehnya melainkan perbuatan tersebut adalah merupakan aktiviti lazim Ibrahim. Apakah tokoh yang begitu beria-ia ingin menjilat punggung lelaki lain ini boleh kita harapkan untuk memperjuangkan gerakan anti homoseks ?

Pun begitu rakyat tahu rancangan Ibrahim selepas ini ialah untuk menggunakan platfom ini bagi mengatur majlis penerangan tentang homoseks disamping memburukkan lagi Anwar Ibrahim dan dengan itu jadilah dia Juara Katak. Selama ini semua majlis penerangan Ibrahim hanya jadi penceramah jemputan nombor ketiga akhir. Jadi kuranglah sedikit glamournya.

Ibrahim menganggap apabila ahli UMNO tengok dia begitu bersungguh dengan kerja ini tentu dia harap akan dapat kerusi yang lebih dekat dengan Presiden selepas pemilihan MT tahun 2001. Itupun agendanya masih jauh lagi. Jadi apa yang menjadi matlamat jangkapendek ialah untuk memberikan pentas penerangan homoseks ini kepada Ku Li yang bercadang untuk bertanding Timbalan Presiden UMNO. Memang sesuai pun Ku Li mengetuai majlis penerangan tersebut. Kemudian penal utama yang lain yang akan dijemput ialah Putra Thamby Kecik yang memang terkenal dengan kerja-kerja seumpama itu disamping pemidato konvensional Baba tua yang barangkali boleh meraih sedikit undi simpati untuk kemenangan calon-calon team Ku Li - Ibrahim Ali.

Selamat berlakon wahai sang katak. !!!