SABARUDIN CUBA TUTUP BARAH "UMNO MAHATHIR"

Kuala Lumpur : 20 Oktober .Kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Sabarudin Chik bahawa krisis UMNO sekarang berbeza dan lebih baik dari masa Ku Li keluar dari UMNO dulu memanglah benar menurut pemerhatiannya. Benar berbeza kerana dulu yang keluar UMNO adalah mereka yang "solid" sokong Ku Li dan yang kekal dalam UMNO pula "solid" menyokong Mahathir. Dulu yang sokong Ku Li hanyalah separuh daripada perwakilan yang termampu dibeli dan bukan separuh dari jumlah ahli UMNO. Benar berbeza kerana kali ini yang sokong Anwar melebihi dari separuh Ahli UMNO. Benarlah kenyataan Tok Mat bahawa Bahagian UMNO yang sokong Anwar lebih 90. Benar berbeza kerana yang sokong Anwar sangat ramai di dalam UMNO. Cuma mereka belum tunjuk warna. Mereka sedang tunggu "signal" dan arahan dari Anwar. Anwar pesan jangan keluar lagi, Tunggu dulu dalam UMNO.Tunggu saat dan ketika yang sesuai. Anwar juga bukan bodoh. Dia tahu kalau semua penyokongnya keluar, tentu sukar hapuskan Mahathir. Dia tidak mahu ikut cara Ku Li dulu. Silap Ku Li kerana kerah semua penyokong keluar. Lepas tu serang Mahathir dari luar. Susahlah sikit kerana Mahathir ada banyak benteng. Benteng parti dan benteng kerajaan. Sebab itu Ku Li tak upaya. Benar Lebih Baik dari dulu kerana sokongan ahli UMNO kepada Anwar tidak nampak. Yang tampak nyata sokong Anwar hanya sedikit. Yang lain tunggu masa. Memanglah lebih baik bagi Sabarudin sebab tak banyak sangat kerja yang dia kena buat.

Sabarudin barangkali tak sedar. Penyokong Anwar ada dimana-mana. Dalam ibupejabat ada. Pejabat UMNO bahagian pun masih banyak. Masih banyak dalam barisan kepimpinan di Bahagian dan Cawangan. Malah banyak Ketua Bahagian yang nampak zahir menyokong Mahathir. Tapi dalam hati tetap Anwar. Mereka tahu Mahathir kejam dan bukan senang nak lawan Mahathir dari luar. Sebab itu mereka pendam sokongan. Mereka sedang tunggu ketika dan saat yang paling sesuai untuk tamatkan riwayat politik Mahathir. Mereka akan tamatkan riwayat Mahathir dari dalam. Kali ini mereka akan tikam dari dalam. Mereka akan tikam waktu malam dalam kelam. Sekali tikam terus padam.

Cuma Mahathir dan jeneralnya masih belum dapat kesan siapa-siapa yang sokong Anwar. Kepala perisik mereka hanya tahu sekitar 90-100 dari 165 bahagian yang menyokong kuat Anwar. Tapi bila ditanya semua nafi. Ini yang buat Sabarudin pening. Kalau betul sokong kuat Mahathir, kenapa bila pemimpin UMNO turun untuk buat penjelasan di bahagian, ahli yang datang hanya puluhan. Ada yang 50 ada yang 30 malah ada yang 20 orang sahaja. Mana pergi ahli UMNO yang jutaan itu. Maknanya ahli sudah meluat.

Memang ada majlis penerangan UMNO yang boleh kumpul ratusan orang kerana pegawai kerajaan dan pemimpin tertentu diarah datang.. Kalau Mahathir pun hanya mampu kerah 1500 orang sahaja di Kubang Pasu, di tempat lain lagilah tak ada. Itupun lebih separuh adalah pegawai kerajaan, pelajar dan petugas Kemas. Malah dalam pada yang dijaga rapi oleh polis pun ada yang "boo" Mahathir. Maknanya sokongan pada Mahathir sudah meleset teruk. Cuma Sabarudin buat kenyataan sekadar cuba nak legakan hati ahli-ahli UMNO yang masih was-was dengan UMNO.

Namun begitu suasana di luar banyak mempengaruhi ahli UMNO. Dulu masa Ku Li keluar, rakyat jelata tak ambil peduli. Bagi mereka Ku Li ada atau tidak dalam parti dan kerajaan tak ada apa-apa beza. Kali ini amat berbeza. Anwar adalah pemimpin rakyat. Bagi mereka Anwar mesti ada di dalam kerajaan kalaupun tidak dalam parti UMNO. Bagi mereka kalau Mahathir tak mahu Anwar, Mahathir mesti pergi. Sebab itu mereka bangun di jalan-jalan raya memprotes Mahathir. Mereka bangun sendiri. Mana ada yang memimpin mereka. Mereka semua adalah pemimpin. Pemimpin jelmaan Anwar. Benarlah kata Anwar, jika dia tiada, ribuan "Anwar" akan muncul. Bukan seratus dua atau seribu dua. Malah puluhan ribu berarak di jalan raya di ibu kota dan di bandar-bandar utama di seluruh negara. Puluhan ribu lagi berkumpul di masjid-masjid untuk solat hajat dan baca Yasin. Untuk apa ?? Mereka semua memohon agar Allah s.w.t. selamatkan Anwar.

Berkat doa rakyatlah Allah s.w.t. membuktikan kekuasaanNya dengan menurunkan rahmatNya kepada yang ikhlas berjuang dan teraniaya. Ini dapat dilihat apabila ada "orang dalam" memberitahu teman-teman bahawa mereka lihat Anwar langsung tidak mengerang sakit ketika dia dipukul dalam tahanan meskipun matanya lebam. Bila dia kesat kepalanya yang berdarah kerana dipukul, dia tidak nampak seperti sakit. Subhanallah !!! Itulah buktinya betapa Allah makbulkan doa orang-orang di zalimi. Allahu Akbar!!! Maha Besar Allah. Logiknya sukar untuk percaya yang Nabi Ibrahim tak terbakar bila dihumban ke dalam api yang marak. Tapi itulah kuasa Allah. Kuasa Allah jugalah yang menentukan Anwar sakit atau tidak. Alhamdulillah, Allah sudah tunjukkan kepada kita bahawa Dia yang akan pelihara Anwar. Sebab itu kita kena teruskan bacaan Yasin dan Solat Hajat. Inilah sahaja usaha kita orang yang lemah dan dizalimi.

Jadi Sabarudin tak perlu buat apa-apa kenyataan lagi. Ahli UMNO sekarang sudah baca berita di internet. Kalau cerita lebih-lebih buat malu sendiri sahaja. Biarkan ahli UMNO sendiri buat penilaian. Lebih baik cari jalan apa nak buat selepas pilihanraya ini. Rakyat akan halau Sabarudin dari Temerloh. Eloklah mula fikir dari sekarang.

Rakyat Malaysia kini sudah sedar apa yang sebenarnya berlaku. Cukuplah lebih 40 tahun generasi sekular yang berpura-pura memimpin negara. "Depan nampak tiada apa-apa, di belakang, Masya Allah !! teramatlah kaya raya. Semua yang besar-besar mereka yang punya" . "Depan rakyat pakai songkok berlagak baik tapi bini orang, "girlfriend" kawan-kawan pun mereka pakai"

Kini sudah tiba alaf baru. Abad ke 21. Malaysia kini sudah punya banyak pemimpin generasi baru yang mulia akhlaqnya dan murni perjuangan mereka. Rakyat mahukan pemimpin yang benar-benar jujur dan ikhlas membangunkan rakyat. Bukannya yang berkepentingan dan mengutamakan kroni dan kerabat. Anwar telah merintis jalan tersebut. Kini jalan yang dirintis itu menjadi lebuhraya bagi ribuan pemimpin baru Malaysia. Mereka sedang menapak untuk menggantikan pemimpin yang sudah berkarat dengan segala macam bejat dan maksiat. Selamat tinggal Sabarudin !!! Selamat tinggal Mahathir !!!