PENGERUSI HOMOSEKS MALAYSIA LETAK JAWATAN :

ZAHREN GIELA AMBIL ALIH

Kuala Lumpur 23 Okt.1998: Memang begitulah adat katak. Sekejap lompat masuk. Sekejap lompat keluar. Sekali lagi politikus berimej katak yang terkenal di Malaysia yang baru menabalkan dirinya sebagai Pengerusi Homoseks Malaysia , melepaskan jawatannya sebelumpun memulakan "road-shownya". Tragedi ini nampak menarik. Belumpun komiti penaja bermesyuarat agung yang pertama, tiba-tiba pengerusi penaja dan seluruh pemimpin utamanya letak jawatan. Semestinya ada sesuatu yang sangat menarik berlaku di dalamnya.

Menurut sesetengah qaul, perang dingin yang hangat berlaku antara Ibrahim Ali dengan Marina Mahathir. Masing-masing nak tunjuk gagah. Dalam keadaan biasa Ibrahim jarang mengalah. Selalunya dia sampai sanggup ke mahkamah dan junjung quran. Kali ini belum apa-apa dah mengalah. Semua orang tahu kalau Ibrahim mengalah, mesti kerana bos dia bagi signal dan yang paling Ibrahim takut sekarang bukan setakat dimarahi bos, tapi kalau bos bagi signal pun dia dah kecut. Maklumlah katak. Apalah sangat beraninya. Bunyi memanglah hebat, tapi kalau mati pun digelar mati katak, apalah sangat kehebatan seekor katak. Harapan Ibrahim untuk jadi juara UMNO sekali lagi terkandas. Tunggulah sedikit masa.. Ibrahim akan kembali dengan projek baru untuk jadi juara menjelang pemilihan MT yang bakal dibuat suku pertama tahun depan.

Jadi tamatlah sudah cerita panglima katak yang cuba nak jadi hero homoseks itu. Kini hero homoseks Malaysia diambil alih oleh Zahren Giela. Kepala dia memang gila-gila. Kita bukan nak mengata dia gila tetapi kawan rapat dia pernah tulis nama penuh dia dan bagi pada pemberita. Namanya dieja ZAHREN GIELA . Lagipun kawan-kawan beritahu dia memang suka kalau orang panggil dia Zahren Giela. Bukan kerana dia ada hubungan istimewa dengan Xiela, tapi adalah….. Zahren ni dia dulu bantai Mahathir gila-gila. Lepas tu kena pecat dari UMNO. Selepas kena pecat dia nampak "soru" selalu "miss" , Dulu sekali minta sedekah dapat ratusan , tapi lepas kena pecat minta sedekah pun kawan tak layan. Jagi Gila Talaklah dia untuk seketika Kemudian dengan berat hati mintalah dikasihani dan diterima kembali dalam UMNO. Kebetulan pula musim gawat ekonomi dan gawat politik ini segala jenis panglima gila diperlukan, maka sangat bergunalah dia untuk kerja gila-gila ni. Apatah lagi dengan kerja-kerja mengesan homoseks ini. Sesuai sangatlah dengan si Zahren tu.