MAHATHIR !!! RAKYAT BUKAN BODOH
(Sebuah Puisi Kebangkitan Rakyat)
MMMMahathir !
Rakyat Tidak Bodoh
Meskipun kau cuba memperbodoh
Namun rakyat tak mudah diperbodoh
Kerna Rakyat Bukan BBBodoh.
Ya !!
Barangkali ..
Mereka tidak sebijak anak isterimu
Namun ..
Tidaklah mereka sebodoh balacimu itu.
Barangkali ..
Canggih benar teknologi pembodohanmu
Namun ..
Tidak semudah itu rakyat mempercayaimu.
Sudahkah kau hitung hai Mahathir !!
Berapa kontena akhbarmu tercetak
Yang kau paksa hebahkan kepalsuan
Berapa liter air liur jurubicaramu
tersembur
Yang kau suruh ceriterakan fitnah
pak kadok
Berapa banyak tenaga fikir terbazir
Yang kau upah mencari hujjah
Membenar segala kebodohan terlanjur
Pun begitu …
Rakyat masih tak boleh kau pengaruhi
Rakyat masih tidak mempercayai
Rakyat masih tetap meyakini
Yang kau ceriterakan itu hanya sebuah
illusi
Terjemahan dari kebimbangan di hati
MMM Mahathir
Kau lihatlah sendiri..
Mereka yang bangun membela Anwar itu,
Mereka yang bangkit menentangmu itu
Mereka yang mendesak pengunduranmu
itu
Mereka yang menyedari pembohonganmu
itu
Mereka yang dah tahu tembelang pemukamu
itu
Adalah rakyat jelata di bawah pemerintahanmu.
MMMMahathir !!!
Kau perhatilah sendiri
Mereka yang berarak dijalanan menuntut
keadilan
Mereka yang menjerit membenci kezaliman
Mereka yang berduyun menagih kebenaran
Mereka yang memekik anti kebatilan
Mereka yang mempertikai wibawa
kerajaan
Mereka yang meragui profesionalisme
kepolisian
Adalah rakyat jelatamu yang punya
kesedaran
Adalah rakyat jelatamu yang tidak
kurang pelajaran.
Mereka adalah rakyat berpendidikan
Yang belajar di IPTA kerajaan
Yang berdaftar di IPTS tempatan.
Yang “educated” dan berkedudukan
Yang “knowledgeble” dan mahu kongsi
pengetahuan
Yang Well Informed dan mahu ke hadapan
Yang mahir IT dan mahu segerakan makluman
Mereka Bukan Bodoh.
Mereka bukan tak baca Utusan
Mereka bukan tak tahu apa ada di Berita
Harian
Mereka bukan tak mengerti berita di
NST, Star dan The Sun
Mereka bukan tidak faham berita di
NanYang dan juga Tamil Nesan
Mereka bukan bodoh dan boleh dipermainkan.
Malahan …
Mereka bukan tidak mendengar berita
Radio pelbagai saluran
Mereka bukan tidak tonton TV Swasta
atau TV kerajaan
Tapi mereka bukan bodoh.
Mereka faham apa yang ada di SBC dan
BBC
Mereka juga tahu menilai berita CNN
dan CNBC
Mereka bukan bodoh.
MMMMahathir !!!
Kau renunglah sendiri
Mereka yang bangkit membela si Anwar
itu
Bukannya kerana membenci tubuh badanmu
Tetapi …
Mereka meluat dengan karenahmu
Memperdaya rakyat dengan cerita palsu
Mereka sedar tipu dayamu
Gilakan kuasa sampai tak malu menipu
Mereka tak sangka begitu sekali tingkahmu
Tergamak menghina dan menyiksa anak
didikmu
Mereka dah tahu tembelangmu
Mahu pertahan kroni dan kerabatmu
Tetapi…
Jangan kamu sangka mereka tak tahu
Mereka amat sedar dan tak mahu lagi
ditipu.
MMMMahathir !!!
Cuba kau amat-amati sendiri
Mereka yang berarak dijalanraya
Kerana membantah kezaliman yang nyata
Mereka yang berhimpun di Dataran Merdeka
Kerana simpati pada yang teraniaya
Mereka yang bersujud di Masjid Negera
Kerana mengadu pada Yang Esa
Adalah warga negara Malaysia
Yang sebelum ini amat percaya
Akan wawasan yang kau bawa.
Namun…
Kini mereka amat kecewa.
Di sebalik kemajuan yang kau bawa
RRRupa-rupanya
Rakyat jelata hanya merasa sepahnya
Kerana manisnya
Disebat kroni Mamak Bendahara
Bila ada yang sedar dan tidak
rela
Kau singkir dia
Kau aibkan dia
Kau aniaya dia
Kau penjarakan dia
Kau cuba lenyapkan dia
Dengan tipudaya
dan kuasa yang kau ada.
Tapi kau lupa
Kuasa sebenar ada pada Rakyat jelata
Kuasa hakiki ada pada Yang Esa.
Kau boleh lakukan segala-gala
Tapi rakyat tidak sebodoh yang kau
rasa
Rakyat tahu siapa pejuang siapa pembela
Rakyat tahu siapa petualang dan siapa
penderhaka
Kerna Rakyat Bukan Bodoh seperti kau
sangka
Kau harus tahu Mahathir !!!
Mereka yang bersusun di jalanraya
bukannya diupah.
Mereka yang berhimpun di Dataran Merdeka
bukannya dibayar.
Mereka yang bertakbir di masjid
Bukannya disuruh
Semua mereka datang sendiri
Semua mereka kelurakan wang sendiri
Mereka bayar tambang teksi duit sendiri
Mereka bayar tambang bas duit sendiri
Mereka bayar minyak kereta duit sendiri
Mereka bayar tambang komuter duit
sendiri
Mereka bayar minyak motor duit sendiri
Tiada siapa paksa mereka
Tiada sesiapa mempengaruhi mereka
Mereka tahu kenapa mereka keluarkan
belanja
Mereka tahu pengorbanan dibuat untuk
apa
Mereka tidak mengharap apa-apa
Mereka datang untuk nyatakan sokongan
Mereka datang untuk tunjukkan simpati
Mereka datang menuntut Keadilan
Mereka datang kerana bencikan Kezaliman.
Mereka datang kerana cintakan
perjuangan
Mereka tahu mereka harus berkorban
Mereka tahu risiko yang ada di hadapan
Mereka tahu silap haribulan polis
akan tahan
Mereka tahu kesakitan pukulan cota
dan rotan
Mereka sedar keperitan gas pemedih
mata dan air pancutan
Tapi itu semua boleh mereka tahan.
Kerana pemimpin mereka telah berpesan
Tiada perjuangan tanpa ada pengorbanan.
Kerana pemimpin mereka telah tunjukkan
teladan
Mengepalai perjuangan dan mengetuai
pengorbanan
Bukan sekadar ditahan
Bukan sekadar menghadapi dakwaan
Malahan menahan pukulan dan penangan
Sampai lebam, sedera dan kesakitan
Mahathir,
Apa kau fikir rakyat akan berundur
kebelakang
Selepas melangkah memulakan perjuangan
?
Selepas bangkit dari kesedaran ?
Selepas bersumpah membela keadilan
Silap sekali congakmu Tuan,
Sekali rakyat melangkah kehadapan
Pantang mereka undur kecuali terkorban
Atau pulang membawa kemenangan.
Tengku Mahathir,
Yang menyalak dijalan raya itu kau
ingat siapa.
Yang menjulang potret si Anwar itu
kau agak siapa
Yang mencerca nama mu itu kau rasa
siapa.
Semuanya kau tahu
Adalah anak-anak Malaysia, anak
Merdeka.
Yang Sayangkan Negara cintakan Kemakmurannya.
Yang mahukan kekayaan negara diagih
samarata
Yang Mahukan Perompak harta negara
disingkir segera
MMMMahathir
Rakyat sudah bangun.
Mereka bangun menuntut kebenaran
Mereka bangun menuntut Keadilan.
Kau lihatlah sendiri Mahathir
Yang datang menuntut pengundurunmmu
itu..
Bukannya sekadar Cina sahaja
Bukannya India semata-mata
Bukannya Melayu cuma
Tapi yang erat berpaut tangan itu…
Dari keturunan Melayu, Cina dan India
Iban, Kadazan, Murut ….. dan
entah apa-apa lagi bangsanya
Dari yang muda sampai yang tua
Yang punk sampailah yang berserban
Yang berjilbab sampailah yang
berminiskirt.
Yang berkot sampailah yang bersinglet
Yang Naik Mercedes sampailah yang
berjalan kaki.
Yang bertatih sampailah yang
bertongkat
Yang buta sampailah yang pekak.
Malah yang bertangan kosong sampailah
yang bersenjata.
Takkan itu pun kau tak nampak.
Memang benar Mahathir !!!
Kau dipilih secara demokrasi
Kedudukanmu itu wajar dihormati
Menukarkanmu tidak boleh sesuka hati
Tapi …
Pemimpin tua sepertimu harus mengerti
Signal rakyat harus cepat diperhati
Jangan cuba buat-buat tak mengerti
Kelak binasa seluruh negeri.
Sedarlah wahai Tuan !
Kalau rakyat jelata bangun memberontak
Bermakna kepemimpinanmu sudah ditolak
Kalau rakyat sudah bangkit membentak
Bererti kehadiranmu tiada siapa yang
hendak
Yang mereka tolak bukannya kerajaan
Yang mereka tolak adalah kepemimpinan
Jika kau masih mahu bertahan
Rakyat akan terus menyatakan
perasaan
Mereka akan terus berarak dijalanan
Mereka akan terus memekik menuntut
perubahan
Mereka akan teruskan Reformasi menagih
keadilan
Lupakah kau Mahathir !!!
Dulu kau juga yang kata …
Akan turun kalau ada signal dah tiba.
Dulu kau juga yang beritahu kami
Akan berhenti kalau kau tidak
disukai lagi.
Kini…. kau sudah tatapi sendiri
Kemarahan rakyat padamu tak tertahan
lagi
Kebencian rakyat padamu tak tersembunyi
lagi
Apa akhir-akhir ini …
Telinga kau dah pekak tak mendengar
lagi
Mata kau sudah buta tak melihat lagi
Hatimu sudah kelam tak merasa
lagi
Sampai tak sedar melihat apa yang
tertera
Sampai tak faham apa yang
nyata
Nak ditunggu apa lagi Mahathir ?
Sampai rakyat membakar apa saja dijalanraya
Sampai potretmu dipijak dan di kencing
semuanya
Sampai keturunanmu dicaci maki semaunya
Sampai nyawamu dijadikan tukaran
sekupang dua
Atau …
Sampai kuburmu rakyat korekkan
Sampai kafanmu rakyat belikan
Sampai kapan mahu kau bertahan?
Bila masa nak kau serahkan ?
Kapan !!! Bila !!!
Kapan !!!
Raden Mohamad Chua Kitingan a/l
Sinnathamby Stephen Jugah
Wisma Semenanjung
Lorong Perlis off Jalan Sabah,
Sarawak.