Strategi kejayaan dalam PMR

 

Sejak awal tahun lagi beberapa program telah dicadangkan oleh beberapa orang guru dan pelajar demi menjamin kejayaan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 1997. Antara program-program tersebut adalah Study Group ( Belajar Berkumpulan) , Block Kelas ,Ujian Kilat dan sebagainya.

Sepanjang bulan menghadapi peperiksaan, berbagai-bagai cabaran kami tempuhi dengan cekal dan sabar. Maklumlah ada antara kami yang masih tidak mengulangkaji pelajaran yang telah dipelajari 2 tahun setengah. Hal ini bukan menjadi sebab penyesalan dan tiada harapan untuk mendapat 8A dalam PMR .Kami sesekali tidak mudah untuk berputus asa. Memandangkan ada masa yang terluang selama beberapa bulan ini, kami penuhkan sanubari ini dengan sumber ilmiah dan diselangi amal ibadat serta iringan doa kejayaan daripada kami.

Boleh dikatakan setiap malam sebulan sebelum menjelangnya PMR, kami tunaikan solat hajat berjemaah bersama-sama. Dengan hati yang murni, kami memohon kepada ALLAH S.W.T keberkatan pelajaran disamping membaiki kelemahan diri sendiri dalam pelajaran, agama dan tingkah laku.

Akhirnya pada tahun 1998 ini , kami telah mula bersekolah untuk sesi tingkatan 4. Lihatlah ada antara kami yang berjaya menyambung pelajaran ke tingkatan 4 MRSM dan dukacitanya ada juga di kalangan kami terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tidak berjaya untuk menyambung pelajaran di tempat yang diharapkan. Sudah nasib tidak menyebelahi. Apakan daya kita cuma mampu berusaha dan tuhan yang menentukannya. Yang pasti "GAGAL SEKALI TIDAK BERMAKNA GAGAL SELAMA-LAMANYA".

 

STRATEGI KEJAYAAN DALAM PMR

 

 PERSEDIAAN AWAL TAHUN YANG SELENGKAPNYA.

 PEMBELAJARAN LEBIH BERTUMPU KEPADA BERKUMPULAN DARIPADA PERSEORANGAN.

 SOLAT DAN KEWAJIBAN AGAMA JANGAN SEKALI DIABAIKAN.

 ULANGKAJI PELAJARAN YANG SEIMBANG.

 KESIHATAN PERLU DIJAGA SETIAP HARI.

 SEDIAKAN JADUAL WAKTU PEMBELAJARAN SUDAH MEMADAI DARIPADA JADUAL WAKTU SEHARIAN.

 ELAKKAN DARIPADA SUKA BERANGAN-ANGAN YANG TIDAK BERFAEDAH.

 BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH.

 

THE BEST HERE IS :

" STUDY SMART IS BETTER THAN STUDY HARD"

 

BALIK KEPADA MENU UTAMA