USAHA RASULULLAH SAW DAN SAHABAT RA DALAM KEHIDUPAN MADINAH ----------------------------------------------------------- Bayan Maulana Yusof rahmatullah alaihi. Ketahuilah bahawa ada satu usaha yang telah dijalankan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda RA dengan tertib yang khas. Apa yang kita kehendaki ialah kita semua perlu mempelajari usaha tersebut. Alhamdulillah, kini saudara-saudara kita di tempat masing-masing sedang mempelajari usaha tersebut sedikit demi sedikit mengikut beberapa peringkat. Tetapi tiada satu pun peringkat-peringkat tersebut yang telah sampai ke tahap yang akhir, bahkan ada di antara peringkat-peringkat ini yang masih dalam tahap permulaan. Hari ini jika setiap individu pada setiap tempat (daerah) yang menjalankan usaha ini menyangka usaha sendiri sebagai usaha yang asal (yakni usaha Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda) maka tidak ada seorang pun yang akan sampai ke tahap itu. Kini siapa sahaja yang menjalankan usaha ini hendaklah kita faham bahawa usaha kita adalah di dalam peringkat permulaan dan hendaklah kita melanjutkan usaha ini hingga ke peringkat akhir sebagaimana yang telah diusahakan oleh baginda Rasulullah SAW. Sekiranya kita memahami usaha yang asal tersebut dan kita membandingkan dengan usaha yang telah kita lakukan, maka ia adalah sedikit sekali. Oleh itu kita kenalah berusaha untuk memahami usaha yang asal ini dan berniat untuk melanjutkan usaha kita hingga ke peringkat akhir. Jadi pertama sekali, hendaklah kita ketahui, apakah faedah usaha ini. Yang keduanya, hendaklah kita memahami apakah usaha Rasulullah SAW. Faedah yang diperolehi apabila usaha dijalankan ialah orang berusaha bersama-sama masyarakat akan memperolehi hidayat. Dan manusia akan menjalankan kehidupan mereka dengan berlandaskan agama berkadaran dengan hidayat yang Allah SWT akan beri. Kita kena faham bahawa hidayat daripada Allah boleh diperolehi mengikut peringkat-peringkat usaha yang dilakukan. Apabila usaha ini terhenti, hidayat akan mula keluar daripada masyarakat Islam. Hidayat mula sekali keluar daripada perniagaan dan muasyara. Hukum-hukum agama akan ditinggalkan di dalam perniagaan dan cara-cara perniagaan selain daripada cara-cara agama akan berlaku. Kemudian hukum-hukum fardhu akan ditinggalkan. Selepas itu berbagai-bagai keburukan akan masuk ke dalam masyarakat Islam sehingga orang-orang Islam mula keluar daripada agama Islam. Dan apabila usaha agama dilakukan hidayat daripada Allah SWT akan diperolehi. Kemudian hidayat akan tersebar mengikut peringkat-peringkat usaha yang dilakukan. Pada peringkat pertama, manusia mula mengerjakan sembahyang. Peringkat kedua, manusia dapat mengerjakan puasa, zakat dan haji. Peringkat ketiga, mereka mula mendapatkan dan membelanjakan harta mereka mengikut hukum syariah. Bila usaha agama meningkat kehadapan, Allah SWT mula memberikan hidayat kepada semua manusia sekadar usaha agama hanya dapat hidup. Hidayat adalah berkadar dengan usaha. Kita selalu mengatakan manusia sudah tidak patuh kepada agama, bahkan mereka telah meninggalkan agama dan menjadi golongan yang menentang agama Islam. Sebabnya ialah usaha ini sudah berhenti. Kini ramai orang telah menjalankan usaha ini dan mengikut tingkat-tingkat usaha agama, agama mula dapat diamalkan. Allah Taala pun mulai memberi hidayat. Berkadar dengan hidayat, agama pun mulai hidup. Tempat yang dulunya tiada orang yang mengerjakan sembahyang kini manusia sudah mula mendirikan sembahyang. Tempat yang mana tiada orang berpuasa dan menunaikan haji, kini manusia sudah mula mengerjakan puasa dan haji. Di tempat yang mana tiada taklim, kini taklim juga dijalankan. Tetapi hidayat masih belum cukup lagi, oleh itu hukum hakam syariat belum lagi dapat dijalankan di dalam sumber-sumber pendapatan. Tidak juga dari segi makanan, keadaan (bentuk) rumah dan pengeluaran wang dengan cara Rasulullah s.a.w. masih belum dapat diamalkan. Sebagai orang-orang islam kita berhajat agar tingkat usaha dapat dinaikkan supaya kehidupan kita dan orang-orang lain juga akan memperolehi hidayat untuk memahami islam. Kini usaha agama ini terbahagi kepada dua corak: 1. Meningkatkan bilangan orang yang menjalankan usaha ini. 2. Meningkatkan kadar usaha setiap individu. Kedua-dua corak ini adalah berbeza. Jika beribu-ribu manusia menjalankan usaha ini tetapi secara berdikit-dikit maka hidayat juga akan datang secara berdikit-dikit. Sekiranya orang ramai meningkatkan usaha (penceburan lebih giat) maka dengan izin Allah s.w.t. hidayat bukan sahaja sampai kepada orang-orang islam malah orang-orang bukan islam juga akan dapat hidayat. Hari ini kita hanya melapangkan sedikit daripada masa kita yang mana tidak memberi kesan atau perubahan kepada urusan duniawi kita. Allah s.w.t. telah mengambil pengorbanan daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda r.a. Usaha ini akan meningkat apabila kita dapat memberikan pengorbanan sebagaimana yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Kini ingin saya sampaikan apakah usaha yang telah dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda yang mana kita masih terlalu jauh dari peringkat tersebut. Tetapi jika kita menjalankan usaha ini dengan bermatlamatkan usaha Rasulullah s.a.w. maka Allah akan memberi bantuannya kepada kita untuk sampai ke peringkat itu. Dengan itu setiap orang yang menjalankan usaha ini mestilah melihat pada peringkat usaha yang tertinggi dan meneruskan usaha mereka dengan niat untuk sampai ke peringkat tersebut. Semua orang telah tahu bahawa agama Islam telah tersebar di seluruh tanah Arab dengan usaha yang dilakukan oleh ahli Madinah. Pada zaman Rasulullah s.a.w. kawasan tanah Arab merupakan jajahan yang besar sungguhpun tidaklah sebesar negara India tetapi ia bukanlah satu daerah yang kecil. Di dunia terdapat berbagai-bagai kaedah untuk memperolehi hasil pendapatan tetapi tiada satu kaedah itu yang terdapat di tanah Arab pada ketika itu. Di seluruh tanah Arab tiada kerajaan dan pejabat-pejabat yang menyediakan peluang pekerjaan untuk mendapatkan rezeki dengan mudah. Pada zaman itu jemaah haji yang pergi ke Baitullah untuk mengerjakan haji tidak pernah dikenakan apa-apa bayaran bahkan untuk membantu mereka bagi mengerjakan haji, orang-orang Arab mengeluarkan perbelanjaan untuk mereka. Pertanian belum dijalankan dan sistem perniagaan belum wujud kecuali di beberapa kawasan kecil di Mekah Muazimah dan hanya beberapa kawasan sahaja yang ditanami dengan tamar, anggur dan delima. Hanya beberapa kawasan sahaja yang ada perniagaan kecil-kecilan. Kesimpulannya tanah Arab pada ketika itu adalah dalam kekontangan, kelaparan dan kedahagaan. Tidak semua penduduknya mempunyai pakaian, makanan dan minuman. Dalam keadaan kelaparan mereka telah memakan binatang-binatang liar seperti ular. Sehinggakan darah dijalanan pun dijilat tanpa mengetahui darah apakah itu. Kebanyakan tanah di daerah ini adalah kontang dengan hasil pendapatan dan penuh dengan kelaparan. Raja-raja kerajaan Parsi dan Rom pun tidak berani untuk menjajah negeri ini kerana untuk membentuk kerajaan memerlukan perbelanjaan yang banyak. Pada masa itu minyak dan emas belum lagi ditemui di situ. Empayar Qaisar dan Qisra (Empayar Rom dan Parsi) telah meletakkan askar-askar mereka pada sempadan tanah Arab untuk mencegah orang-orang Arab daripada memasuki empayar mereka. Di seluruh tanah Arab belum ada apa-apa kerajaan pun. Tetapi Rasulullah s.a.w. telah menjalankan satu usaha ke atas satu daerah yang mana tiada satu pun kerajaan yang sanggup menjajah, menjalankan urus niaga ataupun mengusahakan pertanian di situ. Semua kabilah kecuali penduduk Madinah Tayebah (yang suci) telah bangun untuk menentang Rasulullah s.a.w. Penduduk diseluruh tanah Arab terlebih dahulu menanti reaksi penduduk Mekah. Jika penduduk Mekah menerima Islam maka barulah mereka akan menerima Islam. Sehingga akhir hayat Baginda, penduduk Mekah telah menentang Baginda. Dalam keadaan demikian Basti Madinah telah menjadi pusat pergerakan Islam. Mereka yang telah memeluk Islam akan dipanggil untuk datang ke Madinah. Maka Madinah telah menjadi satu pusat perhimpunan orang-orang Islam yang berhijrah meninggalkan keluarga dan bangsa mereka. Mereka berhijrah tanpa membawa harta benda. Penduduk Madinah telah menguruskan makan minum mereka. Dengan ini Madinah telah menjadi satu tempat yang mana orang-orang muhajir dan ansar kelihatan sebagai satu masyarakat. Pihak yang telah berhijrah kehilangan pendapatan dan harta kepunyaan sebahagian daripada mereka telah dirampas oleh suku kaum mereka. Kesimpulannya mereka yang berhijrah telah jatuh miskin. Rasulullah s.a.w. telah mula menjalankan usaha agama bersama-sama dengan orang-orang miskin ini berserta dengan orang-orang Ansar. Mereka yang berhijrah tidak ditegah daripada bekerja untuk mencari nafkah malah orang-orang Ansar juga telah berusaha memenuhi keperluan mereka. Pendek kata, sekurang-kurangnya selama 10 tahun ahli Medina telah perlu berusaha membetulkan keadaan ekonomi mereka agar pendapatan tambahan boleh diperolehi dan disamping itu orang-orang Ansar membantu orang-orang Muhajir. Ini perlukan tenaga dan masa yang lebih yang mana tidak patut bagi mereka keluar ke lain tempat dan ini adalah takaza ekonomi pada tersebut. Dengan kehadiran orang-orang Muhajir di dalam rumah-rumah orang-orang Ansar, untuk memenuhi keperluan, mereka sendiri pun tidah mencukupi. Malah peluang untuk keluar ke jalan Allah pun serba kekurangan. Tetapi Baginda Rasulullah s.a.w. tetap tidak membenarkan mereka duduk senang di Madinah untuk menambah pendapatan mereka dan mereka dikehendaki untuk meneruskan usaha agama sehingga sempurna dalam 10 tahun ini. Dengan ini Baginda s.a.w. telah berjaya menegakkan satu marhala contoh yang mana dapat mengasingkan manusia daripada kesibukan dunia. Sahabat-sahabat r.a. telah dididik untuk meninggalkan segala urusan duniawi apabila seruan untuk keluar ke jalan Allah dibuat pada bila-bila dan kemana sahaja, mereka akan pergi tanpa mengira ramai atau dalam bilangan yang kecil, untuk masa yang panjang atau pendek mereka tetap patuh. Sehingga kan barang siapa yang diseru pada waktu Maghrib akan pergi meninggalkan kota Madinah tanpa bermalam di kota itu. Seperti mana orang yang mendengar seruan azan, mereka akan terus meninggalkan segala urusan duniawi mereka dengan serta merta. Demikianlah keadaan penduduk Madinah apabila mendengar seruan untuk keluar ke jalan Allah mereka dengan serta merta bangun dan terus keluar meninggalkan rumah-rumah mereka. Takaza-takaza agama akan diumumkan di pasar-pasar, di kebun-kebun, di majlis-majlis perkahwinan atau di perjumpaan penting dan sebagainya. Takaza-takaza diumumkan samada ketika dalam kesibukan berjual beli, ketika memetik buah-buah kurma, ketika pertemuan malam pertama pasangan pengantin baru dan ketika ibu-ibu sedang melahirkan bayi mereka. Dengan itu sahabat-sahabat telah dilatih untuk memenuhi takaza-takaza agama dalam setiap keadaan dengan hanya mengambil (membawa) apa-apa yang berhampiran dengan mereka dan terus keluar ke jalan Allah. Semangat seperti ini telah dibentuk pada diri mereka yang keluar ke jalan Allah. Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya. Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan. Semua jemaah-jemaah ini bergerak di kawasan kampung masing-masing dan juga, diluar kota Madinah. Setiap orang telah datang ke Madinah untuk mempelajari Islam kerana kehidupan Islam hanya terdapat di Madinah sahaja pada zaman itu. Maka mereka yang tinggal di Madinah akan membiayai dan mengajar agama kepada orang-orang yang datang dari luar kota Madinah. Pada masa itu mereka telah melapangkan masa mereka untuk belajar dan mengajar di masjid. Kemudian mereka menguruskan penghidupan mereka bersama-sama agar sekiranya dua orang menjalankan perniagaan mereka akan bergili-gilir untuk menguruskan perniagaan dan berkhidmat di masjid. Ada orang yang memberikan masa selepas kerja, ada yang separuh masa (hari) dan sebagainya sehingga dalam masa 24 jam sentiasa ada amalan dijalankan di dalam masjid. Mereka yang datang dari luar kota Madinah akan mendapati orang-orang tempatan sentiasa ada untuk memberi khidmat kepada mereka. Antara amalan yang dijalankan di dalam masjid ialah taklim, sembahyang, zikir dan tiada seorang pun yang hadir di masjid tanpa berbuat apa-apa amalan. Sahabat-sahabat r.a. telah menghabiskan masa mereka 6 hingga 7 bulan berusaha di luar kota Madinah dan mereka bergilir-gilir berkhidmat di masjid selama 2 bulan setengah (untuk setiap seorang). Baki daripada masa mereka digunakan untuk keperluan mereka. Dengan ini hasil pendapatan mereka telah berkurangan dan perbelanjaan yang lebih diperlukan untuk menghantar jemaah-jemaah ke jalan Allah untuk membiayai orang-orang yang datang ke Madinah. Perbelanjaan juga digunakan untuk pengangkutan, makanan dan pakaian mereka. Kesimpulannya perbelanjaan untuk usaha di luar dan di dalam kota Madinah meningkat dan sumber pendapatan mereka masih dalam keadaan serba kekurangan. Dengan itu jemaah-jemaah yang bergerak di luar dan dalam kota Madinah adalah dalam keadaan kelaparan, kedahagaan, kepanasan dan serba kepayahan hanya semata-mata untuk menegakkan agama di seluruh muka alam. Maka apabila pengusaha iman telah mengutamakan takaza-takaza iman dari keperluan-keperluan mereka, Allah s.w.t. akan gembira dengan tertib (usaha) mereka dan Allah telah mengislamkan kesemua kaum Arab. Dengan pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat r.a. kesemua penduduk tanah Arab telah mendapat hidayat walaupun pada mulanya tiada satu pun kerajaan yang sanggup menjajah mereka. Baginda Rasulullah s.a.w. telah wafat dengan seluruh tanah Arab di sinari cahaya Islam dan setiap rumah telah dikosongkan daripada harta kekayaan. Setelah itu Allah s.w.t. telah menunjukkan kepada semua manusia hingga hari kiamat bahawa agama tersebar dengan usaha dan pengorbanan Rasulullah s.a.w. dimana selepas kewafatan Baginda s.a.w. sebahagian kabilah-kabilah Arab telah menjadi murtad. Agar hingga ke hari kiamat bahawa hanya dengan usaha (tertib) yang dijalankan oleh Baginda s.a.w. sahaja agama akan dapat dikembangkan. Selepas kewafatan Baginda s.a.w., Saidina Abu Bakar Siddiq r.a. telah mengeluarkan kesemua kaum lelaki kecuali kanak-kanak kecil dan orang-orang tua yang uzur dan dalam keadaan kelaparan dan kedahagaan mereka keluar ke jalan Allah sehingga selama 3 hari dan 3 malam azan tidak kedengaran di kota Madinah. Kebanyakan tentera-tentera Islam dihantar ke Syam yang diketuai oleh Usamah bin Zaid r.a. Selebihnya seramai 150 orang telah dihantar di sekitar kota Madinah. Jika dipandang dari segi zahir mereka sedikit pun tiada peluang keluar ke jalan Allah pada saat itu. Tetapi dengan semangat mentaati amir, mereka telah mengosongkan kota Madinah. Allah s.w.t. telah menunjukkan kepada seluruh dunia akan nilai usaha ini. Hanya dalam masa yang singkat tidak ada seorang bayi pun yang terkecuali daripada Islam. Dan untuk kerja ini telah diperlu hanya 1 bulan sahaja. Mereka bukan sahaja kembali kepada Islam malah telah kembali untuk berusaha terhadap penyempurnaan iman. Dengan itu usaha agama yang asal melihatkan setiap individu yang sentiasa bersiap sedia untuk keluar ke jalan Allah pada bila-bila masa dan dalam keadaan apa sekali pun dengan meninggalkan segala kesibukan duniawi. Dan apabila ada pihak yang datang untuk mempelajari agama maka kita sentiasa bersedia untuk melapangkan masa dan membantu mereka. Sekarang marilah kita membandingkan usaha agama di zaman Rasulullah s.a.w. dengan usaha yang telah kita lakukan. Sesungguhnya usaha yang mereka lakukan merupakan usaha yang asal dan usaha yang kita lakukan merupakan permulaan bagi usaha yang telah wujud pada zaman itu. Kita haruslah mengikuti jejak mereka dan menggunakan seluruh kehidupan kita yang singkat ini kita boleh menggunakan sedikit daripada masa kita untuk keperluan kita dan masa selebihnya kita gunakan untuk mempelajari usaha agama. Renungilah perkara ini bahawa pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat r.a. telah menarik hidayat dan sejauh mana pengorbanan yang dilakukan maka sejauh itu juga hidayat akan dikurniakan. Agama tidak dapat tersebar dengan harta benda dunia, tetapi agama memerlukan pengorbanan mata pencarian yang melibatkan kesempitan pendapatan. Melalui pengorbanan ini agama akan tersebar dan apabila pengorbanan telah sampai ke tahap yang sempurna sehinggakan orang-orang jutawan yang tidak mengendahkan kesempitan hidup orang-orang miskin juga akan dapat hidayat dan semua orang Islam akan mencorakkan kehidupan mereka mengikut cara hidup Islam. Pengorbanan tuan-tuan akan dibayar oleh Rasulullah s.a.w. ketika kita berada di telaga kausar seperti mana yang telah dijanjikan kepada orang-orang Ansar. Tetapi syaratnya apa-apa yang diperolehi dari segi kebendaan melalui usaha ini janganlah digunakan untuk diri sendiri tetapi berilah kepada orang lain. Apabila kita melakukan perkara ini, cahaya pengorbanan Rasulullah s.a.w. akan didapati dalam perbuatan tersebut. Baginda s.a.w. telah melakukan pengorbanan bersama-sama sahabat-sahabat r.a. tetapi ketika ganjaran-ganjaran ke atas pengorbanan ini baginda s.a.w. telah wafat. Apabila mahligai-mahligai musuh-musuh Islam telah diperolehi dan anak-anak perempuan mereka boleh dikahwini atau dijadikan hamba perempuan dan telah datang zaman kemewahan dan kesenangan tetapi Rasulullah s.a.w. tidak lagi bersama-sama dengan sahabat-sahabat r.a. Barangsiapa yang mengorbankan diri dan harta tanpa mengharapkan apa-apa bahagian di dunia dan menanti-nanti bahagian di akhirat merupakan orang yang dekat dengan Rasulullah s.a.w. di akhirat kelak. Insya Allahu Ta'ala.