KINI TELAH TIBA MASANYA.

Oleh Akhas.

 

 

Tujuan kami membentuk Reformasi Kita bukanlah untuk menghina atau mengfitnah mana-mana pihak. Hanya satu agenda kami iaitu mencari kebenaran. Kebenaran yang di cari bukanlah untuk anwar semata tetapi bagi rakyat Malaysia. Terlalu banyak cerita yang telah kita dengar dari kelangan rakyat di Malaysia tentang keburukan tokoh tokoh pemimpin mereka. Sudah bertahun kita dengar penindasan yang dilakukan terhadap anak bangsa negara bertuah ini. Dari kehilangan maruah diri hinggalah kepada nyawa. Pemimpin-pemimpin ini seolah-olah berimamkan Firaun.

Mereka ini lupa akan kata kata "dari rakyat untuk rakyat", mereka ini dipilih oleh rakyat supaya menjadi hamba kepada rakyat bukan sebaliknya. Mereka yang dayus ini begitu mudah di beli dengan wang ringgit. Memindah milik harta rakyat untuk kekayaan diri. Menggunakan parlimen untuk menggubal undang-undang agar dapat menindas rakyat dan menyelamatkan diri mereka. Melemahkan Raja raja Melayu agar tidak boleh melucutkan kuasa mereka dengan undang-undang yang digubal dan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan. Mereka ini menggunakan jentera pentadbiran negara untuk kepentingan peribadi. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku.

Reformasi yang kami maksudkan bukan lah dari segi bentuk penukaran kepala negara atau memasukkan semula Amwar tetapi lebih luas lagi.

Setelah hampir lima hari Reformasi Kita di tubuhkan, Pelbagai keluhan, perbahasan dan komen yang di terima dari para pengunjung. Kami merasakan telah tiba masanya bagi rakyat Malaysia memberikan cadangan bagaimana kita boleh bertindak dengan lebih lancar untuk menjayakan usaha murni ini dan yang paling utama pelan atau perancangan untuk bergerak hendaklah mengelakkan dari sebarang kejadian yang boleh menumpahkan darah mana mana pihak.

Harus diingat sekiranya Datuk Seri Anwar di tangkap bukan bermakna usaha Reformasi ini akan mati. Yakinlah Reformasi akan tetap berlaku walau siapa pun yang melaungkan kerana segala yang berlaku adalah kehendak Allah. Kita tidak perlu takut kepada sesiapa. Kita sebagai orang beriman dan manusia hanya perlu takut kepada Allah S.W.T. kerana Dialah Maha Pencipta dan Maha Berkuasa.