ANWAR DITANGKAP BAGAIKAN SEORANG WIRA- DATIN SERI WAN AZIZAH
 

 

       KUALA LUMPUR, Sept 21 (AFP) -

       Isteri Dato' Seri Anwar Ibrahim hari ini mengatakan suaminya telah ditangkap pihak polis bagaikan seorang wira
       tapi beliau melahirkan rasa bimbangnya tentang reaksi para penyokong Anwar.

       Dati Seri Wan Azizah Wan Ismail telah pergi bersama suaminya ke Bukit Aman selepas penangkapan beliau. Beliau
       mengatakan  dirinya dan peguambela Anwar telah tidak dibenarkan untuk bertemu dengan Anwar.
 
.      Sebaik pulang ke rumahnya Dr. Wan Azizah  telah memberi sedikit ucapan kepada para penyokong reformasi yang setia
       menunggu di luar:- "Saya gembira suami saya telah ditangkap sebagai seorang Wira."

       Beliau memberitahu bagaimana dia dan keluarganya telah di tangkap bersama Anwar oleh pasukan polis dan dibawa
       dengan sebuah van tapi mereka telah dipisahkan. Wan Azizah dan beberapa peguam Anwar telah mengekori
       dengan kenderaan lain ke Bukit Aman tetapi mereka tidak dibenarkan untuk bertemu Anwar.

       Wan Azizah kemudian melahirkankebimbangannya kepada para wartawan tentang kemungkinan reaksi para
       penyokong Anwar.

       "Saya amat bimbang kerana terdapat terlalu banyak perasaan marah sejak bertahun lamanya dimana undang-undang
        telah dimanipulasikan dan disalah guna oleh mereka yang berkuasa, olehitu saya terpaksa meminta mereka bertenang."

       "Semangat rakyat amatlah tinggi. Saya beritahu mereka segala tenaga hendaklah disalurkan kepada yang lebih produktif"
 
       Dato' seri Anwar, 51, telah ditahan selepas beberapa hari ketegangan politik berlaku atas usahanya menyuruh
       Mahathir meletak jawatan.
 
       Satu demonstrasi yang disertai 40000 orang di tengah Kuala Lumpur telah berlaku dan pertempuran dihadapan rumah
       Rasmi Perdan Menteri.

      "Kami sedang mengadakan sidang akhbar ketika polis menyerbu masuk," dia memberitahu wartawan tentang serbuan
      yang dibuat oleh sedozen polis yang memecah pintu rumahnya.

      "Memanglah saya berasa takut untuk suami saya dan yang lain. Mereka mempunyai senjata/mesin gun. Saya kesal
      kerana mereka tidak memberitahu. Sedangkan kami telah memberi jaminan Anwar akan menyerah diri secara aman."

       Dr Wan Azizah juga telah menghantar mesej kepada Setiausaha Luar British yang mana sedang menemani  Queen Elizabeth II.