PELANCARAN DEKLARASI REFORMASI
13 Sept Cherok To'Kun, Pulau Pinang. Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan gerakan
reformasi bagi peringkat nasional pada malam tadi di negeri kelahirannya. Beliau disambut oleh
orang ramai yang terdiri dari saudara-maranya, sahabat handai dan penduduk Pulau Pinang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berdiri di anak tangga rumahnya iaitu di kampung
Cherok To’ Kun sambil mengistiharkan Deklarasi Reformasi;

 Deklarasi Reformasi yang di ishtiharkan ialah :

1) Pembahagian kekayaan negara secara adil.
2) Menghalang pasaran saham dari dimanipulasikan oleh satu kumpulan kecil atau individu.
3) Memperbaiki proses Demokrasi di Malaysia.
4) Memastikan kedaulatan sistem Kehakiman dan Keadilan negara sentiasa terpelihara.

Kampung Cherok To’ Kun telah dihiasi untuk menyambut kepulangan anak kampungnya
yang paling terkenal.
 

Oleh : Reformasi_Kita
(NOTA: Berita keseluruhan akan disiarkan sebaik saja Kumpulan Reformasi_Kita
  Menerimanya)