KRISIS POLITIK MALAYSIA AKHIRNYA MELETUP DENGAN TERTANGKAPNYA ANWAR

 
 KUALA LUMPUR, Sept 20 (AFP)

Polis Malaysia menahan Dato' Seri Anwar Ibrahim  malam tadi selepas dia memberi ucapan kepada perhimpunan raksasa
yang meminta Mahathir  untuk letak jawatan. Polis juga melepaskan  gas pemedih mata keatas para penunjuk perasaan yang
berarak ke rumah mahathir, polis juga menghalang memukul mereka dengan belantan.

Dengan helikopter polis berterbangan diatas kepala, beratus komando memakai topeng dan baju kalis peluru untuk menyerang
masuk kerumah Dato Anwar selepas beliau pulang dari perhimpunan raksasa di Masjid Negara dan dataran.

Selepas menamatkan sidang akhbar Anwar dengan secara ganas, polis memberi 1 jam untuk beliau mengemas pakaiannya, kata seorang peguamnya iaitu Datuk Paswanchek Marican.

Sambil mendukung seorang anak kecil, Anwar tersenyum dan melambai sambil melangkah masuk kedalam van khas yang tidak bertanda, van tersebut dikelilingi unit khas yang menggunakan buluh runcing untuk menhalang rakyat dari menghampiri beliau. Mereka melaungkan "Reformasi, Reformasi"
 
Isteri beliau Datin Azizah, seorang wanita dan beberapa kanak-kanak telah dibawa bersama kedalam van yang lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur Kamaruddin Ali, berkata di TV, Anwar ditahan bagi membantu polis didalam penyiasatan kes".

Anwar akan di hadap ke mahkamah Isnin ini.

"Polis telah berjaya mengawal keadaan" katanya.

Anwar didalam ucapannya di Masjid Negara, telah bersama rakyat melaungkan "Mahathir mesti letak jawatan." Anwar mengatakan dia sanggup duduk didalam penjara untuk bertahun lamanya seperti Nelson Mandela.

"Kita mesti mempunyai kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat Malaysia. Sudah terlalu lama rakyat Malaysia menunggu"
beliau berucap di hadapan pulohan ribu rakyuat sebelum meneruskan perarakan ke Dataran Merdeka untuk satu perhimpunan
yang lebih besar.