Perjumpaan Reformasi

Solat hajat akan diadakan di Markas Tarbyah PAS pusat, Taman Melewa Gombak,
8.00 malam Ahad 27/09/98. Pada hari itu juga nanti akan diadakan pelancaran
Gerakan Reformasi. Semua rakyat dijemput hadir. Pihak penganjur juga meminta seluruh
rakyat Malaysia yang tidak dapat hadir melakukan solat hajat pada hari yang sama selepas
solat isya' di qariah masing-masing.

Di Markas Tarbiyah PAS ini semua bangsa dijemput hadir, tidak kira parti politik dan juga
NGO. Pihak penganjur juga telah mendapatkan permit untuk perjumpaan ini.