Sumber yang hampir pada Dato Zahid menjelaskan
pada saya bahawa keputusan
sebulat suara yang dibuat Majlis Tertinggi
Umno untuk memecat Anwar tidak
lah seperti mana yang diumumkan. Mesyuarat
telah dimulakan dengan Mahathir
hanya mengatakan Anwar ialah seorang kaki
perempuan dan mestilah dipecat.
Mahathir menyatakan bahawa Daim, Sanusi Junid
dan Megat Junid telah menunjukan
bukti kepadanya. "Bukti" yang dimaksudkan
adalah didalam bentuk pelacur dan
mak nyah yang dibawa kepadanya. Anwar kemudian
bersumpah dengan nama Allah
bahawa beliau tidak pernah melakukan salah
laku seksual dan beliau tidak akan
meletak jawatan.
Serangan terhadap Anwar kemudian telah diketuai
oleh Ibrahim Ali dan Sulaiman
Mohd. Empat ahli kemudian berdiri untuk
membela Anwar. Mereka adalah Dato'
Khalid Yunus, Dato' Ibrahim Saad, Dato Afifuddin
Omar dan Dato' Zahid Hamidi.
Zahid membantah kerana Mahathir pada dasarnya
telah menjadikan Majlis Tertinggi
sebagai Mahkamah dimana dialah polis, hakim,
pendakwa dan penghukum. Maha-
thir terus-terusan mengatakan Anwar
tidak bermoral dan mesti dipecat. Mahathir
terus mendesak dan ahli Majlis Tertinggi yang
lain terus mengikut rentaknya. Mahathir
kemudian mengumumkan kepada media apa yang
dinamakan sebagai "keputusan
sebulat suara".
Tiada sebarang surat tunjuk sebab yang dikeluarkan
kepada Anwar, tiada sebarang
prosiding tatatertib yang dibuat dan dia dengan
mudah dipecat. Apa yang menghairankan ialah,
Mahathir pernah mengatakan bahawa seorang
itu dianggap tidak bersalah hingga dibuktikan
kesalahannya. Begitulah kata-kata Mahathir
ketika beliau membela Rahim Tambi Chik dan
Mat Taib.
© Copyright Singapore Press Holdings Ltd, 1998. All rights reserved.