SURAT UNTUK MEREKA YANG BERKUASA

    2 September 1998, adalah hari yang penuh tragis bagi Anwar tetapi bagi yang membencinya pasti hari tersebut adalah hari keramat yang penuh kemanisan (betulkah manis?). Apa dah jadi Anwar? Itu adalah salah satu persoalan yang sedang bermain di dalam fikran rakyat jelata. Pelbagai teori dan spekulasi yang keluar dari mereka yang berpelajaran tinggi hinggalah kepada pendatang tanpa izin. Seluruh negara dan dunia terkejut dengan keputusan yang amat drastik itu.

    Namun begitu perlukah kita terkejut…..Bukankah Perdana Menteri (PM) telah menjanjikan kepada kita sebelum ini bahawa beliau akan memberikan satu kejutan yang besar. Memang, memang benar ianya satu tindakan yang maha besar bagi peminat Anwar dan pembenci Anwar. Tujuan penulis menulis artikel ini bukan untuk menyokong mana mana pihak. Namun perlu diingat terma yang sering di sebut oleh setiap insan yang menggelarkan dirinya manusia bertamadun iaitu  “A person is presumed innocent till provent guilty”. Mengapa saya mengeluarkan terma ini  kerana PM mengatakan penyingkiran Anwar kerana sudah tidak sesuai….., persoalan yang timbul adakah ini memadai. Sedangkan beliau dilayan seolah-olah telah terbukti bersalah melakukan jenayah. Mengapa affidavit mahkamah yang berkaitan dengan Datuk Nalla di keluarkan dengan sebegitu terang lagi jelas, hinggakan para wartawan di beri peluang untuk mengambil gambar akan affidavit tersebut. Seorang Peguam Persekutuan (Federal Counsel) terdengar, berkata di sebuah gerai minuman, “ Belum pernah di dalam sejarah sebuah affidavit yang ingin di hantar kepada mahkamah dilayan sebegitu rupa” . Bagi beliau tindakan pihak tertentu untuk mensensasikan affidavit tersebut lebih bermotifkan politik dari mencari keadilan dan kebenaran.

    Kemana hilangnya budaya timur yang dilaungkan oleh PM kita. Adakah ini budaya baru orang melayu dan timur ciptaan Wawasan 2020 iaitu mengaibkan orang sedangkan buktinya tiada juga di tunjukan. Anwar mendakwa perkara ini adalah rencana politik yang cukup jahat. Namun yang pasti hasil dari penyinkiran Anwar telah lahirlah pelbagai tohmahan dan khabar angin. Bagi penulis sekiranya reformasi perlu berlaku harap-harap ianya tidak akan seganas di Indonesia.

    Tapi adakah keganasan boleh dielakan sekiranya memang orang Melayu telah menerima pakai corak serangan dan strategi konspirasi yang telah di gunakan keatas Anwar. Rakyat kini mempersoalkan keadilan apa yang ada untuk mereka….sekiranya benar dakwaan Anwar. Adakah setiap orang yang menentang akan corak pemikiran atau gaya hidup mereka yang berkuasa akan di tangkap. Sekiranya perkara seperti ini berlaku maka mereka yang menindas rakyat adalah orang yang paling biadap. Apakah kami rakyat biasa ini tidak boleh bersuara….Apakah kami rakyat negara ini yang setia mendokong perlembagaan akan di tangkap seperti komunis. Adakah menjadi kewajiban untuk rakyat menerima setiap cakap orang yang berkuasa. Jangan lah hina kami rakyat jelata dan janganlah anggap kami ini bodoh. Kami bukan ingin melihat negara ini hancur. Kami hanya inginkan kemerdekaan yang sebenar-benarnya. Kami tidak ingin dijajah oleh mereka yang kulitnya sama gelap rambut sama hitam tapi  yang membezakan hanya kuasa ditangan mereka. Tidak malukah anda bila menindas kami yang lemah ini.

    Hentikanlah segala ugutan bahawa negara ini akan hancur sekiranya anda di turunkan. Demi Tuhan kuasa di tangan anda itu tidak boleh mengubah suara dan citra rakyat bumi bertuah ini. Doa mereka yang ditindas senentiasa diterima Tuhan. TAKUTLAH KITA KEPADA YANG MAHA ESA.
 

    Dari,
    Atas pagar..