Beraja Di Mata, BerSultan Di Hati

Ketika mana tokoh2 politik antaranya termasuk ahli2 agama bercakap soal
'masalah peribadi Anwar', bercakap pasal affidavit, tidak ada seorangpun
dari kalangan mereka dapat mengguna akal waras untuk meneliti permasalahan
sebenar. Di sini penulis hanya menyentuh 2 isu utama :-
1. Fakta Anwar dituduh adalah satu fakta yang sudah terbukti berdasarkan
    kepada khabar mutawatir (public knowledge).
2. Fakta tuduhan...ke atas Anwar adalah fakta yang belum terbukti.

Adalah sangat memalukan kalau orang-orang politik yang dalam kalangan mereka
ada mereka yang dulunya duduk di Masjid al-Azhar, gagal mengingati dan
menghala tujukan cakap-cakap mereka berdasarkan etika Islam sebenar. Tidak
takutkah mereka kepada ancaman ALLAH S.W.T dalam firmanNYA yang bermaksud;

Banyak dari kalangan jin dan manusia kami masukkan ke neraka; mereka ada
hati, tapi tak boleh faham dengan hati mereka; ada mata, tapi tak boleh
nampak dengan mata, dan ada telinga, tapi tak boleh dengar dengan telinga
mereka, mereka ini ibarat binatang ternak, bahkan lebih sesat.... (Al-A'raf:179)

SOALAN- Kenapa boleh berlaku demikian? Dalam kontek di atas jawapannya;
ALLAH berfirman maksudnya; (Terjemahan oleh The Presidency of Islamic.....Saudi)

And those who launch a charge against chaste woman(1) , and produce not four
witnesses(2)  (to support their allegations); flog them with eighty
stripes(3) ; and reject their evidence ever after(4) : for such man are
wicked transgressors. (Al-Nur 24:4)

        Notakaki;
        1. Awas! jangan faham bahawa kalau tuduh orang lelaki tak kena bawa
            saksi, nanti         jadi sesat dan boleh jatuh kafir.
        2. Awas! jangan terjemah perkataan saksi ikut sedap hati. Ada
            baiknya rujuk buku Undang-undang Keterangan Islam oleh Mahmud Saedon
            Awang Othman atau Mana-mana Enakmen Keterangan Islam Negeri-negeri
            di Malaysia.
        3.Ini adalah hukum hudud yang dikenakan kea atas orang yang tuduh
           orang lain bermukah tapi tak boleh bawa saksi seperti tuntutan Ayat.
        4. Kalau kesaksian mereka kena tolak, apa halnya dengan
            perkara-perkara yang melibatkan wilayah (sila lihat kamus arab)
            sedangkan kesaksian itu hanya salah satu cabang wilayah.

Walau apa orang kata, berdasarkan dua ayat di atas, saya nasihatkan diri
saya dan masyarakat Islam, jangan turut sama dalam kerja keji seperti ini.
Sanggupkah kita tadahkan belakang kita untuk kena sebatan Hudud? Kalau tak
kena dekat dunia, bayangkan macam mana bisanya belakang kita kalau kena
sebat dengan rotan dari api neraka yang entah macam mana dahsyatnya. Dan
pada pemimpin yang masih berdegil saya nasihatkan agar bertaubat,
sesungguhnya ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT.