Surat ini telah disalin semula dari salinan asal Surat Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri Malaysia.
 
 

SULIT DAN PERSENDIRIAN
 
 

YAB. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad
Perdana Menteri Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Jalan Dato' Onn
50502 Kuala Lumpur.
 

Yang dikasihi Dato Seri,
 

Dengan hormatnya saya ingin menyambung dari surat yang saya sampaikan kepada Dato' Seri 25 Ogos 1998.

Lebih dari setahun pihak polis telah mengesan adanya konspirasi untuk melaga-lagakan kita berdua dengan cara menimbulkkan keraguan orang ramai terhadfap akhlak saya (Laporan diserahkan dengan tangan).

Bersama inijuga saya sertakan affidavit Dato' Nalla dan keratan akhbar mengenainya. Jelas penahanan beliau dan soalan-soalan yang ditujukan kepada beliau tiada kena mengena dengan keselamatan negara. Sebaliknya beliau dijanjikan kebebasan sekiranya beliau menandatangani kenyataan yang disediakan oleh polis untuk memalukan rakan-rakan beliau.

Saya juga dimaklumkan bahawa pihak polis pernah menelefon seorang bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan mengugut supaya membuat kenyataan pernah mengadakan hubungan sejenis dengan saya dan kalau tidak membuat kenyataan tersebut beliau akan didakwa atas kesalahan-kesalahan yang beliau lakukan masa lalu.

Semua ini adalah maklumat tambahan yang menyokong keyakinan saya bahawa segala yang fitnah tersebut direka sebagai satu konspirasi politik terhadap saya.

Saya kemukakan ini untuk pertimbangan dan kebijaksanaan Dato' Seri.
 
 

………………………..
(Anwar Ibrahim)