Tragedi pemecatan Anwar adalah satu ujian dan
pengajaran dari Allah untuk
kelompok Masyarakat Melayu Islam di Malaysia.
Sudah tiba masanya kita bangun
dari lena yang telah berlaku hampir 100 tahun!!
Kalau kita amati sejarah, siapa
dia kita ni? Jepun tawan Malaysia dlm masa lebih
kurang sebulan. Setelah Jepun
Cabut, Bintang tiga Komunis bermaharaja lela,
setelah tu Inggereis boleh datang
semula? Mana kejantanan kita sebagai satu bangsa
yang bertamadun? Mungkin kita
kata ini jenerasi bapak kita...itulah hakikatnya..jenerasi
yang inilah yang
menerajui kerajaan (kebanyakan). Para pejuang
kemerdekaan yang awal (pergerakan
islam) luput ditelan zaman, bila 'Bapa Kemerdekaan"
diberikan credit. Setelah
kenyang pihak british dan dah nak hampir di 'rewrite'-nya
hisory kita..baru
mengecap kemerdekaan. Itu cerita lama...tapi
bagu untuk imbasan agar kita kenal
siapa kita. Kalau kita singkap era sebelum tu
lagi masa zaman Singapura jatuh ke
tangan British, Kesah tragik perlombongan bijih
(in 18th century),
dllllll....lagi sedih. Hakikatnya kita tak boleh
lari dari sejarah.
Nah sekarang kita lihat era pra-kemerdekaan. Sejak
BN memerintah, dan post-1969
roit, nampak jugalah kesannya. Adalah tokoh yg
boleh kita tabik sesikit, Tun
Razak, etc. Tapi setelah era Pengkorporatan tiba...lenyap
kepentingan orang
melayu. Bukan Melayu jadi mangsa penjajah lagi,
tapi mangsa politik dan
kerakusan bangsa sendiri. Jangan tuduh org cina,
india dan british lagi, tuduh
bangsa sendiri. Sekarang isunya, APA YG BANGSA
MELAYU DAPAT DARI PERMODENAN?
Selain dari sedikit faedah dari segi education
(ramai anak melayu yg pi
overseas, UTM, USM,etc) dengan penubuhan sekolah
Asrama Penuh, quota di
Universiti, tak banyak yang boleh BETUL-BETUL
dibanggakan. Walaupun nampak
golongan menengah melayu melalui skim seperti
kontraktor kelas-F,tapi jiwa
struggle masih tak mantap. Kalu dulu orng melayu
islam terkenal sebagai bangsa
SUBSISDI, tapi sekarang merka dah berubah..tapi
malangnya mereka kaya sebab
SUBSIDI POLITIK. Berbalik kepada isu APA ORG
MELAYU ISLAM DAPAT?
Saya berkebetulan orang kampung, alhamdulillah
dah lama juga berjuang dlm
pergerakan islam dimerata dunia (walaupun bukan
ABIM,PAS dan JIM), dan
berkesempatan menjadi tenaga akademik penting
di sebuah universiti di malaysia,
saya tak nampak keuntungan JELAS yang diperolehi
orang kampung dan luar bandar.
Saya berkebetulan balik bercuti di Malaysia sebulan
lalu setelah sekian lama di
luar negeri, dan saya sempat meninjau (bukan
menyelidik) tempat di sekitar KLIA,
Link-keDua, semunya tempat yg pernah dihidupi
oleh org Melayu. Setelah
dibangunkan, dan 'dipampasi' org melayu, sekarang
tempat tersebut dah jadi
MODERN, tak nampak lagi kesan pernah hidupnya
bangsa melayu ditempat tersebut.
Stelah dapat gelaran 'Jutawan RM baru' kemana
hilangnya mereka tak dapat
dikesan. Tempat yg telah dibangunkan dipenuhi
oleh bangsa lain! Apa yg kita
dapat?
Kemudian saya balik ke kampung saya (dan hidup
sebagai org kampung
sebulan-bekerja kebun, etc) saya lihat tak banyak
juga masyarakt melayu berubah.
Cuma kalau dulu mereka naik nbasikal, kina naik
motor. Kalau dulu kerja buruh,
mungkin ada beberapa kerat yg ambil projek 'subcontractor'
Bila saya pergi pasar ikan, mata saya sejuk sikit
melihatkan org melayu dah mula
'menguasai' business sikit. Org cina tak nampak
lagi..mungkin kita boleh kata
org melayu dah mula 'jadi businessman'. Tapi
jangan tertipu..ORG CINA dah tak
lagi business jual ais krim, berniaga ikan, bahkan
mereka dah berniaga 'import
eksport', bangunan yg dulu mereka gunakan untuk
perniagaan dipekan-pekan dah
jadi kedai 4-5 tingkat, tapi org melau masih
lagi berniaga kecil-kecilan...in
other words kita take over business org asing
20 atau 30 tahun dulu....kalau
macam ini gayanya sampai bila kita tak kemana.
Bila pi jumpa kekawan yg join
UMNO yg hidup di bandar...lain ceritanya..ada
yg dah judi multi-millionaire
bahkan billionaire...tapi sebab subsidi POLITIK..bila
ekonomic problem 1997-98,
habis tergadai semua, saham yg dulu beringgit
dah jadi bersen dan ada yg negatif
agaknya!!!! Kesimpulannya org politik bolot harta,
org awam masih merempat in
the new sense....
Now, saya nak cerita ketokohan pemimpin melayu
UMNO, macamana tak effisyen nya
mereka..dan macamana bodohnya org Melayu dan
mudah sangat dibeli. Bila nak
pilihan raya, diupah remaja dungu dikampung menggantung
sepanduk
RM50-100..mereka happy. Maklumlah, mereka buat
kerja odd jobs, gembiralah
mereka. Hasilnya UMNO dapat undi. Kemudian setelah
Mp atau ADUN menang, strategi
pertama adalah menabur janji kososng. Saya masih
ingat lagi, bila satu ADUN di
tempat saya emnang, dia cerita pasal education
anak-anak. Lawatan kekampung
sering in the first 2 yrs (setiap 6 bulan in
the 1st year, dan sekali setahun in
the 2nd year). Lepas tu tak nampak batang hidung
, hilang lesap. Bila mereka
datang ke kampung, org UMNO golongan tua (yg
agak dungu juga) minta allocation
utk cat mesjid, bina pagar surau, dll yg jumlahnya
tak melebihi RM 100,000
sebagai balasan sokongan mereka. Apabila diberi..gembira
teramat sangat...seolah
olah org Melayu ni murah sangat. dengan RM 100K,
satu pekan boleh dibeli untuk
period of 5 yrs!!!!Bayangkan. Kalau kita lihat
bangsa Cina????Lain..sekolah
SRJK(C) mereka lengkap dengan komputer, gymnasium
mengalahi sekolah asrama penuh
tanpa peruntukan penuh kerajaan, sebaliknya sumbangan
DERMAWAN!!! Mana org
melayu kita? Dok kokot harta melalui MPship,
ADUNship, menipu org kampung yg
dungu dan mengekploitasi administration sistem.
Alangkah sedihnya kita.....
Nah sekarang apa kita perlu buat? Kalau ada pihak
yg laungkan REFORMASI tu,
bantulah. Jadi bangsa yg ada maruah seperti Org
Sabah dan Kelantan!!!Atau our
jiran Indonesia!!!Biar susah sikit asal maruah
adapat dibela. Suharto bangsat
sudah dapat disingkir..dan isnyaAllah dia akan
mati dlm tahanan seperti Pak
Sukarno yg dianiayainya!
Jangan jadi kroni pemerintah, dan Pak det kita..sudah
cukup kita kena tahi dan
najis sekian lama. Kroni mereka dan agen mereka
tawan press freedom, polis,
ekonomi, etc. Anak-anak mereka kaya raya. Saya
pun pelik, dulu sama dengan saya
di luar negeri, tapi bila balik mereka seolah-olah
guna malaikat untuk naik ke
atas!!!Saya tak nampak pun istimewanya di luar
negeri dulu semasa bersama-sama
belajar.....
Sebagai rumusan, bantulah pergerakan islam untuk
melakukan REFORMASI. Kalau pun
pernah dokntrol oleh kem Anwar, masih jauh lebih
baik dari Mahathir's camp.
Mahathir's is unislamic, dan telah runtuhkan
maruah islam. Walaupun buruk mana
org kata Anwar, tapi banyak perubahan yg dilakukannya
utk kebaikan islam. Org
seperti Ghafar double BA (BA-BA) tu memang patut
tersingkir, mulut celupar
mengkritik HUDUD tanpa ilmua agama....dan amat
berbahaya!!! (saya masih ingat
lagi komennya di berita perdana mengenai keudukan
hukum hudud dlm Al-Quraan
sebelum kejatuhannya). Pak Det kita pulak banyak
sangat pakai topeng....dah puas
lihat topeng islamnya. Baru baru ni kes Shk.
Tentawi, kes Mufti, dan banyak kali
seru umat balik ke jalan islam..tapi bila New
Year...dengan tarian separa-bogel
dipentas, dan bila keraian (seperti Opening Ceremoni
of any events)...tak nampak
pun islamnya..SUNGGUH KONTRADIK!!!! It is time
to change....SUPPORT REFORMASI
Virtual-Supporter
USA