e  .  d  .  i  .  s  .  i        1  .  4
 
SALAM
Salam Dari Editor

FOKUS
Cinta Antara Lelaki dan Perempuan

SIRAH
Kerana Cinta

AKIDAH
Hubungan Iman Dengan Cinta

FEQAH
Nama Cahaya Mata; Potret Kasih Ibu dan Bapa

USRAH
Usrah's Corner

TINTA SAHABAT
Terkejut dan Mengejut
You Taught Me Love
Doa
Butterflies and White Doves

KOLEKSI SINAR
Koleksi-koleksi Sinar

salam dari editor
Bismillahirrahmanirrahim, 
Assalamualaikum wbh…. 
 
     Islam merupakan agama yang syumul - agama yang lengkap dari segala aspek. Al-Quran; sumber asas segala ilmu menjadi rujukan mereka yang bergelar Muslim. Hadith nabi s.a.w., panduan dan pedoman agar setiap yang bergelar Muslim itu tidak keliru atau sesat dalam membuat apa sahaja tindakan. Dari sebesar-besar persoalan seperti pengurusan dan pentadbiran negara sehingga sekecil-kecil perkara seperti cara meminum air, pasti ada garis panduan yang telah ditetapkan. Apatah lagi dalam hal bercinta, banyak tujuk ajar dari Al-Quran dan hadith nabi s.a.w. tersedia, namun ramai lagi yang masih confuse dan tertanya-tanya bagaimana nak bercinta. 
 
     Kalimah cinta sering diucapkan, namun keseringan kita menyebut cinta tidaklah bermaksud kita sudah memahami pengertiannya dengan tepat. Fokus SINAR kali ini, sekitar isu CINTA yang harapnya dapat memberi sedikit gambaran kepada pembaca isu-isu berkaitan dengan berkasih sayang. 
 
     Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang mafhumnya: “Allah telah berfirman, mereka yang yang cinta kasih kerana kebesaranku mempunyai beberapa minbar daripada cahaya  yang diinginkan oleh para nabi dan orang-orang yang mati syahid.” 
( Attarmidzi ) 
  
     Seharusnya, bagi mereka yang inginkan the ultimate kejayaan, ia akan bercinta hanya kerana Allah. Cintanya pada manusia yang lain, tidak melebihi cintanya kepada Allah dan rasulNya. Cintanya kepada makhluk, berlandaskan cintanya kepada Khaliqnya. Juga cinta tersebut tidak melanggar batasan syariat. 
Janganlah, suatu yang murni arahan Allah ini menjadi suatu yang jelek dan keji lantaran berdosa kepadaNya. InsyaAllah, jika kita sama-sama betulkan niat why we fall in love, kita tidak akan kecewa bercinta. Selagi kita mematuhi hukum Allah dalam bercinta, selagi itulah ia indah dan menyeronokkan. 
 
     Firman Allah dalam KitabNya: “ Sekiranya kamu cintakan Allah, maka ikutlah ajaranku, mescaya engkau dikasihi Allah, dan diampunkan dosa-dosamu”
( Ali Imran, ayat 31 ) 
 
     Bukankah setiap yang beriman sentiasa inginkan kasih Allah dan  pengampunan dariNya lantaran merasai kemanisan beriman. Kita tertanya-tanya kenapa para sahabat, ulama’, syuhada’ dan auliya’ sanggup menempuh apa sahaja bagi menjaga iman mereka. Tahajjut mereka setiap malam, ibadat mereka 
bagaikan seorang hamba yang terasa hina di hadapan tuannya, zikr mereka tidak pernah henti malah mati mereka jua mempertahankan iman di hati. Ketahuilah, they were who they were kerana mereka merasai kemanisan iman. Dan ketahuilah, ada 3 golongan yang akan mendapat kemanisan iman terseut; mereka yang mencintai Allah dan rasulNya melebihi daripada segala-galanya; mereka yang mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah; dan mereka enggan kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkan mereka. 
   
     Cinta ini suatu yang murni dan sememangnya setiap manusia ingin mencintai dan dicintai. Namun, bukanlah bercinta itu bererti cinta yang mengikut nawa nafsu  tetapi cinta kerana inginkan redha Allah.  Marilah kita sama-sama berdoa agar dari cinta kita diberkati Allah dapat merasai kemanisan iman yang 
hanya diberikan kepada mereka yang betul-betul menginginkannya. Marilah kita bercinta kerana Allah. 
 
                Akhukum fil Islam, 
                         mfabd1