..........................................................................................................
e   d   i   s   i    1   5

SALAM
Editor's Column

FOKUS
Yaumul Akhirah

AQIDAH
Beriman Kepada Hari Akhirat

TAZKIRAH
Takutlah Kat Malaikat Maut Tu

IBADAH
Sudah Cukupkah Bagiku?

AKHLAK
Seketika Bersama Kak Long

SIRAH
Kisah Nadhlah bin Mu'awiyah dengan Zarnab bin Bar'ala

MUSLIMAH
Isteri Solehah

USRAH
Usrah's Corner

TINTA SAHABAT
Surat Dari Pembaca : Suara Yang Di Dengar Mayat
Object Of Despair
Life and Death

KOLEKSI SINAR
Koleksi-koleksi Sinar

editor's column

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

     Segala puji bagi Allah tuhan yang menguasai hari pembalasan, selawat dan salam buat junjungan besar Rasullullah s.a.w. serta keluarga baginda, dan semoga setiap insan yang mungucap dan mengakui keesaan Allah s.w.t sentiasa mendapat rahmatNya lantaran di selamatkan dari azab seksa alam Akhirat kelak.

Ikhwah wa akhawati al-ahibba’,

    Minggu peperiksaan kini hampir menjelma kembali, sejurus membawa katakutan, ketensionan, ketidak-cukupan tidur untuk mengcover nota-nota pelajaran, dan jua ketidak-senangan duduk kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan. Namun, ada jua yang merasa cukup bersedia dan tenang dalam menghadapi event tersebut yang mungkin bakal mencorakkan masa depan mereka. Walau mana satu pun situasi kita berada, ingatlah pesan ulama’ dalam hal menuntut ilmu ini, berUSAHAlah, kemudian berDOA dan jangan lupa TAWAKKAL kepada Allah s.w.t.

    Dalam kita sibuk menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba, janganlah lupa akan beberapa ujian atau exames lagi, yang pasti akan dihadapi oleh semua makhluk yang bergelar manusia yakni, perperiksaan di alam Barzakh dan di alam Akhirat. Kita sering terlupa akan suatu kepastian yang diimani setiap umat Muhammad iaitu hari Akhirat. Yaumul Qiamah pasti tiba dah beruntunglah mereka yang sudah bersedia. Firman Allah:

     "Apabila bumi digoncangkan dengan sekeras-kerasnya, dan gunung-gunung dihancurkan selumat-lumatnya, maka jadilah ia debu yang beterbangan." (QS. 56:4-6) 

     "Ketika bumi digoncangkan sekeras-kerasnya, dan bumi mengeluarkan semua isinya, manusia bertanya : 'Mengapa menjadi begini ?', dihari itu bumi akan menceritakan beritanya bahwa Tuhanmu telah memerintahkan seperti itu." (QS. 99:1-5) 

     Sungguh luar biasa sekali kejadian hari itu, hari dimana Allah menepati janji-Nya kepada semua makhluk-makhluk ciptaan-Nya, hari dimana tidak ada satupun yang dapat memberikan pertolongan dan hari yang tiada satu juga tempat bersembunyi. Bahkan meskipun makhluk itu pergi keplanet lain sekalipun, begitulah janji Allah dalam Qur'an. 

     Itulah dia hari kiamat, hari Sa'ah /waktu kehancuran total yang ditentukan/, Yaumul Hasrah /hari penyesalan/, Yaumul Muhasabah /hari perhitungan/, Yaumul Wazn /hari pertimbangan/ dan sejumlah nama lain yang kesemuanya menunjukkan mengenai kiamat yang akan terjadi dalam satu hitungan yang seadil-adilnya.

     Oleh itu, marilah kita sentiasa mengingati hakikat sebenar hidup ini. Janganlah kita leka dengan dunia sehingga melupakan suatu lagi kehidupan yang menanti kita kelak. Bersedialah kita sebelum terlambat. Semoga kita ditakdirkan dikalangan mereka yang beruntung di akhirat kelak.

Wassalam.