Sinar Online

 

Edisi 19

 

Tinta Editor

Fokus

Ibadah

Sirah

Muslimah

Akhlak

Surat Pembaca

Komik

Koleksi Sinar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…..

Bertemu lagi kita sekali lagi…..

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam. Dengan izin-Nya maka majalah Sinar edisi ke-19 dapat disiapkan akhirnya.

Pada masa ini mungkin ada di antara kita yang sudah selesai menduduki peperiksaan dan mungkin ada yang masih lagi belum selesai.Benyakkan berdoa dan bertawakkallah kepada Allah kerana kita yang merancang dan kita yang berusaha tetapi Allah lah yang menentukan natijah atau keputusannya!

Sinar kali ini memaparkan satu topik yang mungkin jarang dihayati oleh kita sema iaitu ’sifat kehambaan’. Benar, dalam kehidupan kita sehari-hari kita kurang menghayati apa ertinya hamba tuhan dalam kehidupan kita. Setiap hari kita selalunya bertindak selaku tuan, bukan selaku hamba. Maka , dengan itulah wujudnya sifat ego,sombong dan (nauzubillah) riya’ serta takbur dalam kehidupan kita sehari-hari. Tambahan pula, tanpa merasa diri ini hamba kepada tuhan, maka kita juga jarang mengingati-Nya dan kurang berusaha untuk mendekati-Nya sedangkan itulah apa yang kita harus lakukan. Bukankah Allah ada berfirman:

“Dan tidaklah Aku menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” (Surah adz-dzariat: ayat 56)

Oleh itu, marilah kita sama-sama memikirkan, adakah kita mempunyai sifat seorang hamba kepada tuhannya atau masih lagi menganggap dirinya seorang ‘tuan’?

Wallahua’lam