BEBERAPA CONTOH FALASI INFORMAL
- Hujahan berbelit-belit:
- Tiga orang pencuri membahagikan tujuh butir mutiara. Pencuri Pertama (yang memegang mutiara-mutiara tersebut), menyimpan tiga butir untuk dirinya. Dia memberikan Pencuri Kedua dan Pencuri Ketiga masing-masing dua biji.
Pencuri Kedua dan Ketiga: "Mengapa engkau mengambil tiga butir?"
Pencuri Pertama:"Sebab aku ketua!"
Pencuri Kedua dan Ketiga:"Siapa kata kamu ketua?"
Pencuri Pertama:" Akulah ketua, sebab aku ada tiga butir. Kamu berdua hanya ada dua butir seorang!"
- Analogi (kiasan) palsu:
- Ada orang mempercayai bahawa sup ekor lembu mempunyai khasiat ala tongkat Ali, untuk lelaki yang agak lanjut umur. Kepercayaan ini mempunyai asasnya kepada analogi bahawa ekor lembu mempunyai ciri-ciri menyerupai satu bahagian anggota badan lelaki. Ekor lembu biasanya berkeadaan terkulai, tetapi pada ketika-ketika diperlukannya - iaitu semasa lembu itu berak - ekornya dapat ditegangkan. Kemampuan ini dikiaskan pula kepada organ lelaki yang berkenaan!
- Falasi ad hominum atau falasi menghentam peribadi: