| Pengenalan Kenong Rimba Park adalah  satu hutan
hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 128 km persegi dalam daerah
Lipis, Pahang. Terletak dalam lembah kenong dan berkongsi sempadan dengan
Taman Negara di bahagian Utara dan Timur. 
 Walaupun taman ini dibuka kepada orang
awam, kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya.
Keindahan alam yang belum tercemar dan para pengunjung dapat melihat pelbagai
flora dan fauna, dari cendawan hinggalah pokok yang berpuluh meter tingginya
dan dari katak bersaiz 1 cm hinggalah ke Gajah  (kalau bernasib baik).
Di samping itu pengunjung dapat menghayati suasana hutan dengan mendengar
bunyi cengkerik dan burung enggang ketawa(?). 
 | 
| Perjalanan Kami Setelah berbulan kami merancang maka satu
keputusan dibuat pada 1 hb Ogos, 1998 kami akan ke Kenong Rimba Park. Inilah
satu-satunya trip yang saya ikuti dengan rakan-rakan yang dikenali melalui
IRC. Berikut adalah catatan pengalaman saya semasa trip tersebut, gambar
pun saya sertakan (maaf saya bukanlah pengarang yang baik). 
 | 
| 31hb Julai 1998 - Jam 6.00 pm kami bertolak dari Puduraya
ke Kuala Lipis (aku kira balik kampunglah ni) kira-kira pukul 10.30 pm
maka sampailah ke destinasi yang di tujuh....cewahhh. Member aku yang tiga
orang tu tak habis-habis tanya bila nak sampai...dah tu komplain pulak
jalan tak lurus. Sesampai je kat Kuala Lipis tempat pertama yang kami tuju
tak lain ialah gerai makan..lapar sangat la ni. lepas tu baru la talipon
hotel...aku sebenarnya tak tau hotel tu (nama aje orang Lipis). Nasib baik
staff hotel tu tunggu kita orang di stesen bas.  
 Sampai di bilik hotel buat apa lagi mandi
laaa...lepastu tidur (hehehe...pukul 1.30 am baru tidur) 
 | 
| 1hb Ogos, 1998- Bermulalah perjalanan kami..hehehe...sebelum
pergi tu breakfast dululah kat Kuala Lipis (harap-harap jumpa Siti Norhaliza...tapi
tak ada rezeki kot). Lepas siap urusan dengan pihak agen pelancongan...kamipun
bertolak ke stesen keretapi. Kira-kira pukul 8.00 am kami naik keretapi
menuju ke Perhentian Batu Sembilan. Kemudian kami menaiki bot menyusuri
Sungai Jelai seterusnya ke Sungai Kenong. Pehhh..ok jugak naik bot nih
dapat juga merasai keseronokannya. 
 | 
|  Sungai Jelai yang tenang lagi indah
Awas: Air yang tenang jangan disangka
tiada buaya | 
|  Para peserta ekspedisi menaiki bot dengan
memakai jaket keselamatan | 
| Entah pukul berapa..kamipun sampai di
jetty Kampung Dusun (aku agak aje)..sesampai je di jetty tu..kami jumpa
motosikal cowboy(?)..kalau ada JPJ entah berapa agaknye saman tuan punya
motor tu dapat. Sementara menunggu kumpulan kedua sampai sempat gak kami
bergambar. Ada juga orang yang berkenan nak bergambar dengan motor cowboy
tuh. 
 | 
|  Para peserta ekspedisi yang ensem
(dari kanan Yanti, Ella, Rosli &
aku) | 
| Agak-agaknya dalam pukul 10 am kamipun
meneruskan perjalanan yang makin mencabar ini (cewahhh). Kami masuk kampung,
keluar kampung, daki bukit, turun bukit....redah longkang...heheheh. Maka
sampailah kami di satu tempat yang dinamakan Batu Hampar....hmmm dekat
situ ada sungai, ada air, ada ikan, ada pokok dan macam-macamlah. Yang
bestnye air sungainye uihhh sejuk..-5oC (boleh percaya ke nih-termometer
rosak kot)..tapi yang pentingnya sejuklah. Berehat sekejap dekat situ sambil
makan keropok dengan kacang ok jugak...lapar katakan. Kemudian kami di
beri peluang untuk mendayung sampan menyusuri Sungai Kenong...masuk kedalam
gua kira lalu sungai bawah tanah...seram gaks. Mana taknye dah le sampan
cuma untuk tiga orang dah tu saiznya kecil, kalau dah masuk tu lagi 2-3
cm lagi air boleh masuk dalam sampan. Ada le member tu dari dia masuk sampan
hinggalah balik semua sikitpun tak bergerak...takut agaknye (tak tau berenang
kot?)...dah la tuh banyak sangat pikir benda lain..godzilla lah..anaconda
laa..alligator la. Hehehe..nasib baik dia selamat sampai. 
 | 
|  Salah seorang peserta dengan khusuknya
berdayung...
(cam pro jerr..tapi dalam hati hehehe...) | 
| Lepas siap semua berdayung kami berjalan
kaki lagi..uih mau haus tapak kasut camni..nasib baik aku pakai kasut tapak
traktor. Masuk lagi dalam semak keluar semak, masuk hutan keluar hutan...lepastu
jumpa lah tempat pertapan (Gua laaa...). Banyanye gua kita orang keluar
masuk.  Gua batu Telahup...hehehe
merangkap sebab tak nak kasut basah. Gua Batu Tangkup...lebih kurang Batu
Belah Batu Betangkup. Gua Batu Tinggi...hishh semuanya gua batu. Dekat
gua ni kita boleh lihat formasi gua akibat tindakbalasnya dengan air....alaaa
aku malah cerita kat sini laa...kalau nak tau semua buka balik buku geografi
tingkatan tiga. Sayangnya semua gambar di gua tak jadi..cameraman tak pro...lain
kali kalau nak pergi lagi kena la bawak professional cameraman baru le
puas ati. 
 | 
|  Tempat bertapa
Inilah guanya..tapi gua ni kalau tak
silap saya Gua Hijau.
Kitaorang pergi ke sini petang | 
| Mmm...agak-agak pukul 2.00 pm, sampailah
kitaorang ke Chalet...penat tak terkira. Rehat kejap sambil menanti makan
tengahari siap...mak oii!! tengahari tu kitaorang makan nasi lauk sardin
goreng dengan sayur goreng..ok jugak..dah lapar semua benda sedap. 
 | 
|  Chelet tempat beradu
Di bawahnya tempat makan dan bersembang | 
| Lepas jer makan, rehat dua tiga minit
terus pegi mandi...mana lagi kat sungai lah. Airnya tak le dalam mana...sesuai
laa untuk yang baru nak belajar berenang...lama juga laa mandi sampai kecut.
Maklumlah kat KL masa tu air kena catu..so kena mandi puas-puas la..qada
hari-hari yang tak mandi....hehehehe. Lepas je mandi, rehat kejap kita orang
pegi laks mendaki gua...hehehe..75o condongya, dah tu ada yang
sampai 90o..berani kee!!! Berani laa..nasib baik tak ramai yang
ikut...kalau tidak mahunya 5-6 jam baru sampai. Mula-mula panjat batu yang
tajam cuma berpaut pada batu dan akar-akar kayu...pehhh mencabar oii...lepas
tuh masuk dalam gua...mak oii gelapnya...keluar gua masuk gua (malah cerita
lelebih karang penat korang baca). Ada satu gua tu aku tak leh masuk lelama..bau
tahi gagak busuknya sampai nak muntah. Tapi dalam gua tu macam-macam boleh
kita lihat (walaupun gelap) pelbagai bentuk batu yang ada...batu bersanding
pun ada. 
 Balik jer dari gua hari pun dah nak gelap,
tak banyak boleh buat...sambil menanti makan malam buat apa lagi sembang
laa..lepas tu makan...lepas tu sembang balik. Sedar-sedar dah pukul 11
pm...chelet yang lain semua dah gelap...apalagi tidur laa...esok kena jalan
jauh. Malam tu sepatutnya kami sepatutnya ikut night walk tapi tak, nak
rehat kononnya....esok kena jalan kaki 40km. 
 | 
|  Sabar menanti....makan malam
Lapar sangat la tuh. | 
| 2hb Ogos, 1998- Uwarghhhhhhhhh....dah pukul 6.30 am...dah
bangun la tuh, aku buka pintu chelet luas-luas...hehehe sejuknya. Mandipun
rasanya malas..punya la sejuk... lepas tu buat la apa yang patut...sarapan
dah siap...apa lagi makan le. Dalam pukul 8.30 am kamipun memulakan perjalan
yang jauh lagi memenatkan...kalau tau jauhnya dan susahnya nak pergi ada
agaknya yang tak ikut. Tapi di situ ada air terjun.... Itulah antara matlamat kami nak pegi sana...jauh
pun pergi jugak. 
 | 
|  matlamat utama | 
| Macam-macam kami jumpa dan tempuhi dalam
perjalanan menuju ke matlamat yang utama (hehehe...ok ker bahasa camni).
Jeng jeng jeng... semasa perjalanan
kami adalah kami jumpa hasil karya gajah yang melawat ke kawasan tersebut.
Mengikut tourist guide kami gajah tersebut baru sebulan meningalkan kawasan
tersebut...katanya lagi gajah itu merantau mencari makan di sekitar kawasan
Kenong Rimba Park dan Taman Negara...luas juga kawasan gajah ni mencari
makan. Rupa hasil karya tuh bulat...sebesar bola takraw, hitam la kot yang
peliknya tak de bau..dah garing la tuh. 
 | 
|  Berehat sebentar..jauh lagi laa | 
| Lepas turun naik bukit...redah sungai....saat-saat
yang di tunggu oleh Rosli telah tiba..jeng..jeng..jeng. Jumpa Orang
Asli.... sekeluarga ada
empat orang...keluarga Tok Batin..dengan isteri dan dua orang anak. Ada
anak dara rupanya tok batin ni. Anak
daranya mengkagumkan ..kalau tak caya tanya Rosli..sehingga tak kelip mata
memandangnya...hehehe. Cerita lebih pun tak guna laaa... 
 | 
|  Penatnya aku...dah la tuh...habis kaki
melecet | 
| Hmmm...dalam pukul 12.00 tengahari kamipun
sampailah ke kawasan air terjun..dari jauh dah dengar derumannya...tu yang
membuatkan semangat bertambah...kalau nak ikut penat badan...tak larat
dah. Sesampai jer terus cari tempat parking...fuhhh lega dapat rehat. Sambil
makan bekalan...boleh pulak tangkap ikan kat situ. Jinaknya ikan kat situ...sampai
boleh tangkap dengan tangan...guna plastik bekalan laaa. Banyak jugak hasil
tangkapan. 
 | 
|  Rosli dengan ikannya | 
| Lepas makan apa lagi mandi laaa...fuhhh
segarnya...nak ceritapun susah. Kalau nak tau jugak patut korang pegi kat
situ. Mandi..mandi...mandi sampai sejuk. Akula yang paling lama bertahan
dalam kesejukkan air terjun tuh. 
 | 
|  Oiiii sudah laa tuh...karang demam | 
| Alamak...diaorang dah nak balik dah...patut
pun kena balik karang tak pasal-pasl kena bermalam dalam hutan. Jalan balik
sama dengan jalan nak pergi..tapi ok sikit sebab turun bukit.. Sesampai
jer dekat chelet hujan dah mula turun...hmmm nasib baik kalau tidak basah
lerr. Petang tuh kita orang mandi air hujan jer...nak pegi bilik air malas
jauh tuh..gelap lagi. Kira ok jugak...lama dah rasanya tak mandi air hujan...masa
kecik-kecik dulu adala mandi air hujan. 
 | 
| Malam tuh selepas makan malam kitaorang
sembangla pasal pengalaman.. terutama sekali pasal jumpa Orang Asli. Kalau
nak tau pasal apa tu kena tanya Rosli. Hehehe..."Woooii boleh tolong senyap
sikit "...orang chelet sebelah tegur. Alamak..orang lain semua dah tidur
laa.. 
 | 
| 3hb Ogos, 1998- Uwarghhhhhhhhh....bangun, bangun karang
kena tinggal keretapi. Pagi tu kita orang bangun dengan penuh ceria. heheheeh.
Terasa sedih juga nak  meninggalkan Taman Rimba ini yang penuh kedamaian
(hehehe). 
 | 
|  Aku, Rosli dan Abang Zambri (tourist guide) | 
| Lepas sarapan, kira-kira pukul 8.30 kami
mula bertolak untuk balik. Rupanya jalan balik tak sejauh dengan jalan
pergi. Satu peristiwa yang agak mencemaskan apabila kami ken kejar dengan
anak kerbau...suspen ooo. Saya yang ber ada di belakang sekali (untuk menjaga
keselamatan orang kat depan) mula sekali perasan ada sesuatu yang mengekori.
Tengok belakang rupanya anak kerbau sedang belari ke arah kami, saya apa
lagi lari lah. Kemudian semua ikut lari..Nasib kami baik keadaan dapat
ditenteramkan dengan bantuan guide kami. 
 | 
| Selepas berjalan kaki kami menaiki bot
menujuk ke Perhentian Keretapi Batu Sembilan. Sempat juga kami merasa durian
disana...tapi sayang waktu itu baru permulaan musim  durian...kalau
tidak...hmmm. Tapi yang lebih peliknya, adalah seorang di antara kami yang
elergik dengan durian..siap lari apabila kami kejar dia dengan kulit durian...hehehe. 
 | 
| Sesampai di Kuala Lipis kami  mandi
lebih kurang, lepas tu makan tengahari..pukul dua petang diaorang berangkat
pulang ke Kuala Lumpur. Aku...tak balik lagi..sambung cuti lagi kat kampung. 
 | 
| Terima kasih kepada pihak pengurusan Pan
Holiday Travel & Tours, Pesona Rimba Resort, Pan Holidays Hotel, En
Zamri (Tour guide kami), Guide Kenong Rimba Park, Pakcik jual durian, makcik
kedai dan ramai lagi...yang menambahkan lagi keceriaan kami di Kenong Rimba
Park. Tak lupa kepada pesaing kami...kumpulan pelancong dari Petaling Jaya
dengan ucapan...ma'afkan kami kerana kami sentiasa mendahului...hehehe
(jangan marah). Terima kasih. 
 | 
| Kesimpulan Hmm...korang semua simpul lee sendiri dah
penat aku menaip nih...dah tu asyik illigel jer..berapa kali kena taip
semula. Kalau tak boleh simpul sendiri, mintak tolong kat Rosli ke, Ela
ker tak pun Yanti diaorang nih pandai menyimpul...hehehe benda yang elok
diaorang simpul sampai tak leh buka. Korang semua paham ke apa yang aku
tulih ni..tak paham, kesian korang. 
 | 
|  |