Suraya
seperti mana kau dan mentari
pengemis ini meminta
serangkaian cahaya
hatimu suraya
Suraya
bentangkan sinaran mu disini
jiwa hati ku gelisah
rindu tiada terhingga
padamu Suraya
kadangkala perkataan hanya*
merunsingkan sahaja
kelu tak berbahasa
hanya lilin hidupku
menyala dan mengapa
berkali ku biarkannya
datang dan pergi
semakin lama
Suraya**
suatu masa dahulu bahagia
walaupun seketika
ku masih bercahaya
dirimu Suraya
Ulang * dan **