PENGENALAN



Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang sepatutnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah.

Mengimarahkan masjid pula adalah tugas yang berkait rapat dengan konsep kejadian manusia untuk melaksanakan amru bil makruf dan nahi mungkar.

Justeru itu, Setiap individu muslim seharusnya menunjukkan iltizam supaya memastikan pengurusan masjid berfungsi sebagai pusat ibadah dan pembangunan ummah.

Pentadbiran dan pengurusan masjid perlulah dikemaskini terutamanya mekanisme yang bercirikan profesionalisme dalam segala tingkah laku pengurusan dan pentadbiran masjid.Ini adalah kerana pembangunan dan kecemerlangan ummah bermula dari sejauhmana berkesannya jentera pelaksana pengurusan masjid.

Untuk menyahut seruan Kerajaan Negeri, maka Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Kedah Darul Aman telah mengambil inisiatif memperbaharui struktur pentadbiran masjid dengan meujudkan biro-biro seperti berikut:

Pentadbiran masjid dilaksanakan mengikut kawalan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Kedah Bil. 9/1/1962 dan perauturan Pegawai Masjid dan Jawatankuasa kariah 1984.

Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman di bawah pimpinan Y.A.B Tan Sri Datuk Seri Sanusi bin Junid telah meletakkan harapan yang tinggi supaya fungsi masjid diperbaharui sejajar dengan slogan "Masjid Sebagai Pusat Aktiviti Masyarakat".

Dengan terbitnya Buku Panduan Pengurusan Masjid ini, yang mengandungi:

Bab 1 - Pentadbiran Masjid
Bab 2 - Pengurusan Kewangan
Bab 3 - Pengurusan Aktiviti Pengimarahan Masjid

Insya-Allah ianya akan menjadi sebahagian dari garis panduan untuk diikuti dan dilaksanakan di dalam pentadbiran kariah.



 || Menu Utama || Pengenalan|| Carta Organisasi || Pegawai Agama || Senarai Kakitangan || Panduan Pengimarahan Masjid ||
|| Senarai Tugas Kakitangan Pejabat || Senarai Masjid Dalam Daerah Baling || Berita Bergambar || Berita Semasa ||
|| Undang-Undang Yang Dipakai || Ruangan Kemusykilan Agama || Borang ||
|| Tandatangan Buku Tetamu|| Lihat Buku Tetamu||