5.SISTEM KAWALAN PERAKAUNAN



Untuk memastikan kesempurnaan rekod dan akaun serta mengelakkan salahguna wang masjid, satu sistem kawalan perakaunan perlulah diamalkan ke atas tunai.

Kawalan ini adalah bertujuan untuk memastikan yang semua wang tunai yang diterima diakaunkan dengan baik dan semua pembayaran-pembayaran yang dibuat disahkan atau dibuat untuk perkara yang sepatutnya.

Sistem kawalan perakaunan ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kawalan penerimaan dan kawalan pembayaran.

5.1 Kawalan Penerimaan

5.1.1 Kawalan penerimaan dibuat dengan pertolongan akaun bank bila akaun semasa digunakan.

Akaun semasa ini amat berguna kerana pada tiap-tiap bulan bank akan mengirimkan penyata bank kepada Bendahari persatuan.Ini membolehkan Juruaudit dan Bendahari menyemak urusniaga -urusniaga penerimaan dan pembayaran tunai dari penyata bank ini dengan buku tunai.

5.1.2 Ianya juga membolehkan kaedah penyemakan ini dilaksanakan dengan sempurna.Semua penerimaan mestilah dimasukkan ke dalam akaun bank.Ia tidak boleh digunakan untuk membuat pembayaran.

Sebelum wang tunai dibankkan ia perlulah direkodkan di dalam buku tunai penerimaan dengan menulis tarikh dan rujukan kepada penerima tersebut.Oleh itu amatlah perlu setiap masjid mempunyai akaun di bank.

5.2 Kawalan Pembayaran

5.2.2 Pembayaran dibuat melalui dua cara iaitu cek dan tabung wang runcit.

5.2.2 Kawalan pembayaran dibuat dengan pertolongan akaun bank dan baucar pembayaran.Penyata bank menunjukkan semua pembayaran-pembayaran yang dibuat menggunakan cek melalui bank.Ini membolehkan Bendahari dan Juruaudit menyemak urusniaga-urusniaga pembayaran yang dibuat dengan cukuup pembayaran. Baucar pembayaran digunakan sebagai rujukan bukti untuk tiap-tiap urusniaga pembayaran yang dilakukan.

Pembayaran ini mestilah disahkan oleh Pengerusi dan Bendahari.Ia juga perlu ditandatangani oleh si penerima. Bil-bil atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan baucar pembayaran hendaklah dikepilkan bersama. Cek hanya boleh dikeluarkan setelah baucar-baucar disahkan dan bil-bil yang berkaitan disertakan.

5.2.3 Pembayaran Dengan Cek

Akaun semasa biasabya mestilah ditandatangani oleh dua orang ahli jawatankuasa.Biasanya dua orang penandatangan ialah Bendahari dan Pengerusi atau Setiausaha.Dengan adanya keperluan dua tandatangan ini kawalan wujud dari segi pengeluaran wang kerana dua orang ahli jawatankuasa akan terlibat untuk tiap-tiap pembayaran.Ini mengurangkan kemungkinan salah guna wang.

5.2.4 Pembayaran Secara Tunai Melalui Tabung Wang Runcit

Untuk pembayaran-pembayaran kecil yang kurang daripada RM10.00 tiap-tiap satu misalnya adalah tidak ekonomikal untuk menggunakan cek.Jadi kita perlu menubuhkan satu tabung yang dipanggil wang runcit.Tabung wang runcit sebenarnya adalah sebahagian dari tunai di bank. Bezanya wang tabung runcit ini dipegang oleh Bendahari atau ahli-ahli jawatankuasa tertentu dan bukannya dalam bank.Wang pusingan dalam tabung ini adalah hanya dibenarkan sebanyak RM100.00 menurut Peraturan Pegawai-pegawai Masjid Tahun 1967 dan Peraturan jawatankuasa Kariah Tahun 1984 Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1962 no. 151.1 Apa yang berlaku ialah Bendahari memindahkan sebahagian dari baki tunai di bank menjadi baki tunai di tangan di dalam tabung dana runcit.Wang ini iailah untu penampung belanja-belanja runcit.

Satu jumlah tertentu ditetapkan untuk baki wang dalam tabung wang.Jadi pada setiap masa baki tabung ini tidak boleh melebihi RM100.00.

Semua pembayaran-pembayaran mestilah dibuat dengan baucar dana runcit yang perlu disahkan oleh seorang ahli jawatankuasa khas dan Bendahari.Baucar-baucar ini akan disimpan dalam tabung sebagai sebahagian dari baki tunbai dalam tabung.Jumlah perbelanjaan dalam baucar dicampur dalam baki tunai dalam tangan mestilah bersamaan dengan RM100.00 Bila wang tunai telah hampir habis semua baucar-baucar dana runcit bayaran baucar-baucar dana runcityang telah dibayar di atas akan digunakan oleh Bendahari untuk ditukar dengan wang tunai.Cek akan disediakan bersamaan dengan jumlah nilai baucar-baucar tadi.Ia akan dikepilkan bersama-sama baucar pembayaran dan ditandakan sudah dibayar.Kemudian ia disimpan sebagai sebahagian dari dokumen-dokumen pembayaran dibuku tunai.

5.3 Penyelarasan Bank

Di akhir tiap-tiap bulan,rekod penerimaan untuk sesuatu bulan dan pembayaran mestilah dibandingkan dengan penyata bank.Rekod penerimaan untuk sesuatu bulan sepatutnya mengandungi item-item yang sama seperti yang terkandung di dalam bahagian kredit (wang masuk) pada penyata bank. Bahagian pembayaran akaun tunai pada tiap-tiap bulan pula sepatutnya sama dengan bahagian debit (wang keluar) pada penyata bank.Begitu juga dengan baki akhir tunai pada penyata bank.Ia nestilah sama dengan baki tunai akhir pada rekod tunai kita tadi.

Perbandingan kedua-dua penyata dan akaun ini membolehkan kita menyemak ketepatan rekod perakaunan kita dari bulan ke bulan dan membaikinya bila perlu.

Ada kemungkinan yang item-item dan baki-baki pada penyata bank tidak sama dengan baki pada buku tunai kita.Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut;

5.3.1 Perbezaan item-item pada bahagian debit penyata bank dengan bahagian pembayaran pada akaun tunai.

5.3.2 Perbezaan item-item pada bahagian kredit penyata bank dengan bahagian penerimaan pada akaun tunai.

Penyelarasan-penyelarasan perlulah dibuat untuk menyesuaikan baki akaun tunai kita dengan baki tunai di bank. Misalnya belanja-belanja bank harus direkodkan ke dalam akaun kita sebagai pembayaran.



  || Menu Utama || Pengenalan || Carta Organisasi|| Pegawai Agama || Senarai Kakitangan || Panduan Pengimarahan Masjid ||
|| Senarai Tugas Kakitangan Pejabat || Senarai Masjid Dalam Daerah Baling || Berita Bergambar || Berita Semasa ||
|| Undang-Undang Yang Dipakai || Ruangan Kemusykilan || Borang ||
|| Tandatangan Buku Tetamu || Lihat Buku Tetamu ||