TITAH PERUTUSAN DYMM TUANKU SULTAN



Alhamdulillah, Beta bersyukur kehadrat Allah Subnanahu Wataala yang telah menganugerahkan nikmat kepada Beta dan rakyat Beta di seluruh pelusuk Negeri. Beta sentiasa mengikuti dengan penuh minat perkembangan dan pencapaian dari masa ke semasa yang berkaitan dengan institusi masjid di negeri ini khususnya.

Justeru itu penerbitan Buku panduan perlaksanaan pengurusan Aktiviti Pengimarahan masjid Negeri Kedah Darul Aman ini, Beta harapkan akan benar-benar berfungsi sebagai obor yang menyinarkan cahaya kepada jentera pentadbiran masjid khususnya.



Kepada pentadbir-pentadbir masjid dan semua umat Islam di negeri ini, Beta berharap agar dapat menterjemahkan kandungan buku ini sebaik mungkin supaya matlamat penerbitan buku ini untuk dijadikan panduan pengurusan masjid akan tercapai.


Beta berkeyakinan, penerbitan buku ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Kegeri Kedah Darul Aman untuk memperkemaskan peranan institusi masjid bagi menerajui arus kemajuan pemikiran umat Islam dalam era zaman yang berasaskan kepada teknologi maklumat.

Beta berdoa, semoga usaha murni ini akan mendapat kejayaan dari allah Subhanahu Wataala.

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN ALMU`TASIMU BILLAHI MUHIBUDDIN TUANKU AL HAJ ABDUL HALIM MU`ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, DK., DKH., DKM., DUK., DK.,(Kelantan), DK.(Pahang),DK.(Selangor),DK.(Perlis),DK.(Negeri Sembilan),DK. (Johor),DK.(Terengganu),DK.(Perak),DP.(Serawak),DUNM.,SPMk., SSDK.,DHMS. SULTAN NEGERI KEDAH DARULAMAN


Menu Utama || Pengenalan || Carta Organisasi|| Pegawai Agama || Senarai Kakitangan Pejabat || Panduan Pengimarahan ||
|| Senarai Tugas Kakitangan || Senarai Masjid Dalam Daerah || Berita Bergambar || Berita Semasa ||
|| Undang-Undang Yang Dipakai || Soal Jawab Agama || Borang ||
|| Tandatangan Buku Tetamu || Lihat Buku Tetamu ||