PENGURUSAN SEMPURNA DAN PENYELENGGARAAN MASJID/KARIAH

Menurut Peraturan-peraturan Jawatankuasa Kariah Tahun 1984 menyatakan :
Perkara 8- Jawatankuasa Bersama Pegawai Masjid,

  1. Hendaklah memberitahu kepada Majlis apabila didapati ada kekosongan atau dijangka akan menjadi kosong jawatan Pegawai Masjid dalam kariah dan hendaklah mengesyorkan nama-nama calon untuk mengisi kekosongan ini.

  2. Bertanggungjawab menyelenggara dan menjaga kesempurnaan dan kebersihan masjid, surau dan harta-harta wakaf masjid di dalam kariah masjid itu.

  3. Merancang dan menjalankan kegiatan-kegiatan yang difikirkan berfaedah, kepada masjid seperti mendirikan TASKA, Kelas Bimbingan dan lain-lain, dengan terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis bolehlah mengutip derma Khairat untuk masjid, surau- surau, TASKA dan Kelas Bimbingan dan lain-lain.

  4. Hendaklah bertanggungjawab tentang tanah-tanah wakaf dan kubur-kubur orang Islam di dalam kariah masjid serta menyelia penyelenggaraan penjagaan dan kebersihan.

  5. Hendaklah melarang dan mengambil tindakan memberhentikan sebarang pemindahan di atas tanah-tanah wakaf dan kubur-kubur melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada majlis, dan

  6. Hendaklah memberitahu kepada Majlis apa-apa perbuatan yang melanggar undang- undang yang dilakukan di atas tanah-tanah wakaf atau kubur.



Memberi Maklumat Kepada Majlis Di Atas Perkara-perkara Yang Menghendaki Perhatian Majlis - Perkara 9

  1. Hendaklah jawatankusa memberitahu kepada Majlis apa-apa salahlaku atau apa-apa pelanggaran peraturan atau arahan Majlis yang dilakukan oleh seseorang Pegawai Masjid dan hendaklah memberi maklumat serta surat mengenai perkara-perkara itu.

  2. Hendaklah jawatankuasa menyampaikan maklumat dengan segera kepada Kadi Daerah berkenaan apa-apa kejadian yang melanggar undang-undang Islam.

  3. Hendaklah jawatankuasa memberitahu dengan segera kepada Majlis dan segala perkara yang berbangkit di dalam kariah masjid yang menghendaki perhatian segera dari Majlis.

Arahan Majlis - Perkara 10

  1. Hendaklah jawatankuasa melaksanakan atau membantu pelaksanaan mana-mana arahan yang diberi oleh Majlis.
Mesyuarat-mesyuarat - Perkara 11

  1. Mesyuarat jawatankuasa hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiap-tiap 3 bulan.

  2. Sesuatu mesyuarat itu hendaklah diadakan atas arahan pengerusi.

  3. Pengerusi boleh mengadakan sesuatu mesyuarat pada bila-bila masa yang difikirkan patut, dan hendaklah diadakan sesuatu mesyuarat atas permintaan daripada sekurang- kurangnya 3 orang ahli jawatankuasa atau 10 orang anak kariah.

  4. Jika pengerusi tidak hadir makan hendaklah timbalan pengerusi mengetuai mesyuarat jawatankuasa itu.

  5. Korum bagi mesyuarat jawatankuasa ialah 5 orang termasuk pengerusi dan bagi mesyuarat anak kariah ialah 11 orang termasuk pengerusi.

  6. Segala perkara-perkara yang dicadangkan untuk mendapat keputusan dalam mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu hendaklah diputuskan dengan undi terbanyak daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi.

  7. Jika di dalam mana-mana perkara didapati undi itu sama banyak maka pengerusi berhak memberi undi pemutus.

  8. Setiausaha hendaklah menyimpan butir-butir tiap-tiap sesuatu jawatankuasa itu dan hendaklah menghantarkan salinan butir-butir mesyuarat serta penyata kewangan yang tersebut kepada Yang DiPertua tidak lewat daripada 15 hari selepas tiap-tiap mesyuarat itu.

  9. Seorang ahli jawatankuasa yang tidak hadir selama 3 kali berturut-turut di dalam mesyuarat jawatankuasa dengan tidak memberi sebab yang memuaskan atau yang telah dibenarkan oleh Pengerusi, maka ia adalah dianggap lucut daripada menjadi ahli jawatankuasa.


     || Menu Utama || Pengenalan || Carta Organisasi|| Pegawai Agama || Senarai Kakitangan Pejabat || Panduan Pengimarahan ||
    || Senarai Tugas Kakitangan || Senarai Masjid Dalam Daerah || Berita Bergambar || Berita Semasa ||
    || Undang-Undang Yang Dipakai || Soal Jawab Agama || Borang ||
    || Tandatangan Buku Tetamu || Lihat Buku Tetamu ||