SEPATAH KATA DATO` YDP MAJLIS AGAMA ISLAM


Alhamdulillah saya bersyukur kehadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana Majlis Agama Islam Kedah Darul Aman telah berjaya menerbitkan sebuah buku iaitu "Buku Panduan Perlaksanaan Pengurusan Aktiviti Pengimarah Masjid Negeri Kedah Darul Aman".

Antara isi kandungan yang dibentangkan ialah berkaitan panduan perlaksanaan pengurusan pentadbiran kariah, pengurusan kewangan dan aktiviti pengimarahan masjid.

Saya bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman mengharapkan supaya buku ini dapat dimanfaatkan sebagai garis panduan terutamanya oleh pihak Jawatankuasa Kariah,Pegawai-Pegawai Masjid dan individu-individu yang bertanggungjawab dengan pengurusan institusi masjid.

Oleh itu saya berdoa dan berharap agar buku ini dapat diterima sebagai panduan yang praktikal dan pemankin menjadi dorongan kepada semua pihak ke arah memperluaskan dan memantapkan peranan institusi masjid sebagai pusat aktiviti masyarakat.

Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pengarang-pengarang, Majlis Agama Islam Melaka yang telah memberi kebenaran mengambil sebahagian kandungan dari Buku Pengantar Sains Pengurusan Masjid seterusnya individu-individu yang terlibat di dalam menjayakan penerbitan buku ini.

Sekian terima kasih.

Wassalam

DATO' SYEIKH ABD. HALIM BIN DATO' HAJI ABD. RAHMAN. DSDK., BCK.,
Yang Dipertua,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam,
Negeri Kedah Darul Aman.



 || Menu Utama || Pengenalan || Carta Organisasi|| Pegawai Agama || Senarai Kakitangan Pejabat || Panduan Pengimarahan ||
|| Senarai Tugas Kakitangan || Senarai Masjid Dalam Daerah || Berita Bergambar || Berita Semasa ||
|| Undang-Undang Yang Dipakai || Soal Jawab Agama || Borang ||
|| Tandatangan Buku Tetamu || Lihat Buku Tetamu ||