AKTIVITI 1;
teknik menguatkan memori
i. Cuba mengingat sesuatu semasa kita masih
segar. Jangan cuba mengingat semasa kita penat
atau letih
Bahagikan masa belajar kepada
beberapa sessi yang singkat.
(20-25 minit
setiap sessi). Di antara sessi yang singkat kita
rehat
sekitar 3 minit.
2. Contoh vitamin untuk menguatkan memori.
Vitamin B1,B2,B5
Membantu sel otak mengeluarkan tenaga
Vitamin B3
Membantu konsentrasi.
Membantu mengeluarkan tenaga.
Vitamin B1
Mencegah
penyakit anemia yang boleh menyebabkan letih dan hilang tumpuan.
3. Amalkan teknik mengingat seperti
berikut;
1. Gunakan soalan;
Siapa? Apa? Mengapa? Dimana? Bila? Bagaimana
2. Kaitkan dengan cerita
3. Tampal poster di dinding.
4. Pemerihalan bergamba
5. Bentuk akronim
6. Pecahkan secara logik.
7. Gunakan peta mind
8. Gunakan gambar rajah.
9. Gunakan ulangan.
4. Amalkan tatacara makan dan minum yang sihat.
a. Buah- buahan hendaklah dimakan semasa perit kosong iaitu di waktu pagi atau
30 minit sebelum makan kerana masa penghazaman buah-buahan adalah singkat.
b. Amalkan minum sebelum makan dan jangan minum lagi semasa makan atau
selepas makan melainkan jika perlu.
c.
Jangan minum sekali teguk. Minumlah seperti makan iaitu sekali teguk dan jangan
terus telan air. Biarkan air ada di dalam mulut bila dapat bernafas 3 kali sebelum
telan air .
d. pilih air distil sebagai air minuman harian kerana ia tidak
mengandungi klorin dan bahan-bahan organik.
e. jauhi makanan dan minuman yang ada
pewarna,perasa,pengawet,dan kurangkan minuman yang bergas. f. Kurangkan
pengambilan barang yang diproses seperti gula,garam,tepung,dan lain-lain
g. Kurangkan makan dua
jenis protein dalam satu hidangan seperti susu dengan daging atau ikan dengan daging dan
lain-la
h. Jangan makan terlampau kenyang
i. Jangan makan terlampau cepat. Kunyahlah dengan sempurna antara
25-40 kali
j. Banyakkan minum air buah-buahan seperti air
timun,lobak,sengkuang merah atau madu mentah, Kurangkan minun air teh dan kopi.
k. Banyakkan makan
kacang,kismis,buah kurma,buah tin dan sebagainya
l. Elakkan memakan bahan makanan yang makruh seperti;
* kepala (ikan,udang,kambing,lembu dan sebagainya).
* bahan dalaman (hati,limpa,jantung,paru,perut dan
sebagainya).
*
makanan basah yang tercemar oleh
semut.
*
belacan, budu, cencaluk, dan makanan lain yang sejenis.
AKTIVITI 2
PETUA MENGULANGKAJI
Petua mengulangkaji yang cemerlang mempunyai 2 fasa;
persediaan dan kaedah
mengulangkaji.
Persediaan
;
1) Cari tempat yang tenang dan serasi dgn jiwa kita.
Suasana yang tenang akan membantu pengingatan.
2) Siapkan semua bekalan dengan
sempurna. Ini termasuklah buku-buku, alat tulis, air minuman,dan sebagainya.
3) Duduk tegak atas kerusi dengan selesa. Ini dapat membantu pernafasan
dan seterusnya membantu konsentrasi.
4) Baca doa penerang hati. Kefahaman dan pengingatan adalah rahmat
daripada ALLAH
Kaedah mengulangkaji
1) Baca buku atau nota mengikut teknik yang betul.
2) Fikir dan ingat kembali isi utama bahan yang telah dibaca.
Langkah ini akan membantu "pendaftaran" maklumat dalam sel memori.
3) Catat atau lakar untuk membina PETA MINDA. (PM)
4) Semak semula ketepatan maklumat PM dengan merujuk semulabuku dan nota.
5) Ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
6) Buat rumusan atau nemonik untuk membantu
pengingatan.
7) Cuba jawab soalan peperiksaan yang lepas atau soalan
dalam buku.
8) Tampal
peta minda atau maklumat yang rumit di dinding.
9) Baca doa tanda kesyukuran kerana dapat belajar dengan cemerlang.
AKTIVITI
PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAA
1)
Persediaan peperiksaan yang berkesan ialah dengan menjalankan 70% pembelajaran
outtput
2) Sentiasa bayangkan kita
dapat menjawab soalan dengan cemerlang semasa peperiksaan.
3) Terima hakikat
bahawa peperiksaan adalah sesuatu yang perlu dan tidak dapat di elakkan
4) Sentiasa berdoa untuk terang
hati, kuat memori, dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.