info.jpg (26255 bytes)

   KOMET LEBIH KUAT DARIPADA BOM ATOM  
PADA 30 Jun 1908, komet yang beratnya satu juta tan jatuh di tengah-tengah Siberia, Rusia.  Ledakannya 1,500 kali lebih kuat daripada bom atom yang di gugurkan Amerika ketika menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki di Jepun semasa Perang Dunia Kedua tahun 1945.  Setahun selepas ledakkan di Siberia itu, seluas 2000 kilometer kawasan hutan menjadi padang jarak padang terkukur.

   
    TIKUS LEBIH BANYAK DARIPADA MANUSIA
DI INDIA bilangan tikus di anggarkan lebih lima bilion - enam kali ganda melebihi penduduknya.  Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian negara itu menunjukkan hampir 11 juta tan hasil pertanian musnah setiap tahun.   Pelbagai cara di lakukan, namun keadaan tidak berubah.  Sikap dan cara hidup sebahagian besar penduduk  India sendiri membantu pembiakan itu secara tidak langsung.

     JAMBATAN GANTUNG TERPANJANG
JAMBATAN gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang didunia.  Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengahnya bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu dibawahnya.  Belanja membina jambatan itu jauh lebih murah daripada membuat terowong di bawah laut.  Jambatan itu turut menjadi tarikan pelancong.

     LAUTAN PASIFIK JADI PADANG PASIR?
TERUMBU karang paling indah berada di perairan negara-negara Asia.  Menurut pengkaji antarabangsa,kebanyakkan daripada keindahan itu kian musnah akibat tindak-tanduk manusia.  Kawasan Asia Tenggara dan lantai Lautan Pasifik bukan mustahil akan menjadi padang pasir jika tiada tindakan menyelamat diambil.   Pencemaran laut, perlombongan dan pembalakan tidak terancang menjadi punca utama dasar laut rebak menghasilkan hakisan yang membunuh terumbu karang itu.  Setakat ini paling teruk terjejas ialah perairan Indonesia dan Filipina.

      ANDAINYA AIR BATU DUNIA CAIR...............
ANDAI kesemua bungkah air batu- dianggarkan 23 juta kilometer padu- di dunia cair pada satu ketika, kandungan air lautan meningkat sebanyak 1.7 peratus.  Peningkatan yang sedikit itu bagaimanapun menaikkan paras air sehingga 60 meter daripada yang ada sekarang.  Jika ini berlaku, sebahagian besar tanah daratan di dunia akan berubah menjadi lautan.

.     ENJIN KERETA DARI PLASTIK
PLASTIK akan dijadikan komponen enjin kereta pada masa akan datang.  Sebuah firma Kanada mendakwa enjin daripada plastik lebih tahan lama dan lebih baik.  Di Amerika, kereta lumba keluaran negaraitu banyak menggunakan bahan berkenaan terutama untuk gegelang piston, penyambung batang gear dan lain-lain.   Saintis juga menguji penggunaan bahan itu kepada kereta berenjin diesel dan ternyata lebih baik-  di mana ia tidak memerlukan sistem penyejuk seperti kereta lain.

                                       backclr.gif (6135 bytes)bunga1.jpg (3268 bytes)nextclr.gif (6076 bytes)

                   flurline.gif (1468 bytes)