KEPADA SEMUA YANG BERHORMAT AHLI PARLIMEN YANG SEDANG BERSIDANG
 

Per : Usul Undi Tidak Percaya Kepada Dato Sri Mahadir Pada Sidang Yang Sedang Berjalan.

Merujuk kepada perkara diatas, saya dan bagi pihak rakyat ingin mengemukan  satu usul cadangan agar pihak dewan  dapat mengusulkan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri Kita pada sidang ini. Saya rasa inilah cara terbaik dan mengikut undang-undang yang dibenarkan untuk menyelamatkan negara dan rakyat supaya keadaan negara kita akan dapat menjadi aman semula.

Disini saya tidak nampak perubahan akan berlaku selagi Dato Sri kita tidak meletak jawatan atau berundur dari semua jawatan. Ini kerana yang memerintah negara hari ini bukanlah kerajaan rakyat tetapi kerajaan Dr. Dato Sri Mahadir dan kroni-kroninya. Hari ini penentangan yang dibuat oleh rakyat bukan dituju kepada kerajaan tetapi ianya dituju khas kepada Perdana Menteri dan kroni-kroninya sahaja. Oleh kerana hendak mempertahankan beliau dan kroni-kroninya maka yang menjadi mangsa dan korban adalah rakyat dan pihak polis yang menunggu arahan.

Oleh itu, saya harap semua ahli majlis dewan yang dilantik oleh rakyat tidak boleh berdiam diri dengan memikirkan kepentingan diri sahaja (Tak tahulah kot..kot sekarang dok kira berapa harta dan bila nak naik jadi menteri ke atau TPM atau PM). Mereka hendaklah berbincang dan membuat keputusan yang cepat, ini kerana kemarahan rakyat semangkin tinggi dan saya khuatir kuasa mutlat yang ada pada PM akan digunakan untuk mengorbankan rakyat yang akan memilik tuan-tuan nanti. Apakah tuan-tuan semua sanggup melihat kehancuran dan kebinasaan dahulu baru hendaklah mengambil keputusan. Saya rasa ianya sudah terlambat. Kita tahu PM bukanlah seorang yang boleh diberi pandangan dan teguran kerana ia memikirkan yang dia seorang sahaja yang pandai memerintah dinegara dan dunia ini pada masa ini. Ini samalah semasa Firau dahulu yang sudah dianggap seperti Tuhan.

Disini kita dapat lihat bahawa semua jabatan yang berkuasa seoleh-olah tidak ada kuasa yang adil untuk bertindak kerana semuanya dibawa arahan PM sama ada secara langsung atau tidak. Disini cubalah kita lihat dan kaji dengan secara yang terbaik. Apakah sekiranya Dato Sri berundur nanti rakyat tidak boleh hidup ? Adakah rakyat akan menjadi miskim ?. Kalau hal yang sedimikian saya rasa semua ahli majlis dan pegawai-pegawai sekarang tidak layak untuk memegang jawatan yang ada sekarang. Saya rasa negara kita ini banyak lagi orang yang boleh diberi tanggungjawab dan mungkin lebih baik dari Dato Sri.
 
 
 
 
 

Marilah kita mengambil pengajaran dari negara-negara yang telah melalui keadaan ini agar kita dan rakyat sama-sama boleh bangunan dan terus maju kehadapan. Kepada Dato Sri saya harap Dato Sri renunglah sejauh-jauhnya. Kita tahu dan kita hurmati segala usaha yang Dato telah laku selama ini tetapi Dato Sri naik kerana diangkat oleh rakyat dan demi kebaikan dan kehormatan Dato Sri dan keluarga semua saya dan rakyat menyeru kepada Dato Sri supaya tidak angkuh dan sombong pada diri sendiri. Yakinlah sekiranya Dato Sri benar, rakyat pasti akan memilih Dato Sri lagi untuk memimpin TETAPI buat sementara waktu ini berundurlah demi untuk kesejahteraan negara dan rakyat khasnya. Saya rasa sudah cukuplah Dato Sri memerintah selama 17 tahun dan berilah peluang untuk rakyat membuat pilihan yang lain. Ingatlah kita semua akan mati dan sangupkah kita mati dalam hina?
 

Disini Dato Sri ada dua pilihan, iaitu sekiranya Dato Sri lebih sayangkan Negara dan Rakyat pasti Dato Sri akan berundur dengan cara terhormat tetapi kalau Dato Sri sayangkan kepetingan peribdi, keluarga dan kroni-kroni pasti Dato Sri tidak akan berundur. Percayalah……
 

Saya harap sekiranya demo yang akan dibuat pada 23 dan 24/10/98 tidak ada tindakan kekerasan yang zalim seperti mana pada 17/10/98. Diharap pihak berkuasa dapat mengawa demo tersebut dengan persahabat dan bukannya sebagai musuh atau penjenah
 

“KALAU KITA SAYANGKAN NEGARA KITA SANGGUP BERKORBAN DEMI UNTUK KEBAHAGIAN ORANG LAIN”

Sekian, wasalam