JANGAN TERPEDAYA DENGAN POLIS

Ingin dijelaskan disini bahawa satu lakunan semula DSP Aziz semasa soal jawab olih peguan bela dalam prose "turning Over' dan "Nutatralisation" iaitu dengan membuat satu pekikan adalah satu tektik untuk membatalkan satu 'barang bukti yang ditanda dengan ID22'. Barang bukti ini ialah surat pengakuan Azizan dan Umi Alfida bahawa beliau menafikan semula surat fitnah yang telah mereka buat keatas DSA. Apabila disoal balas olih pihak pembela DSP Aziz menceritakan bagaimana proses tangkapan  keatas Azizan dan Umi adalah luar biasa, pelik dan diluar norma-norma kerja biasa. Aziz juga mengatakan beliau telah menjalankan soal siasat dengan berberapa orang pegawainya dengan membawa berbagai watak. Proses soal siasat dijalankan secara kekerasan psiokologi dimana masa yang diambil selama hampir 8 jam dari 11.23 malam 17/8/97 hingga 8.00 pagi   18/8/97 . Catitan: Proses soalsiasat ini telah melanggar peraturan soalsiasat dan peraturan lokap. Aziz juga mengambarkan betapa susahnya mereka untuk "memusingkan semula" dan "meneutralkan" Azizan dan Umi. Mereka mempunyai penderian yang tegas dan konsisten. Jadi untuk mendapatkan pengakuan semual Azizan dan Umi maka pihak Polis telah menggunakan ketakutan (gempaq) keatasnya dengan ancaman ISA dan Akta Hasutan.

Sedarkah kita bahawa cara Aziz membuat pengakuan itu bukan menjadi satu kemudaratan atau membuka pekong didada kapada Polis dan Pendakwa Raya, tetapi satu kemenangan. Pihak Pendawa Raya akan cuba untuk membatalkan atau mahkamah menolok satu barang bukti ID22. Dari segi lojiknya pihak mahkamah akan membatalkan dan tidak menerima pengakuan semula olih Azizan dan Umi (ID22) kerana proses pengakuan ini mengandungi unsur-unsur ugutan, ketakutan, ancaman dan tidak mengikut peraturan undang-undang. Sekiranya ini benar maka dalam perbicaraan DSA keatas tuduhan meliwat, zina, terlibat dengan Shamsidar yang akan dijalankan selepas ini ID22 tidak boleh diterima pakai. Akhirnya yang dikatakan fitnah akan menjadi benar.

Jika diperhatikan pejalanan mahkamah dan penyedian saksi, nampaknya mahkamah ini semacam satu "Perbicaraan Pertunjukan" kapada kanak-kanak sekolah. Semua saksi yang tak penting pun diangkut kemahkamah. Bayangkan jika seorang saksi memakan masa 3 hari kalau 52 orang saksi, berapa bulan baru nak habis, itu pun belum dikira saksi dipanggil balik atau ada pelakun tambahan. Lagi lama Anuar ditahan lagi panjanglah umur orang tua tu. Dan lagi sedaplah Daim pam duit rakyat. Pelek sampaikan jurutaip, tukang buka surat pun dibawa. Pasai apa tak bawa sekali pc (barang kes). Bawalah tukang bawa surat, Posmen, tukang cop stem, kerani pos. Konongnya mahkamah Malaysia telus. Sedangkan perbicaraan Munawar dan Sukma seekor saksi pun tak ada. Kalau tak ada manusia pun yang layak jadi saksi bawalah beruk seekor. Bukankah dalam kenyataan Munawar bahawa beliau dibawa olih DSA dengan keretanya (Datting) dikawasan Bukit Kiara. Kat sana banyak beruk. Adakah pengakuan seseorang boleh diterima pakai di mahkamah tanpa bukti atau saksi sokongan. Peguam Malaysia habis jadi sewel, depa kata kalau macam ni susah cari makan.

Kita jangan terkejut nanti jika surat akuan bersumpah Azizan bertarikh 10/8/98 akan ditolak oleh mahkamah. Mungkin Pesuruhjaya Sumpah Hou kee Heong akan dipanggil dan beliau mengatakan semasa sumpahan dibuat beliau diugut dengan pistol dikepala olih pihak Polis. Maruah dan nama baik Polis Mahathir tak penting, yang penting DSA disabit salah dalam semua pertuduhan

Ini cerita Azizan nak menyamar di Mahkamah. Orang lain pun ke mahkamah juga tapi tak pakai Pas Keselamatan. Azizan pakai pas. Pas ini adalah pas keselamatan Bukit Aman. Warna choklat melambangkan pemakai adalah anggota pangkat rendah. Manakala kotak biru atas memanjang itu melambangkan pemakai bertugas di bahagian siasatan jenayah. Sedangkan Azizan bukan anggota Polis. Sudah pasti pas ini dikeluarkan olih pihak keselamatan Bukit Aman. Dulu Azizan bermisai, la ni dah cukur misai dan menjadi pemandu TS Rahim Thamby(werepan) Chik. Beliau sekarang tinggal dengan bapanya di No. 62 Jalan Marudi 2 Taman Beringin, Jinjang Utara, 51200 KL