MALAM INI KITA BAYAR 'CASH'

Malam tadi:

Hujan turun dengan lebatnya. Namun lebih 100 ribu manusia tidak berganjak dari tempat ceramah kerana ingin mendengar penjelasan dari Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat setelah beliau dikecam dengan ganasnya oleh Dr Haji Mahathir di Stadium Darul Aman pada hari Ahad lepas.

Ceramah turut disertai oleh Datin Seri Dr Wan Azizan, Profesor Dr Chandra Muzaffar dan Tuan Guru Datuk Hj Fadhil Mohd Nor. Berbeza dengan himpunan Dr Haji Mahathir di Stadium, cuaca yang dari petangnya semakin redup, memungkinkan ramai orang tidak akan hadir pada malan tadi. Namun keinginan dan kuasa Allah, hujan yang turun seperti memberi rahmat kepada rakyat Negeri Kedah untuk menunjukkan sokongan mereka kepada PAS dan Keadilan dan sekaligus menolak kepimpinan Umno/BN. Jelas sekali rakyat menolak kepimpinan yang suka menabur fitnah dan mencerca alim ulamak.

"Malam ini kita bayar 'cash' " kata Datuk Hj Fadhil Nor semasa berucap. Beliau membayangkan, Dr Mahathir akan diberi taklimat oleh orang-orangnya semasa beliau di Makkah mengenai ramianya rakyat Kedah yang hadir malam tadi.

Datuk Haji Fadhil juga menunjukkan 2 keping salinan dari akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian yang disiarkan pada 28 Jun 1984, yang memetik saranan Dr Mahathir mahukan wanita berhenti kerja. Antara saranan yang dibuat itu ialah: Wanita-wanita hendaklah berhenti kerja apabila pendapatan suami mereka telah mencukupi untuk sara hidup.

"Ini menunjukkan Dr Mahathir sudah mamun (nyanyok) apabiladia sendiri yang telah membuat kenyataan serupa pada tahun 1984 lalu." ujar Datuk Haji Fadhir.

Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pula memulakan ceramahnya dengan mengucap syukur kepada Allah kerana
menurunkan hujan dalam ceramah PAS pada malam ini.

"Alhamdulillah, hujan ini datang dari langit. Manusia memerlukan sesuatu dari langit. Tubuh manusia terbahagi kepada dua: jisim keras dan lembut. Yang keras itu ialah batang tubuh manusia itu sendiri yang memerlukan air hujan untuk hidup. Manakala jisim yang keras yang lembut itu adalah roh yang juga memerlukan wahyu dari langit untuk menjadi manusia yang baik." kata Datuk Haji Nik Aziz.

Beliau juga tidak marah apabila dikritik dan dikecam oleh Dr Mahathir di Alor Setar pada Ahad lepas. "Begitulah resam orang politik sekular yang sentiasa nampak orang lain salah, padahal dia yang buat komen itu lama dulu" sambil merujuk kepada 2 keratan akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian tersebut.

"Yang saya kesalkan ialah peranan yang dimainkan oleh wartawan yang membuat liputan kenyataan saya. Saya dikecam berhari-hari oleh wartawan yang menulis dalam akhbar apabila saya membuat cadangan supaya wanita-wanita yang bersuami yang suaminya mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk berhenti kerja. Padahal wartawan yang sama juga tidak mengecam PM kerana membuat kenyataan yang sama pada 1984 dulu" kata Datuk Nik Abdul Aziz.

"Sebenarnya tugas kewartawanan bagus. Mereka hendaklah jujur apabila melaporkan sesuatu. Kalau berita-berita dari akhbar luar negeri, di Eropah dan di Amerika boleh menjadi rujukan ilmiah, saya kurang yakin berita- berita akhbar di Malaysia juga boleh dijadikan rujukan ilmiah." ujar Datuk Nik Abdul Aziz dengan merujuk fitnah-fitnah yang ditulis oleh akhbar
harian di Malaysia.

Antara lain beliau menyeru rakyat Malaysia menolah Umno dan BN dalam pilihanraya akan datang. "Tak lama doh" kata beliau. Mengenai pilihanraya, beliau berkata "Pilihanraya raya ni kita nak pilih. Boleh kata hari-hari kita buat pilihan. Kita pergi market, kita buat pilihan, pergi kedai makan pun kita buat pilihan. Kenapa? Kerana kita nak pilih yang paling baik. Adakah kita membuat pilihan memilih yang tidak baik? Tentulah tak ada.

"Oleh itu pilihanraya akan datang kita pilih yang terbaik. Yang terbaik itu ialah Islam. Kita pilih parti Islam (PAS), kita buang Umno/BN jauh-jauh"

Tuan Haji Mahfuz Haji Omar selaku pengacara majlis sempat berjenaka "Saya beritahu oleh kawan saya. Cerita nak bunuh PM ni bukan ada. Sapa yang teringin nak bunuh dia? Umur dia sendiri pun dah umur subsidi. Biaq pi lah kat dia. Kawan saya kata, Dr Mahathir ni manyau (nyanyok). Dia dok bca paper hari-hari, wartawan tulis "orang nak tembak khinzir. Dah hari2 dia dok baca 'orang nak tembak khinzir' sampai dia termimpi2 dalam tidoq kata orang nak tembak aku!"

Banyaknya kenderaan tidak terkata. Setiap simpang jalan penuh dengan kenderaan yang diletakkan ditepi jalan. Dan ramai yang berjalan kaki dalam hujan hampir 3 kilometer untuk sampai ke tempat ceramah. Jalan raya yang sesak sejam jam 8.00 malam lagi telah diberi kawalan oleh anggota polis trafik Alor Setar dan sukarelawan PAS sehingga majlis
selesai.

Majlis tamat jam 12.00 tengah malam.